• Perpustakaan Tun Abdul Razak

  • Universiti Teknologi MARA

Tuesday, 27 September 2022

Audit Dalam PTAR bil. 2/2022


Sejak pensijilan ISO PTAR pada tahun 2006, saban tahun aktiviti pengauditan PTAR telah dilaksanakan dengan jayanya.

Pada sesi  pengauditan kali kedua tahun 2022, tema pengauditan yang dipilih ialah "Pemantapan Penyampaian Perkhidmatan Melalui Personalized Services Perpustakaan". Pengauditan ini telah melibatkan PTAR Shah Alam dan PTAR Cawangan Selangor dan telah berlangsung selama enam hari. 

Di dalam ucapan Ketua Pustakawan UiTM di hadapan hampir 40 orang auditor dan auditee pada 27 September 2022, beliau menekankan agar fokus pengauditan kali ini ialah terarah kepada Personalised Services PTAR, Roadmap PTAR ke arah 2025 dan persediaan PTAR terhadap golongan pelajar yang baharu dan telah lama tidak memasuki kampus.  

Ucapan Ketua Pustakawan di dalam Majlis Pembukaan Audit Dalam ini telah menaikkan semangat auditor dan auditee bersama-sama menjayakan sesi pengauditan agar matlamat penyediaan perkhidmatan PTAR yang terbaik akan tercapai. 

Hasil pengauditan akan dibentangkan sewaktu sesi penutup audit dan diaplikasikan sebagai penambahbaikan perkhidmatan PTAR keseluruhannya.

Para auditor dan auditee yang hadir sewaktu Majlis Pembukaan Audit Dalam bil. 2/2022.

Ketua Timbalan Pustakawan Tuan Ts. Mohamad Hamidi Mohd Jais  (baris hadapan dua dari kanan) turut hadir sewaktu Majlis Pembukaan Audit Dalam bil. 2/2022.

Ketua Pustakawan UiTM menyampaikan ucapan di Majlis Pembukaan Audit Dalam bil. 2/2022.




Share:

Monday, 26 September 2022

Kursus Digital Dalam Urusan Pejabat (Microsoft Teams)


Pemerkasaan teknologi dan aplikasi dalam urusan pejabat perlu disebarluas dan diaplikasikan di semua peringkat samada di peringkat operasi mahupun pengurusan. Perubahan teknologi dan aplikasi yang amat pantas telah mendorong penganjuran kursus Digital dalam Urusan Pejabat oleh Unit Pembangunan Bakat, PTAR Shah Alam, bertarikh 22 September 2022. 

Kursus sehari ini telah dikendalikan oleh Pensyarah Kanan UiTM Cawangan Pulau Pinang iaitu Ts. Dr. Suhailah Mohamed Noor. Beliau berpengalaman menggunakan aplikasi Microsoft bagi kegunaan pengajaran beliau di Kolej Pengajian Kejuruteraan sejak tahun 2017. 

Tn. Hj. Ahmad Faizar Jaafar, Pustakawan Kanan PTAR telah bertindak sebagai pembimbing yang baik, terutama di kalangan peserta kursus yang baharu menggunakan aplikasi Microsoft. 

Sumbangan Ts. Dr. Suhailah yang berkongsi kemahiran dan pengetahuan aplikasi Microsoft di kalangan pensyarah  UiTM Cawangan Pulau Pinang sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020, telah melayakkan beliau menerima pengiktirafan di peringkat universiti. 

Seramai 23 orang staf sokongan dan profesional PTAR Shah Alam telah menghadiri kursus yang diadakan di Pusat IT ini. 

Ts. Dr. Suhailah telah mengendalikan kursus dengan fokus pada sesi pagi terhadap pengenalan produk-produk Microsoft langganan Jabatan Infosktruktur UiTM. Ini termasuklah pengenalan Microsoft Account langganan UiTM, kaedah integrasi antara Microsoft Calendar dengan kalendar Gmail rasmi UiTM, kaedah integrasi antara Microsoft Outlook dengan akaun emel rasmi UiTM (Gmail), Microsoft One Drive serta Microsoft Apps dalam telefon pintar. 

