Thursday, 17 October 2024

Pembentangan Pencapaian Prestasi Perancangan Strategik Perpustakaan UiTM Sukuan Ketiga (Q3) dan Strategi Pecutan Sukuan Keempat (Q4) tahun 2024

17 Oktober 2024 | 13 Rabi'ulakhir 1446H (Khamis) 

Pembentangan Pencapaian Prestasi Perancangan Strategik Perpustakaan UiTM Sukuan Ketiga (Q3) telah berjaya diadakan secara dalam talian. 

Sesi ini bermatlamat untuk memberi kefahaman dan kesedaran berkaitan hala tuju dan inisiatif yang telah dan akan dilaksanakan melibatkan komitmen semua peringkat warga kerja perpustakaan. 

Dihadapan Ketua Pustakawan UiTM Ts Haji Azizi bin Haji Jantan dan seramai hampir 400 orang staf Perpustakaan UiTM, pembentangan pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Petunjuk Prestasi (PI) telah disempurnakan oleh Ketua Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Puan Nor Azwani Mohamad. 

Ts Haji Azizi menekankan bahawa fokus Perpustakaan UiTM hedaklah bertunjangkan aspek berikut: Digitalisasi, Penciptaan Pengetahuan, Personalised Education dan Pembangunan Bakat. 

Hasil usaha gigih dan komitmen yang tinggi oleh seluruh warga Perpustakaan UiTM didapati hampir keseluruhan KPI dan PI telah mencapai sasaran sukuan ketiga berdasarkan analisa data sehingga September 2024. 

Menariknya pembentangan kali ini adalah mengenai inisiatif-inisiatif terbaharu yang sedang dan akan berlangsung di perpustakaan. 

Buat julung kalinya sistem automasi perpustakaan yang baharu telah diperkenal serta dibentangkan strategi pelaksanaan secara berperingkat di seluruh sistem Perpustakaan UiTM. 

Malah inisiatif untuk menarik minat membaca pengguna menerusi bacaan santai dan pelbagai genre pembacaan sedang dilaksanakan sejak 8 Oktober 2024. Malah inisiatif langganan secara berpusat ini dijangka akan memberi impak terhadap aspek penjimatan dan prestasi pinjaman bahan perpustakaan. 

Seramai empat orang Pengarah Bahagian dan seorang Ketua Unit telah berjaya membentangkan inisiatif-inisiatif baharu dan strategi pecutan sukuan keempat (Q4) seperti berikut: 

  1. Pembangunan Bakat Staf Perpustakaan UiTM - Puan Nurul Aida Noor Azizi, Ketua Unit Pembangunan Bakat 
  2. Electronic Library (ELIB) - Puan Aznur Umiza Abu Kasim, Pengarah Bahagian Sumber Rujukan Universiti. 
  3. Pembacaan dan Penghayatan Ilmu Staf Perpustakaan : Sistem CERDAS - Encik Ahmad Amiri Mohamad, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan 
  4. Enterprise Library Management System (ELMS) dan Pengurusan Laman Web Berpusat - Encik Arshad Bujang, Pengarah Perpustakaan Digital 
  5. Repositori Dokumen Universiti, Klasifikasi Fail dan Oral History University - Encik Ahamad Zuber Mohamed, Pengarah Bahagian Arkib Universiti. 
Sebelum sesi berakhir pada jam 2:30 petang, Tuan Ketua Pustakawan menzahirkan penghargaan terhadap pemilik KPI dan PI yang telah mencapai sasaran sukuan ketiga. Disamping itu, beliau optimis bahawa prestasi perpustakaan akan melonjak pada penghujung tahun ini dengan melihat kepada strategi-strategi pecutan yang telah dibentangkan oleh bahagian-bahagian perpustakaan pada hari ini. 









Share:

0 comments:

Post a Comment

Labels

Total Pageviews