ريڤوسيتوري ڤرسورتن جاوي دان ريڤوسيتوري خزانه ملايو انتارا ڤرکارا يڠ منچوري تومڤوان دان ترکاندوڠ دالم اوچڤن سمڤنا مجليس ستاهون ناءيب چنسلور ک-7 برسام UiTM.
Repositori Persuratan Jawi dan Repositori Khazanah Melayu antara perkara yang mencuri tumpuan dan terkandung dalam ucapan sempena majlis Setahun Naib Canselor ke-7 Bersama UiTM.
Dalam ucapan yang memakan masa hampir sejam, Naib Canselor UiTM YBhg Profesor Datuk Dr. Shahrin Sahib menyatakan bahawa membudayakan tulisan Jawi dan memakai baju melayu lengkap bertanjak dan mengenakan rompi di dalam majlis-majlis rasmi UiTM merupakan alat untuk mendidik, memperkukuh identiti dan merapatkan jurang generasi.
Dengan nada yang lembut namun penuh dengan harapan, YBhg. Datuk Naib Canselor mengajak seluruh warga UiTM agar bersama-sama melakukan perubahan khususya dari segi penulisan dan pemakaian agar identiti budaya bangsa kekal terpelihara.
Dalam majlis yang sama, Ketua Pustakawan Ts Haji Azizi bin Haji Jantan bersama-sama ahli Majlis Eksekutif Universiti telah menyertai sesi Town Hall bersama warga UiTM.
0 comments:
Post a Comment