Sewaktu sesi petang, Ts. Dr. Suhailah memberi tumpuan terhadap aplikasi Microsoft Teams dan fungsinya. Kelebihan Microsoft Teams ialah sebagai platform sehenti pelbagai fungsi seperti pengendalian mesyuarat dengan kualiti rakaman penuh definisi tinggi atau High Density (HD), video rakaman, emel, forum, tugasan suntingan dalam masa sebenar secara berkumpulan  malah perkongsian fail atau dokumen secara berkumpulan. 

Penerangan Ts. Dr. Suhailah yang jelas, ringkas dan mudah difahami telah mendorong para peserta kursus memberi tumpuan dan meneroka produk Microsoft daripada mula hingga ke akhir kursus pada jam 4.30 minit petang. 

Ts. Dr. Suhailah Mohamed Noor (berdiri). 

Tn. Hj. Ahmad Faizar Jaafar. 

Peserta kursus di barisan kanan Pusat IT. 

Peserta kursus di barisan kiri Pusat IT. 

Pengendali kursus: Dari kiri Ts. Dr. Suhailah Mohamed Noor, Tn. Hj. Ahmad Faizar Jaafar dan Encik Mohd Adib Mohd Mohsin (berdiri). 














Share:

Sesi Audit Dalam Pengurusan Rekod PTAR Shah Alam


Secara umumnya, ramai mengetahui tentang perihal kepentingan pengurusan rekod terutama berkaitan urusan rasmi. Pengurusan rekod yang mematuhi piawaian bukan sahaja memudahkan operasi seharian pejabat malah menjadi sumber rujukan generai akan datang.  

Pada 26 September 2022 hari Isnin jam 9:00 pagi telah berlangsung satu sesi  Pengauditan Rekod PTAR. Objektif sesi pengauditan ini ialah untuk menilai tahap pematuhan rekod PTAR dan mengenalpasti tindakan lanjut antara Jabatan Transformasi & Governan Perpustakaan (JTGP) dan Jabatan Arkib Universiti (JAU). 

Seramai tujuh orang staf PTAR terlibat sewaktu sesi pengauditan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat PTAR Shah Alam. Puan Nor Azwani Mohamad, Timbalan Ketua Pustakawan PTAR telah mengetuai staf JTGP manakala Encik Ahmad Amiri Mohamad, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan telah mengetuai staf JAU.

Sesi pengauditan telah berakhir pada jam 1:00 petang. 

Dari kanan: Puan Nor Azwani Mohamad, Encik Ahmad Amiri Mohamad, Puan Azniza Hj. Mohamad Nor dan Muhamamad Azrul Nizam Abdul Rahman

Staf yang terlibat sesi Audit Dalam Pengurusan Rekod PTAR Shah Alam. 






Share:

Friday, 23 September 2022

Pembasmian Serangga Perosak Di Dalam Perpustakaan

 

 

Kewujudan serangga seperti pinjal, kutu dan hama memberi ancaman terhadap kebersihan persekitaran perpustakaan. Justeru, kawalan terhadap kewujudan serangga dalam persekitaran perpustakaan amat penting demi kesejahteraan dan keselesaan pengguna perpustakaan. 

Pada 22 September 2022 telah dilaksanakan kerja penyemburan pembasmian serangga di ruang-ruang bacaan PTAR Shah Alam dan PTAR Undang-Undang. Kerja-kerja penyemburan ini telah dilakukan oleh kontraktor yang dilantik oleh Pejabat Pembangunan Infrastruktur (PPI) seramai dua orang di lokasi Zon B (Zon 1).  

