Wednesday 7 February 2024

Lebih 800 orang menonton bual bicara buku Koleksi Beribu-Ribu Pantun UiTM Di Hatiku


Rabu, 
26 Rejab 1445H, 
7 Februari 2024:  

Program bual bicara Book Talk with Author yang menampilkan buku berjudul Koleksi Beribu-Ribu Pantun UiTM Di Hatiku telah mendapat sambutan luar biasa apabila meraih lebih 800 jumlah tontonan sewaktu bersiaran. 

Program yang bersiaran secara hibrid menerusi Ruang Media, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah berjaya menarik minat warga UiTM yang teruja untuk mendengar petikan-petikan pantun yang disampaikan oleh Profesor Khas UiTM cawangan Perak Profesor Dato' Dr. Abdullah Mohamad Said.  

Sejumlah 16,000 pantun telah terpilih untuk diterbitkan. Koleksi pantun terpilih adalah daripada pelbagai tema seperti penghargaan, peristiwa, tekad dan sosiobudaya hasil nukilan kreatif warga UiTM. 

Bagi mengetahui bagaimana tercetusnya idea penghasilan buku Koleksi Beribu-Ribu Pantun UiTM Di Hatiku, sila layari YouTube Perpustakaan UiTM atau Facebook Perpustakaan UiTM

800 penonton dalam talian. 

Maklumbalas penonton. 

Idea penonton dalam talian. 

Penonton dalam Ruang Media, PTAR. 


Profesor Dato' Dr. Abdullah Mohamad Said (kiri) dan Gs Mohamad Sofiyuddin Sanusi 




Share:

0 comments:

Post a Comment

Labels

Total Pageviews