Isnin,
16 Syaaban 1445H,
26 Februari 2024M:
Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Ts Haji Azizi Haji Jantan telah melapangkan masa menghadiri Majlis Penyerahan Agihan Keuntungan iCEPS tahun 2022 pada 26 Feb 2024 di Dewan Serbaguna Kolej Seroja, UiTM Shah Alam pada jam 8.30 malam.
Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM YBhg. Profesor Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose telah sudi menyempurnakan upacara penyerahan hasil keuntungan program pembelajaran jarak jauh kepada kolej pengajian, fakulti dan cawangan terlibat dengan disaksikan oleh YBrs. Profesor Dr. Ismie Roha Mohamed Jais, Ketua Pusat Kepimpinan dan Menjalankan Tugas Ketua Eksekutif, Institut Pendidikan dan Pengajian Profesional (iCEPS)
Majlis yang dianjurkan oleh iCEPS ini turut dihadiri oleh pengurusan Tertinggi UiTM, Penolong Naib Canselor Kolej Pengajian, Dekan Fakulti, Rektor UiTM Cawangan dan Ketua Pusat Pengajian.
Sumber:
iCEPS. (2024, March 3). 𝟐𝟔 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟒 – Majlis Penyerahan Agihan Keuntungan iCEPS.
Facebook Institute of Continuing Education & Professional Studies.
https://www.facebook.com/icepsuitm/posts/pfbid09bRYWERqyyEEVWxy5HjsSrPZYzJAxEDMR6UseiSx8PyjHTSy6JKQKcKaURDmJpfVl
Dari kiri: Prof. Ts. Dr. Md Yusof Hamid, Hj. Muhamad Nizam Noordin, Prof. Madya Ts. Dr. Suriyani Ariffin, Profesor Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose, Profesor Dr. Ismie Roha Mohamed Jais dan Ts. Haji Azizi Haji Jantan
0 comments:
Post a Comment