• Perpustakaan Tun Abdul Razak

  • Universiti Teknologi MARA

Thursday, 14 March 2024

Perbincangan kolaborasi PTAR dan IKP

Jumaat, 
3 Ramadan 1445H,
14 Mac 2024M:

Suatu perbincangan bersama Institut Kepimpinan Pelajar (IKP), UiTM  bagi menganjurkan program bersama pelajar telah diadakan pada:
 
Tarikh: 14 Mac 2024 (Khamis) 
Masa: 12:30 tengah hari 
Tempat: Bilik Ketua Pustakawan 

Buat permulaan, program ini mensasarkan penglibatan para pelajar dari daerah Bagan Datuk, Tambun dan Lumut. 

Program yang akan diadakan di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) akan memfokuskan aktiviti 3R (Royal, Race, Religion) dan Literasi Maklumat. 

Berikut ialah wakil IKP yang terlibat: 
    1. Prof. Madya Dr. Alwi Mohd Yunus-Pengarah
    2. Nordiana Ibrahim-Koordinator Kepimpinan Pelajar
    3. Dr Ezza Rafedziawati Kamal Rafedzi-Koordinator Kenegaraan
    4. Najihah Azmi-Penolong Pendaftar





Share:

Wednesday, 13 March 2024

Bengkel Sistem Rekod Digital UiTM 2024



Rabu, 
2 Ramadan 1445H,
13 Mac 2024M:

Sistem Rekod Digital bakal menjadi kenyataan apabila Bengkel Sistem Rekod Digital UiTM 2024 telah diadakan pada: 
Tarikh:     13 Mac 2024 (Rabu)
Masa:       9:30 pagi - 4:30 petang 
Tempat:    Bilik Seminar, PTAR 
Peserta:    14 orang (staf PTAR, staf PPII, staf Pejabat Naib Canselor dan staf BGSU) 

Perpustakaan Tun Abdul Razak:
        1. Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan (Ketua Pustakawan)
        2. Encik Ahmad Amiri bin Mohamad (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan)
        3. Encik Ahamad Zuber bin Mohamed (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan)
        4. Dr. Hjh Zalifah binti Awang Zakaria (Timbalan Ketua Pustakawan)
        5. Puan Noor Hayati binti Abu Kassim (Timbalan Ketua Pustakawan)
        6. Puan Nor Azwani binti Mohamad (Timbalan Ketua Pustakawan)
        7. Encik Mohd Izwan bin Salim (Pustakawan Kanan)
        8. Encik Abdul Razak bin Abdul Rahman (Pustakawan Kanan)
        9. Puan Wan Nur Khalidah binti Wahed (Pustakawan)
Pejabat Pembangunan Infrastruktur & Infostruktur:
        1. Encik Mohd Hairy bin Mohammadiah (Timbalan Ketua Pegawai Teknologi Maklumat Kanan)
        2. Encik Mohd Khanafi bin Haron (Pegawai Teknologi Maklumat Kanan (Ketua Unit))
        3. Puan Norelissuryani binti Mokhtar (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan (Ketua Seksyen))
Pejabat Naib Canselor:
        1. Encik Irwin Shah bin Sulaiman (Penolong Pendaftar Kanan)
        2. Encik Mohd Yuzi bin Zali (Pegawai ICT Kanan)
Bahagian Governan & Sekretariat Universiti (BGSU):
        1. Puan Adlin Na'qiah binti Sabar@Sabal, CHRM,MMIHRM (Timb. Pendaftar Kanan)
Bengkel yang dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) bertujuan membincangkan hala tuju dan penetapan Sistem Rekod Digital UiTM yang akan diaplikasikan oleh warga UiTM.

Tiga orang staf telah menyampaikan taklimat sepanjang bengkel ini berlangsung iaitu:
  1. Ts Haji Azizi bin Haji Jantan: Latar Belakang Projek.
  2. Encik Amiri bin Mohamad: Pengurusan Rekod, Kronologi Digital Document Management System (DDMS), keperluan rekod digital da garis panduan/ pekeliling berkaita.
  3. Encik Mohd Yuzi bin Zali: Document Management System (DMS), UiTM.
Bengkel ini juga adalah lanjutan daripada Perbincangan Sistem Automasi Pejabat (OA) UiTM bersama wakil Pejabat Pembangunan Infrastruktur & Infostruktur yang telah diadakan pada 28 Februari 2024 yang lalu.






