Monday, 2 December 2024

Mengurus proses kerja perpustakaan menerusi Repositori Tadbir Urus Perpustakaan

Isnin 
2 Disember 2024 
 30 جمادي الأول 1446

کڤنتيڠن مڠوروس دان ملكسانا ڤروسيس کرجا برڤندوکن داسر، اکتا، ڤکليليڠ اتاو ݢاريس ڤندوان سچارا چکڤ دان ڤانتس تله مندوروڠ ڤرڤوستاکاءن تون عبد الرازق  ممباڠونکن سيستم ريڤوسيتوري تدبير اوروس ڤرڤوستاکاءن UiTM.

Kepentingan mengurus dan melaksana proses kerja berpandukan Dasar, Akta, Pekeliling atau Garis Panduan secara cekap dan pantas telah mendorong Perpustakaan Tun Abdul Razak membangunkan sistem Repositori Tadbir Urus Perpustakaan UiTM. 

Oleh yang demikian, satu sesi Taklimat Repositori Tadbir Urus Perpustakaan UiTM telah diadakan  pada pagi Isnin melibatkan seluruh sistem Perpustakaan UiTM. 

Seramai 402 orang staf perpustakaan telah hadir di dalam taklimat yang disampaikan secara dalam talian oleh Puan Nor Azwani Mohamad, Ketua Bahagian Pengurusan Perpustakaan. 

Taklimat dimulai dengan sesi penerangan mengenai latar belakang sistem repositori olah Puan Nor Azwani Mohamad selama sejam. Sesudah selesai, Puan Wan Nur Khalidah Wahed telah mengambil tempat dengan sesi penerangan mengenai operasi sistem repositori terutama proses muat naik bahan rujukan mengikut 262 proses kerja perpustakaan. 

Dengan pelaksanaan repositori tadbir urus akan meningkatkan kecekapan proses kerja perpustakaan, mengurangkan risiko dan membangunkan proses kerja baharu yang inovatif dan mampan. 





Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

Total Pageviews

24511