Khamis,
30 Syawal 1445H,
9 Mei 2024M:
Seramai 60 orang staf kumpulan pelaksana dari seluruh Perpustakaan UiTM telah terpilih untuk menghadiri Program Kepimpinan Pelaksana (PROKEP) yang berlangsung dari 8 hingga 9 Mei 2024 (Rabu-Khamis) di Institut Latihan dan Pembangunan (ILD) di UiTM Bandar Enstek.
Penganjuran program pada tahun ini adalah merupakan penganjuran kali kedua dengan kerjasama ILD UiTM.
Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda kumpulan pelaksana bagi memantapkan sikap, pengetahuan dan kemahiran diri terhadap peranan dan sumbangan terhadap kecemerlangan organisasi.
Selama 2 hari para peserta akan diterapkan dengan aspek pengukuhan personaliti, hala tuju kerjaya dan cabaran teknologi dalam mengurus perpustakaan.
Pengisian program disampaikan menerusi taklimat, ceramah, pembentangan berkumpulan dan aktiviti kesukanan.
Ketua Pustakawan UiTM Ts Haji Azizi Haji Jantan telah menyampaikan sesi Town Hall berkenaan Hala Tuju Perpustakaan UiTM. Disamping itu, beberapa orang penceramah dari dalam dan luar UiTM telah diundang berkongsi ilmu dan kemahiran seperti Puan Nurfarawahidah Badruesham, Profesor Madya Ts Dr. Syamsul Nor Azlan Mohamad, Encik Md Razib Karno, Encik Azman Hashim dan Datuk Dr. Haji Zahazan Mohamed.
0 comments:
Post a Comment