Proses penyemburan racun serangga yang bermula pada jam 6:00 petang dan berakhir pada jam 10:00 malam  ini telah diselia oleh staf PTAR iaitu Encik Shaiful Akhuan Mohd Jusoh.  Kerja-kerja tersebut dilaksanakan mengikut peraturan dan spesifikasi oleh Pengurusan PTAR dan Bahagian Pejabat Fasiliti (PPII) UiTM bagi menangani masalah serangga perosak.

Istilah 'Misting' serangga perosak ialah aktiviti pembasmian serangga terbang (nyamuk dan lalat), serangga merayap (semut dan lipas), tikus, anai-anai, serangga perosak struktur bangunan (kumbang, kutu, rama-rama, dan ulat) dan serangga perosak khas (labah-labah, kaki), ribu, lipan, cicak, tokek dan sebagainya. 

Lazimnya, aktiviti ini yang diadakan secara berkala iaitu kekerapan sebanyak dua kali sebulan, akan melibatkan aktiviti menyembur, mengabus, mengumpan, menghabuk dan pengasapan. 

Dengan akviti pembasmian ini, fasiliti PTAR berada pada tahap kondusif dan selamat buat semua pengguna perpustakaan. 


Aktiviti pembasmian serangga perosak di ruang Learning Common PTAR 1. 

Aktiviti pembasmian serangga perosak dilakukan di antara rak buku di aras 4, PTAR 1. 

Aktiviti pembasmian nyamuk di luar bangunan PTAR 1. 

Aktiviti pembasmian nyamuk di ruang bacaan 24 jam PTAR 1. 

Aktiviti pembasmian serangga perosak di ruang koleksi Khas PTAR 1. 

Aktiviti pembasmian serangga perosak di bilik koleksi Peta PTAR 1. 

Aktiviti pembasmian serangga perosak di aras 5 PTAR 1. 

Aktiviti pembasmian serangga perosak di pusat IT PTAR Undang-Undang.

                       Aktiviti pembasmian serangga perosak di rak buku PTAR Undang-Undang.




Share:

Thursday, 15 September 2022

Syabas dan Tahniah Di Atas Kenaikan Pangkat Staf PTAR Puan Azniza Hj. Mohamad Nor




Seluruh warga kerja Perpustakaan Tun Abdul Razak mengucapkan syabas dan tahniah ditujukan kepada Puan Azniza binti Hj, Mohamad Nor di atas kenaikan pangkat sebagai Pegawai Arkib Kanan gred S44 berkuatkuasa 17 Ogos 2022. 

Semoga ianya menjadi pemangkin motivasi ke arah kecemerlangan warga kerja PTAR keseluruhannya. 

Ketua Pustakawan UiTM Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman (kiri) menyampaikan surat kenaikan pangkat kepada Puan Azniza binti Haji Mohamad Nor. 



Share:

Wednesday, 14 September 2022

Sesi Bersama Ketua Pustakawan UiTM dan Staf Pelaksana PTAR Shah Alam dan PTAR Cawangan Selangor

 


Ketua Pustakawan UiTM, Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman telah meluangkan masa selama empat jam bersama-sama staf pelaksana PTAR Shah Alam dan PTAR Cawangan Selangor pada pagi 14 September 2022 hari Rabu.  

Kehadiran Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman yang telah menyampaikan ucapannya tepat jam 9:15 pagi turut diiringi oleh Tuan Ts. Hj. Azizi bin Jantan (Ketua Timbalan Pustakawan), Puan Nor Azwani binti Mohamad (Timbalan Ketua Pustakawan) dan Puan Nurul Aida binti Noor Azizi (Pustakawan Kanan). 

Seramai 80 orang staf pelaksana telah hadir memenuhi ruang Auditorium, PTAR Undang-Undang, bagi mendengar ucapan Ketua Pustakawan UiTM dan turut serta dalam sesi perbincangan dua hala ini. 

Dalam ucapannya, Ketua Pustakawan UiTM memberi penumpuan terhadap halatuju universiti sebagai Universiti Terkemuka menjelang tahun 2025 atau Globally Renowned Universiti 2025. 

