Monday, 23 December 2024

Mesyuarat Penutup Audit Dalam bil. 2/2024

Isnin
23 Disember 2024 
 21 جمادي الأخير 1446

Mesyuarat Penutup Audit Dalam bil. 2/2024 telah dilaksanakan pada jam 2:30 petang dengan keputusan 2 Minor dan 18 Scope for Improvement atau SFI. 

Terdapat peningkatan jumlah penemuan berbanding hanya 5 penemuan berstatus SFI sewaktu pengauditan bil. 1/2024. Berikutnya, proses penambahbaikan oleh setiap bahagian yang terlibat akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat agar proses setelah ditambah baik dipatuhi sepenuhnya. 

Ketua Pustakawan UiTM Ts Haji Azizi Haji Jantan ketika mengulas laporan penemuan hasil audit menyatakan beliau berpuas hati dengan sesi pengauditan kali ini. Namun begitu, beliau menasihati agar disertakan punca kuasa untuk setiap penemuan serta menuntut penyelesaian masalah secara tuntas agar isu yang sama tidak berulang di masa hadapan. 

Beliau turut menggesa agar setiap bahagian perlu bersama-sama menggalas amanah memastikan agar proses perpustakaan berjalan lancar terutama melibatkan sistem automasi perpustakaan ketika ini. 

Seramai hampir 30 orang staf perpustakaan telah hadir bagi memberikan maklumbalas berkaitan penemuan audit yang telah dibentangkan oleh Ketua Sistem Audit (KSA) Puan Siti Aishah Sadan dan Timbalan KSA Puan Siti Salwa A. Rahman. 

Pelaksanaan pengauditan dalaman sebanyak dua kali setahun telah diamalkan sejak perpustakaan memperoleh pensijilan ISO9001 pada tahun 2006 adalah bagi memastikan penyampaian kualiti perkhidmatan perpustakaan adalah ditahap terbaik. 







Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

Total Pageviews

24463