Mohd Yuzi bin Zali

Ahmad Amiri bin Mohamad
Share:

Saturday, 9 March 2024

Ts Haji Azizi dilantik sebagai Ketua Pustakawan UiTM



Jumaat, 
27 Syaaban 1445H,
8 Mac 2024M:

Seluruh warga Perpustakaan UiTM merakamkan ucapan tahniah kepada Ts Haji Azizi bin Haji Jantan atas pemangkuan sebagai Ketua Pustakawan Universiti Teknologi MARA (UiTM) berkuat kuasa 1 Mac 2024. 

Pemakluman mengenai pemangkuan Ts Haji Azizi sebagai Ketua Pustakawan UiTM kali pertama disiarkan menerusi saluran rasmi Facebook Naib Canselor Universiti Teknologi MARA jam 3:00 petang, 8 Mac 2024 hari Jumaat.

Pemangkuan sebagai Ketua Pustakawan diputuskan oleh Pengurusan Tertinggi UiTM setelah sebelas bulan Ts Haji Azizi menjalankan tugas sebagai Ketua Pustakawan sejak 3 April 2023. 

Terdahulu, pemilihan jawatan Ketua Pustakawan UiTM diadakan berikutan persaraan Ketua Pustakawan Ketujuh Encik Jamalludin Haji Sulaiman pada 15 Mei 2023. 

Semoga Perpustakaan UiTM lebih cemerlang di bawah kepimpinan beliau. 

Share:

Thursday, 7 March 2024

Tahniah! Repositori Institusi UiTM (UiTM IR) kini di tangga ke-41 dunia.

Khamis, 
26 Syaaban 1445H,
7 Mac 2024M: 

Tahniah Repositori Institusi UiTM (UiTM IR) diatas pencapaian kekal tempat pertama di Malaysia dan tempat ke-41 dunia. 

Pencapaian ini menjadikan UiTM IR kekal di tempat pertama selama 3 tahun berturut-turut disamping mengekalkan trek lonjakan pencapaian sejak edisi ke-14 Jun 2022. 

Ranking Web of Repositories berpusat di Sepanyol dan dikendalikan oleh organisasi penyelidik awam terbesar iaitu Cybermetric Lab, Consejo Superior de Investigaciones Cientificas (CSIC) sejak tahun 2006. 

Dalam edisi ke-16 Mac 2024, terdapat sejumlah 3,394 Repositori Institusi telah diindeks oleh Google Scholar yang bertujuan menyokong inisiatif akses terbuka terhadap bahan penerbitan sainstifik dan ilmiah dari seluruh dunia. 

Pencapaian Repositori Institusi dinilai dan disusun mengikut kedudukan kuantiti bahan penerbitan secara objektif mengukur ketampakan institusi dan kesannya terhadap repositori saintifik.  
Share:

Monday, 4 March 2024

Kunjungan Hormat Ke Pejabat Pengerusi MARA

 

Isnin, 
23 Syaaban 1445H,
4 Mac 2024M:

Kunjungan Hormat ke Pejabat Pengerusi MARA, Kuala Lumpur telah berlangsung pada 4 Mac 2024 jam 10:00 pagi dan dihadiri oleh:
  1. Ts Haji Azizi Haji Jantan - Ketua Timbalan Pustakawan, Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan
  2. Abdul Razak Abdul Rahman - Pustakawan Kanan
  3. Mohd Khairul Idzwan Mohd Saad - Pembantu Pustakawan Tertinggi. 
Perjumpaan bersama Pengerusi MARA YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki telah membuahkan hasil berikut:  
  1. Kerjasama aktiviti Pameran Warisan Bangsa yang akan diadakan di PTAR dan di Bangunan MARA.
  2. Penganjuran bersama PTAR dan MRSM (Bahagian Pendidikan Menengah) bagi mengadakan program Literasi Perpustakaan. 
  3. Penganjuran bersama program Komuniti di Perpustakaan Datuk Asyraf Wajdi. 
  4. Penganjuran program Live @ PTAR berjudul "MARA Jejak Warisan Bangsa". 