Pelbagai inisiatif yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh PTAR telah dikongsi oleh Ketua Pustakawan UiTM bersama staf pelaksana yang terdiri daripada pelbagai gred jawatan. Turut dikongsi bersama ialah pencapaian PTAR yang menyokong kepada agenda universiti pada masa kini. 

Program yang telah dianjurkan oleh Jabatan Transformasi dan Governan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR 1) bermatlamat sebagai sesi pengukuhan khususnya di peringkat operasi perpustakaan UiTM demi memacu hala tuju universiti secara efektif dan efisien. 

Pengurusan PTAR bergambar bersama staf sokongan PTAR Shah Alam dan PTAR cawangan Selangor.  Paling hadapan duduk dari kanan Puan Nor Azwani binti Mohamad, Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman, Tuan Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan dan Puan Nurul Aida binti Noor Azizi. 

Sekretariat Sesi Bersama Ketua Pustakawan UiTM dan Staf Pelaksana PTAR Shah Alam dan PTAR Cawangan Selangor: Dari kiri Puan Wan Nur Syuhada binti Wan Adnan dan Puan Seri Ida Idayu binti Sarffuddin.

Encik Khairul Idzwan bin Mohd Saad selaku pembaca doa. 


Encik Badle Shah bin Yahaya (Ketua Pembantu Pustakawan) 

Puan Murni binti Othman (Pembantu Pustakawan Kanan) 

Tuan Ts. Hj. Azizi bin Jantan (Ketua Timbalan Pustakawan)




Share:

Tuesday, 13 September 2022

Keselamatan Luar Bangunan PTAR


Satu operasi memusnahkan sarang tebuan di pokok Rajah Kayu atau Golden Shower/ Cassia Fistula berhadapan foyer PTAR telah dilakukan pada 13 September 2022 hari Selasa jam 7:00 malam oleh pihak kontraktor Pest Control. Operasi ini telah turut diselia oleh staf Unit Kewangan & Infrastruktur PTAR iaitu Encik Mohd Shaiful Akhuan Mohd Jusoh bersama-sama dengan staf Pejabat Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur (PPII). 

Sebelum operasi pemusnahan tersebut dilaksanakan, suatu pemakluman menerusi emel kepada staf perpustakaan dan notis pemakluman buat pengguna perpustakaan telah dipamer di hadapan pintu masuk perpustakaan. Para pengguna dan staf PTAR dinasihati supaya menghindari buat sementara waktu, laluan ke sekitar kawasan Dataran Menara SAAS, Laluan Wajah-Wajah, Foyer PTAR 1 dan CMT Hub bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. 

Operasi pemusnahan selama tiga jam ini telah berjaya memusnahkan sarang tebuan sebelum membiak lebih banyak serta mengancam keselamatan pejalan kaki di sekitar bangunan PTAR. 

Lokasi sarang tebuan.

Pekerja kontraktor Pest Control memulakan operasi dengan meninjau lokasi sarang tebuan di pokok Rajah Kayu. 

Notis pemakluman di laluan tangga berhadapan pintu masuk utama PTAR. 

Notis makluman di pamer di laluan Wajah-Wajah bersebelahan pokor Rajah Kayu.

Pekerja kontraktor Pest Control sedang melakukan semburan bahan kimia ke arah sarang tebuan. 

Tebuan yang telah gugur terkena semburan bahan kimia. 

Keadaan tebuan yang gugur di atas bumbung laluan Wajah-Wajah

Pekerja kontraktor Pest Control sedang menggugurkan sarang tebuan. 

Sarang tebuan yang telah gugur dikumpul untuk dilupuskan.

Pekerja kontraktor Pest Control sedang melakukan kerja pembersihan selepas operasi. 

Pokok Rajah Kayu tanpa sarang tebuan. 



Share:

Labels

Total Pageviews