Jumaat,
24 Syawal 1445H,
3 Mei 2024M:
Sesi Training of Trainers (TOT) dan perbincangan Majlis Pelancaran Perekodan dan Analisa Bacaan bersama pengurusan SK Sungai Binjai telah diadakan pada 3 Mei 2024 hari Jumaat jam 3:00 petang.
Sesi TOT telah disampaikan oleh Encik Mohd Faizal Sawardi Lukman dihadapan Guru Besar Encik Mohd Arif bin Ab. Muis, Guru Penyelaras Nilam Puan Norhalizah binti Mohamed Hassim dan Guru Pusat Sumber Puan Suraya binti Mohd Tap.
Pertemuan kali ketiga bersama pengurusan kanan SK Sungai Binjai telah mencapai keputusan berikut:
- Sistem telah bersedia untuk digunakan sepenuhnya.
- Penambahan beberapa perkara untuk memantapkan sistem Perekodan dan Analisa Bacaan.
- Perancangan Majlis Pelancaran Literasi Maklumat Membentuk Adiwangsa akan diadakan pada 14 Jun 2024 yang akan dirasmikan oleh Naib Canselor UiTM.
- Pembahagian tugas antara pihak sekolah dan PTAR.
- Majlis pelancaran yang dirancang adalah bertemakan Melayu dan Klasik.
Sesi latihan dan perbincangan yang diadakan di SK Sungai Binjai telah berakhir jam 5:00 petang.

Duduk dari kiri: Wan Izzatul Fahrah Wan Ishak (Pegawai Teknologi Maklumat Kanan), Shahidatul Akhmam Rambeli (Timbalan Ketua Pustakawan), Mohd Aris bin Ab. Muis (Guru Besar), Mohd Khairul Idzwan Mohd Saad (Pembantu Pustakawan Tertinggi) dan Encik Mohd Faizal Sawardi Lukman (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat).
0 comments:
Post a Comment