Dari kiri: Ts Haji Azizi Haji Jantan, Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki, Abdul Razak Abdul Rahman dan Mohd Khairul Idzwan Mohd Saad
Share:

Kursus Pengurusan Rekod Untuk Pegawai Rekod Jabatan dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan


Isnin, 
23 Syaaban 1445H,
4 Mac 2024M:

Kursus Pengurusan Rekod Untuk Pegawai Rekod Jabatan dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan sedang berlangsung pada 4-5 Mac 2024 dan dihadiri seramai hampir 30 orang peserta. 

Kursus yang diadakan di Bilik Seminar, PTAR Shah Alam telah mengundang Penceramah Jemputan berikut:

  1. Encik Mohamad Asyek Bin Che Yaacob, Pegawai Arkib, Arkib Negara Malaysia
  2. Puan Annisa Miskon, Pegawai Arkib Kanan, Arkib Negara Malaysia

Antara pengisian kursus:

  • Pengurusan Rekod Konvensional & Digital
  • Perundangan Pengurusan Rekod
  • Klasifikasi Fail
  • Pewujudan, Penawanan dan Penutupan Fail
  • Penggunaan &  Penyelenggaraan Rekod
  • Pelupusan Rekod Awam

Di akhir kursus, para peserta akan menerima sijil dari Arkib Negara Malaysia sebagai Pegawai Rekod Jabatan dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan.

Senarai Peserta: 

    1. Norizma Azdalita Binti Abd Aziz, Pembantu Setiausaha Pejabat
    2. Norhani Hafizah Binti Ahmad Nor Hizam, Kerani
    3. Siti Aminah Daniyan, Kerani
    4. Nor Azwani Binti Mohamad, Timbalan Ketua Pustakawan
    5. Wan Nur Khalidah Binti Wahed, Pustakawan
    6. Nor Asimah binti Mahmud, Pegawai Eksekutif Kanan
    7. Mohd Alfarabie Bin Mohd Nasir, Pustakawan Kanan
    8. Anis Fadilah Binti Zulkifli, Pustakawan
    9. Azniza Binti Mohamad Nor, Pegawai Arkib Kanan
    10. Jaz Norfazuna Binti Jaafar,Pustakawan Kanan
    11. Hanani Binti Rojikin, Pustakawan Kanan
    12. Muhammad Zaidie Bin Bardan, Pustakawan Kanan
    13. Rizana Mohd Radwan, Pustakawan Kanan
    14. Norazlin Mohd Yusof, Pustakawan Kanan
    15. Mohamad 'Ammar Arsyad Bin Zainal Abidin, Pegawai Eksekutif
    16. Seri Ida Idayu Binti Sarffuddin, Pembantu Pustakawan
    17. Murni Binti Othman, Pembantu Pustakawan Kanan
    18. Nik Nurshihah Binti Muhamad, Pembantu Pustakawan Kanan
    19. Noor Azureen Binti Abd. Aziz, Pembantu Penerbitan
    20. Mohd Adib Bin Mohd Mohsin, Pembantu Pustakawan Kanan
    21. Noorbaizura Binti Mazlan, Pembantu Pustakawan
    22. Nor Hafizah Ismail, Pembantu Arkib Kanan
    23. Siti Khadijah Binti Hussin, Pembantu Pustakawan
    24. Nurul Edzzar Binti Basharudin, Pembantu Pustakawan
    25. Abdul Halim Bin Mohd Daud, Pembantu Pustakawan Tertinggi
    26. Aszari Bin Abu Bakar, Pembantu Pustakawan Tertinggi
    27. Mohd Fareez Bin Mohd Zaini, Pembantu Pustakawan Kanan




Share:

Bengkel Pengenalan Skillset Data Steward Sains Terbuka Perpustakaan UiTM (Fasa 1)

Isnin, 
23 Syaaban 1445H,
4 Mac 2024M:

Bengkel Pengenalan Skillset Data Steward Sains Terbuka Perpustakaan UiTM (Fasa 1) sedang berlangsung selama dua hari pada 4-5 Mac 2024 dengan dihadiri seramai 25 orang terdiri daripada Pustakawan dan Pembantu Pustakawan.  
 

