Jumaat
14 Mac 2025
13 رمضان 1446
Jabatan Perpustakaan telah melakar satu lagi detik kejayaan apabila berjaya menduduki tempat kedua Transformasi Digital di dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Prestasi Universiti (AKPU) yang berlangung di Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD), Universiti Teknologi MARA Bandar Enstek, Nilai Negeri Sembilan.
Anugerah berupa sijil penghargaan telah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor Profesor Dr Haji Mohd Sazili Shahibi kepada Ketua Pustakawan Ts Haji Azizi bin Haji Jantan pada lewat petang Jumaat 14 Mac 2025 bersamaan 13 Ramadan 1446.
AKPU merupakan suatu pengiktirafan yang diberikan oleh universiti ke atas Pusat Tanggungjawab (PTJ) UiTM yang telah berjaya merealisasikan pencapaian cemerlang di dalam Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Petunjuk Prestasi (PI) universiti sepanjang tahun 2024. Terdapat 3 PI yang diletakkan di bawah Jabatan Perpustakaan iaitu PI058 (Institutional H-Index), PI102 (Visibility of UiTM Publication) dan PI103 (Top Cited research Papers).
Ini kali pertama Jabatan Perpustakaan merangkul AKPU yang pertama kali diperkenal pada tahun 2023.
0 comments:
Post a Comment