Monday, 4 November 2024

PTAR di pembentangan akhir AKNC buat kali ke-17

Isnin
4 November 2024
ج 2 جمادى الأول 1445

Selesai sudah pembentangan finalis Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) tahun 2024 oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak pada lewat petang Isnin. 

PTAR telah memulakan pembentangan kali ke-17 sekitar jam 4:00 petang dengan senarai pembentang seramai 5 orang yang diketuai oleh Ketua Pustakawan Ts Haji Azizi bin Haji Jantan dan disokong oleh barisan Pengarah Bahagian iaitu Encik Ahmad Amiri Mohamad, Encik Ahamad Zuber Mohamed, Puan Aznur Umiza Abu Kassim dan Puan Nor Azwani Mohamad. 

Pembentangan akhir AKNC PTAR pada tahun ini membawa kelainan dengan memasukkan elemen pengkisahan semula Majlis Perasmian Perpustakaan Tun Abdul Razak tanggal 29 Julai 1972. 

Pengkisahan semula menerusi babak lakonan ini adalah untuk menyokong naratif  transformasi perkhidmatan PTAR tahun 2023 seperti yang terkandung dalam dokumen dan slaid pembentangan AKNC PTAR. 

Terdahulu dalam satu hantaran emel bertarikh 27 September 2024 oleh Sekretariat Anugerah Kualiti Naib Canselor  menyenaraikan 14 finalis AKNC 2024 iaitu melibatkan 4 cawangan (UiTM cawangan Johor, UiTM cawangan Melaka, UiTM cawangan Perak, UiTM cawangan Pulau Pinang), 3 bahagian (Institut Pendidikan Berterusan & Pengajian Profesional), Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Perpustakaan Tun Abdul Razak) dan 7 fakulti (Fakulti Pendidikan, Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan, Fakulti Perakaunan, Fakulti Sains Gunaan, Fakulti Undang-Undang, Kolej Pengajian Alam Bina dan Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik). 

Sesi pembentangan akhir telah diadakan di Dewan Kuliah 500, UiTM cawangan Selangor, kampus Puncak Alam selama sehari bermula jam 8:00 pagi. 
















Share:

0 comments:

Post a Comment

Labels

Total Pageviews