Friday, 14 October 2022
Selamat Ulang Tahun Kelahiran YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM.
Monday, 3 October 2022
BENGKEL SPEED READING FOR SPEEDY LITERATURE REVIEW
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam menganjurkan Bengkel Speed Reading for Speedy Literature Review pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 03 hingga 04 Oktober 2022
Masa : 08.00 pagi – 05.00 petang
Tempat : Bilik Seminar, PTAR UiTM Shah Alam
Objektif penganjuran latihan adalah untuk:
- Melahirkan Subject Matter Experts (SME) di dalam Speed Reading.
- Memberi pendedahan kepada peserta untuk mempelajari dan menguasai teknik bacaan pantas.
- Melatih peserta untuk meningkatkan keyakinan diri dengan kompetensi ini untuk menyampaikan kemahiran bacaan pantas kepada warga UiTM.
Friday, 30 September 2022
Majlis Menandatangani Surat Hasrat Antara PTAR dan Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan, KKM.

YBrs. Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman (kiri) dan YBrs. Encik Yusri bin Yusuf saling bertukar Surat Hasrat yang telah ditandatangani.
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah memahat satu lagi sejarah kecemerlangannya apabila pada 28 September 2022 hari Rabu telah berlangsung Majlis Menandatangani Surat Hasrat (LOI-Letter of Intent) antara PTAR, UiTM dan Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Majlis yang telah diadakan di Putrajaya ini telah menyaksikan Ketua Pustakawan UiTM, YBrs. En. Jamalludin bin Hj. Sulaiman dan wakil Pengarah Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan, YBrs. Encik Yusri bin Yusuf bersama-sama menandatangani Surat Hasrat di hadapan kira-kira dua puluh orang hadirin yang hadir pada petang itu.
Surat Hasrat ini merupakan kali pertama PTAR memetrai suatu jalinan kerjasama strategik dengan organisasi luar UiTM dalam aspek pembangunan pusat pengurusan pengetahuan digital (Digital Knowledge Centre), perkongsian pintar dalam pengurusan inovasi dan pembangunan sistem pengurusan rekod dan arkib.
Mengimbas kembali permulaan jalinan ini apabila Encik Mohd Amin bin Yaakob dan kumpulan kerja beliau telah mengadakan lawatan kerja ke PTAR pada tahun 2019. Lawatan kerja tersebut bertujuan perkongsian kepakaran dan amalan terbaik antara kedua-dua organisasi. Sesi perkongsian tersebut telah berlanjutan hingga tahun ini sehinggalah terhasilnya Majlis Menandatangani Surat Hasrat.
Surat Hasrat ini menjadi bukti rasmi pengiktirafan atas kepakaran yang dimiliki antara PTAR dan Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan, malah akan menjadi penggerak terhadap aspek inovasi. Kesannya, masyarakat akan memperoleh manfaat dalam bentuk penjimatan masa dan sumber manusia disamping penggunaan teknologi dan aplikasi yang akan meningkatkan daya kecekapan sesuatu proses.
Surat Hasrat adalah termasuk dalam inisiatif PTAR bagi memacu halatuju dan hasrat UiTM ke arah Universiti Tersohor tahun 2025 (GRU 2025-Globally Renowned University).
Wednesday, 28 September 2022
Lawatan Kerja Ketua Pustakawan UiTM ke PTAR Kampus Dengkil dan Kampus Sungai Buloh
Siri lawatan kerja Ketua Pustakawan UiTM ke PTAR cawangan diteruskan pada 26 September 2022 hari Isnin dengan destinasi kali ini di PTAR cawangan Selangor kampus Dengkil dan kampus Sungai Buloh. Ini ialah lawatan kerja kali ketiga iaitu selepas lawatan ke PTAR cawangan Negeri Sembilan dan PTAR cawangan Johor yang telah dilakukan pada minggu kedua dan minggu ketiga bulan yang sama.
Lawatan kerja sehari ini telah bermula tepat jam 9:00 pagi dengan destinasi pertama di PTAR Kampus Dengkil. Kali ini, Timbalan Ketua Pustakawan, Encik Norhazlan Nordin telah mengiringi lawatan kerja Ketua Pustakawan UiTM, Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman.
Kehadiran Ketua Pustakawan UiTM ini telah disambut oleh pengurusan Eksekutif Pusat Asasi iaitu Timbalan Pengarah (Akademik, Penyelidikan dan Inovasi) dan Menjalankan Tugas Pengarah YBrs. Dr. Ikhwan Naim Md Nawi, Timbalan Pengarah Pembangunan dan Kelestarian Ts. Dr. Hafezah Kasmuri, Ketua Bahagian Pentabiran Encik Herry Amizan Hamdan, Ketua Unit Kualiti Dr. Norlaily Ahmad, Ketua Unit Infostruktur Encik Hairulnizam Ghazali, Koordinator Korporat Puan Ezathul Zerafena Mohd Ris dan Ketua Perpustakaan Dengkil Cik Nordiana Tukijo.
Berikutnya, satu taklimat dan perbincangan telah di atur di Bilik Mesyuarat Utama, Pusat Asasi sebelum dibawa melawat ke PTAR Dengkil. Taklimat dan lawatan ini telah berlangsung hampir tiga jam.