Bengkel yang diadakan di Pusat IT, Aras 3 PTAR Shah Alam, objektif utama program ini dianjurkan adalah untuk:

  • Mempelajari tatakelola pengurusan data Penyelidikan serta menyediakan proses-proses baharu yang melibatkan data penyelidikan
  • Memahami secara terperinci skop tugas sebagai penyelia data dalam konteks perpustakaan;
  • Mengetahui serta menguasai kemahiran-kemahiran yang diperlukan sebagai penyelia data. 
Penceramah Jemputan:
1. Encik Muhammad Akmal Ahmat, Pustakawan Kanan, Perpustakaan USM
2. ⁠Cik Ilina Syazwani Musa, Pustakawan Kanan, UM

Pengisian bengkel:
• Research Practices in Universities & Open Science
• ⁠Research Data Management vs Open Data
• ⁠Research Data Quality & Governance
• ⁠Data Collection Project & Data Management Plan
• ⁠Data Storage, Backup & Security
• ⁠Data Handling
• ⁠Data Protection, Rights & Access

 Peserta bengkel: 

  1. Zalifah Binti Awang Zakaria (Dr. Hajah), Timbalan Ketua Pustakawan Jab. Perpustakaan Digital
  2. Adlina Binti Abdullah (Dr. Hajah), Timbalan Ketua Pustakawan Jab. Sumber Rujukan Universiti
  3. Azura Binti Mohamad Hashim, Timbalan Ketua Pustakawan Jab. Perkhidmatan Perpustakaan
  4. Mohd Izwan Bin Salim, Pustakawan Kanan Jab. Perpustakaan Digital
  5. Bahroni Bin Moojee, Pustakawan Kanan Jab. Perpustakaan Digital
  6. Asraf Zamani Bin Hazim, Pustakawan Jab. Perpustakaan Digital
  7. Mohd Hazrul Bin Mohd Hussin, Pustakawan Kanan Jab. Perkhidmatan Perpustakaan
  8. Siti Rohayu Mohd Yusof, Pustakawan Kanan Jab. Perkhidmatan Perpustakaan
  9. Eza Eliana A. Wahid, Pustakawan Kanan Jab. Perkhidmatan Perpustakaan
  10. Ummi Halimatunssaadiya Binti Shamsul Yuzli, Pustakawan Jab. Perkhidmatan Perpustakaan
  11. Siti Salwa A. Rahman, Pustakawan Kanan Jab. Perkhidmatan Perpustakaan
  12. Nor Hafizah Md Hanafiah, Pustakawan Kanan Jab. Perkhidmatan Perpustakaan
  13. Nurul Aida Noor Azizi, Pustakawan Kanan Jab. Pengurusan Perpustakaan
  14. Asmah Binti Sabtu, Pustakawan Kanan Jab. Pengurusan Perpustakaan
  15. Laily Hafidzun Binti Shukri, Pustakawan Jab. Pengurusan Perpustakaan
  16. Nur Azian Azis, Pustakawan Kanan Jab. Pengurusan Perpustakaan
  17. Nurul Farihah Binti Sarmin Panut, Pustakawan Kanan Jab. Sumber Rujukan Universiti
  18. Rusinorhelmi Bin Mohamad Sukur, Pembantu Pustakawan Tertinggi Jab. Perkhidmatan Perpustakaan
  19. Syarifah Hanisah Binti Syed Mokhtarruddin, Pembantu Pustakawan Jab. Perkhidmatan Perpustakaan
  20. Norainzatul Husna Binti Mohd Desa, Pembantu Pustakawan Jab. Pengurusan Perpustakaan
  21. Nor Azelea Binti Mohd Azahar, Pustakawan Kanan Kampus Pasir Gudang
  22. Fatin Hanisah Ahmmad Rofee, Pustakawan Kampus Dengkil
  23. Muhammad Akmal Azhar, Pustakawan Kampus Sg Buloh
  24. Mohd Hafiz Kasirun, Pustakawan Kanan Kampus Kuala Pilah
  25. Muhammad Shafiq Amirullah, Pustakawan Kampus Rembau















Share:

Labels

Total Pageviews