9 Februari 2024M:
Tarikh: 9 Februari 2024 (Jumaat)Masa: 9:00 pagi - 11:00 pagiTempat: Dewan Konsert Seri Budiman, UiTM Shah Alam
Tahun 2024 membawa tema pencapaian Globally Respected sebagai halatuju universiti dengan menggariskan 8 penekanan berikut yang dipetik dalam konteks golongan pentadbir:
Penekanan #1 Pembangunan Bakat: Calon Bakat Kepimpinan Universiti akan dikenalpasti menerusi Sistem Single Profiling dan Sistem HR Expert. Kedua-dua sistem ini berfungsi merekod penyertaan kursus kepimpinan, kepakaran dan membangun modul latihan mengikut keperluan pasaran dan KPT.
Penekanan #2 Penstrukturan Semula Pelan Strategik Akademik: Naik taraf Smart Classroom di setiap kampus agar mempunyai kelengkapan asas PdP secara hibrid berikutan 26 program akademik anjal telah diluluskan oleh JPT dan dilaksana pada pengambilan Oktober 2023.
Penekanan #3 Pelan Penyelidikan, Pembangunan, Inovasi dan Pengkomersialan (RDIC): Pemerkasaan budaya penyelidikan menerusi penambahbaikan modul Pioneering Reseach Leaders dan menggalakkan kursus penyelidikan asas.
Penekanan #4 Pelan Penglibatan Komuniti dan Industri melalui pendekatan 'Quintuple Helix': Model Lingkaran Lima Sektor/ Quintuple Helix adalah gabungan kerjasama antara empat pihak iaitu UiTM, Industri, Komuniti dan Alumni serta Kerajaan. Tujuannya ialah mewujudkan persekitaran yang segar dan ekosistem yang kondusif menerusi program kolaborasi berimpak.
Penekanan #5 Pelan Pembangunan Strategik Keseluruhan Pelajar: Bahagian Hal ehwal Pelajar (BHEP) akan melaksanakan Program Saringan Awal Kesihatan Mental bagi mengenal pasti tahap kesihatan mental dalam kalangan pelajar. Turut disebut tentang mewujudkan 3 kumpulan sukarelawan termasuk Briged Sukarelawan Perpustakaan bagi membentuk identiti mahasiswa yang utuh.
Penekanan #6 Pelan Induk ICT dan Infostruktur, kampus pintar, digital dan 'paperless': Peningkatan liputan internet dan Wi-Fi berikutan pelaksanaan kaedah DevOps dalam pembangunan sistem serta penggunaan teknologi pengkomputeran awan (cloud computing) dan IPV6.
Penekanan #7 Pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Kampus: Pemupukan amalan 3R-reduce,recycle, reuse bagi mengelakkan pembaziran dan mencapai Net Zero pada masa hadapan.
Penekanan #8 Strategi Kewangan: Menjelang 2025/2026, universiti mensasarkan penjanaan pendapatan UiTM sebanyak RM1 billion ringgit demi kelestarian kewangan universiti.
Di penghujung amanat yang bersejarah ini, YBhg. Datuk Naib Canselor turut mengumumkan sambutan Ulang Tahun ke-25 atau Jubli Perak UiTM yang bakal disambut pada 26 Ogos 2024 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC)
Disertakan pautan berkaitan Amanat Naib Canselor UiTM tahun 2024:
0 comments:
Post a Comment