Pada sebelah petang, Ketua Pustakawan UiTM telah meluangkan masa melawat PTAR Kampus Sungai Buloh. Kehadiran beliau telah disambut oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Encik Shahrani Abdul Manaf.
Dengan turut dihadiri oleh semua staf PTAR Kampus Sungai Buloh, Encik Shahrani telah menyampaikan ucapan aluan atas kehadiran Ketua Pustakawan UiTM. Ini diikuti dengan pembentangan pencapaian PTAR Kampus Sungai Buloh yang telah berlangsung di Bilik Mesyuarat, aras 2.
Seperti siri lawatan sebelumnya, Ketua Pustawakan UiTM telah menyampaikan ucapan perihal hala tuju PTAR yang menyokong agenda universiti. Dalam ucapannya, Ketua Pustakawan UiTM memberi kata-kata semangat agar inisiatif-inisiatif PTAR yang telah dirancang dilaksana sebaik mungkin agar matlamat PTAR dan universiti tercapai.
Ketua Pustawakan UiTM turut dibawa melawat ke persekitaran PTAR Kampus Sungai Buloh bagi memastikan prasarana sedia ada adalah kondusif buat pengguna perpustakaan.
Lawatan kerja ini telah berakhir pada jam 5:00 petang.
Ketua Pustakawan UiTM (empat dari kanan) bersama-sama ahli pengurusan eksekutif UiTM kampus Dengkil
Tuesday, 27 September 2022
Audit Dalam PTAR bil. 2/2022
Monday, 26 September 2022
Kursus Digital Dalam Urusan Pejabat (Microsoft Teams)
Pemerkasaan teknologi dan aplikasi dalam urusan pejabat perlu disebarluas dan diaplikasikan di semua peringkat samada di peringkat operasi mahupun pengurusan. Perubahan teknologi dan aplikasi yang amat pantas telah mendorong penganjuran kursus Digital dalam Urusan Pejabat oleh Unit Pembangunan Bakat, PTAR Shah Alam, bertarikh 22 September 2022.
Kursus sehari ini telah dikendalikan oleh Pensyarah Kanan UiTM Cawangan Pulau Pinang iaitu Ts. Dr. Suhailah Mohamed Noor. Beliau berpengalaman menggunakan aplikasi Microsoft bagi kegunaan pengajaran beliau di Kolej Pengajian Kejuruteraan sejak tahun 2017.
Tn. Hj. Ahmad Faizar Jaafar, Pustakawan Kanan PTAR telah bertindak sebagai pembimbing yang baik, terutama di kalangan peserta kursus yang baharu menggunakan aplikasi Microsoft.
Sumbangan Ts. Dr. Suhailah yang berkongsi kemahiran dan pengetahuan aplikasi Microsoft di kalangan pensyarah UiTM Cawangan Pulau Pinang sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020, telah melayakkan beliau menerima pengiktirafan di peringkat universiti.
Seramai 23 orang staf sokongan dan profesional PTAR Shah Alam telah menghadiri kursus yang diadakan di Pusat IT ini.
Ts. Dr. Suhailah telah mengendalikan kursus dengan fokus pada sesi pagi terhadap pengenalan produk-produk Microsoft langganan Jabatan Infosktruktur UiTM. Ini termasuklah pengenalan Microsoft Account langganan UiTM, kaedah integrasi antara Microsoft Calendar dengan kalendar Gmail rasmi UiTM, kaedah integrasi antara Microsoft Outlook dengan akaun emel rasmi UiTM (Gmail), Microsoft One Drive serta Microsoft Apps dalam telefon pintar.
Sewaktu sesi petang, Ts. Dr. Suhailah memberi tumpuan terhadap aplikasi Microsoft Teams dan fungsinya. Kelebihan Microsoft Teams ialah sebagai platform sehenti pelbagai fungsi seperti pengendalian mesyuarat dengan kualiti rakaman penuh definisi tinggi atau High Density (HD), video rakaman, emel, forum, tugasan suntingan dalam masa sebenar secara berkumpulan malah perkongsian fail atau dokumen secara berkumpulan.
Penerangan Ts. Dr. Suhailah yang jelas, ringkas dan mudah difahami telah mendorong para peserta kursus memberi tumpuan dan meneroka produk Microsoft daripada mula hingga ke akhir kursus pada jam 4.30 minit petang.
Sesi Audit Dalam Pengurusan Rekod PTAR Shah Alam
Secara umumnya, ramai mengetahui tentang perihal kepentingan pengurusan rekod terutama berkaitan urusan rasmi. Pengurusan rekod yang mematuhi piawaian bukan sahaja memudahkan operasi seharian pejabat malah menjadi sumber rujukan generai akan datang.
Pada 26 September 2022 hari Isnin jam 9:00 pagi telah berlangsung satu sesi Pengauditan Rekod PTAR. Objektif sesi pengauditan ini ialah untuk menilai tahap pematuhan rekod PTAR dan mengenalpasti tindakan lanjut antara Jabatan Transformasi & Governan Perpustakaan (JTGP) dan Jabatan Arkib Universiti (JAU).
Seramai tujuh orang staf PTAR terlibat sewaktu sesi pengauditan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat PTAR Shah Alam. Puan Nor Azwani Mohamad, Timbalan Ketua Pustakawan PTAR telah mengetuai staf JTGP manakala Encik Ahmad Amiri Mohamad, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan telah mengetuai staf JAU.
Sesi pengauditan telah berakhir pada jam 1:00 petang.










.jpg)

.jpeg)







.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
