20 Mei 2024M:
Seramai 31 orang terdiri daripada pelajar dan pensyarah telah mengikuti program Teaching Library Siri 1 dan 2 yang diadakan pada:
Tarikh: 20 Mei 2024 (Isnin)Masa: 3:30 petang hingga 5:00 petangTempat: Pusat IT, PTAR UiTM Shah Alam
Perasaan teruja dan gembira jelas terpamer di wajah-wajah pelajar kumpulan CDIM260 ST1 apabila mereka melayan sendiri pertanyaan daripada pengguna perpustakaan menerusi sistem Chat With Librarian.
Pensyarah Pengiring Puan Nor Aliah binti Abdullah bersama-sama kumpulan Pustakawan iaitu Cik Ummi Halimatunssaadiyya Shamsul Yuzli, Encik Mohd Izwan Salim, Puan Siti Salwa A. Rahman dan staf sokongan Muhammad Farid Zulhilmi Zulkafli serta Muhammad Nur Azri Salmi telah membantu membimbing pelajar-pelajar secara hands on berkaitan topik Perkhidmatan Rujukan.
Siri kedua program ini akan bersambung pada 21 Mei 2024 (Selasa) jam 8 pagi melibatkan kumpulan pelajar daripada UiTM kampus Puncak Perdana seramai 13 orang.
0 comments:
Post a Comment