Friday, 4 October 2024

Karnival Jawi UiTM 2.0

3-4 Oktober 2024/ 29 Rabiulawal & 1 Rabiulakhir 1446H (Khamis-Jumaat)

Karnival Jawi UiTM 2.0 telah berlangsung dengan penuh meriah di Perpustakaan Tun Abdul Razak. 

Selama dua hari, pelbagai aktiviti telah diadakan bagi menyemarakkan tulisan Jawi di peringkat universiti. 

Program dimulai dengan Forum Jawi dengan membincangkan topik Pembudayaan Tulisan Jawi dalam Institusi oleh pakar tulisan Jawi iaitu YBrs. Profesor Madya Dr Adi Yasran Abdul Aziz dan Puan Noor Anita binti Sihab. 

Forum yang berlangsung pagi Khamis ini telah berkongsi kaedah mudah pembudayaan tulisan jawi yang boleh dilaksanakan di dalam rutin harian seperti menulis menggunakan tulisan Jawi di papan-papan tanda dan di sosial media. 

Pertandingan Seni Khat Jawi melibatkan warga UiTM telah berlangsung di Bilik Bacaan dan menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM1,500.00. Pertandingan yang berlangsung pada petang Khamis ini bermatlamat menyuburkan kemahiran transliterasi Rumi-Jawi dan seni tulisan Khat dikalangan peserta. 

Bicara Kepimpinan yang telah diadakan pada pagi hari kedua Karnival Jawi telah menampilkan tetamu istimewa iaitu Naib Canselor UiTM dan Mufti Negeri Selangor. 

Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr Shahrin bin Sahib telah sudi berkongsi mengenai Peranan Institusi Pendidikan Tinggi Terhadap Kelestarian Tulisan Jawi manakala Yang Amat Dihormati Dato' Setia Profesor Madya Dr Haji Anhar bin Haji Opir telah membentangkan kertas kerja bertajuk Pembudayaan Tulisan Jawi Dalam Perkembangan Ilmu dan Budaya Di Malaysia. Maklumat lanjut sila layari Facebook Masjid Universiti Teknologi MARA Shah Alam.

Sebagai rakan strategik Karnival Jawi UiTM 2.0, PENJAWIS turut mengambil peluang untuk mengadakan sesi penyerahan dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara PENJAWIS dan UiTM. 

Dokumen MoU yang lengkap bertandatangan telah diserahkan oleh YBrs. Profesor Madya Dr Adi Yasran selaku Yang Dipertua PENJAWIS manakala YBrs. Profesor Teknologis Dr. Janudin Sardi, Dekan Akademi Pengajian Bahasa (APB) selaku wakil UiTM telah menerima dokumen tersebut dengan disaksikan oleh Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr Shahrin bin Sahib. 

Sesi petang diisi dengan program Bedah Kitab Faridatul Faraid yang telah disampaikan oleh Muhammad Nur AIman bin Mohd Zuki, pelajar Sarjana Muda Usuluddin (Akidah dan Falsafah), Universiti al-Azhar, Mesir. 

Program anjuran bersama Perpustakaan Tun Abdul Razak, Bahagian Hal Ehwal Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Tengah dengan kerjasama Persatuan Pencinta Tulisan Jawi Selangor (PENJAWIS) dan Taman Pustaka telah berjaya menarik penglibatan staf dan pelajar UiTM seramai 1,400 orang.


Y.A.D. Dato' Setia Profesor Madya Dr Haji Anhar bin Haji Opir dan YBhg. Profesor Datuk Dr Shahrin                                         bin Sahib merasmikan koleksi khas Jawi UiTM.

Plak perasmian Koleksi Khas Jawi UiTM

Y.A.D. Dato' Setia Profesor Madya Dr Haji Anhar bin Haji Opir sudi menurunkan tandatangan di atas                                                     plak perasmian Koleksi Khas Jawi UiTM. 

Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr Shahrin bin Sahib sudi menurunkan tandatangan di atas                                                     plak perasmian Koleksi Khas Jawi UiTM. 

Y.A.D. Dato' Setia Profesor Madya Dr Haji Anhar bin Haji Opir tertarik melihat naskah kitab Matla'al-Badrain wa Majma'al-Bahrain yang telah dijadikan teks pengajia.n ilmu fiqih sekolah-sekolah agama negeri Johor


Koleksi Kitab Bahrul Mazi yang menarik perhatian tetamu kehormat. 

Tetamu Kehormat di Hari Pertama Karnival Jawi UiTM 2.0 ketika berlangsung Forum Jawi 

Forum Jawi menampilkan Puan Siti Khadijah Hussin (pertama, kiri) sebagai moderator Dr. Adi Yasran (tengah) dan Puan Anita sebagai panel forum. 

Pelajar Latihan Industri di Perpustakaan Tun Abdul Razak 









Penjurian Pertandingan Seni Khat Jawi 

Ustazah Norfaizah Yahya (kanan) sewaktu sesi penjurian Pertandingan Seni Khat Jawi.

Barisan tetamu kehormat: 
(Kanan) YBrs Profesor Dr. Amer Shakir Zainol, Ts Haji Azizi Haji Jantan, YBhg Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib, Y.A.D. Dato' Setia Profesor Madya Dr Haji Anhar Haji Opir dan YBrs Puan Nurul Julia Alani Henry. 


YBhg Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib sewaktu sesi Bicara Kepimpinan. 



Ustaz Mohammad Shaffiaizad Amar Mohammed Sabri, Pembaca Doa

Saudari Leviani Maison pelajar Latihan Industri Ogos 2024-Januari 2025 dan pengacara majlis sewaktu Majlis Perasmian Penutup Karnival Jawi UiTM 2.0 

Puan Nurul Julia Alani Henry, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Tengah menyampaikan ucapan sewaktu Majlis Perasmian Penutup Karnival Jawi UiTM 2.0.

Para hadirin di Majlis Perasmian Penutup Karnival Jawi UiTM 2.0

Sesi penyerahan dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara PENJAWIS dan UiTM












Y.A.D. Dato' Setia Profesor Madya Dr Haji Anhar Haji Opir menggunakan Repositori Persuratan Jawi untuk melayari naskah koleksi Jawi UiTM. 








Sesi Bedah Kitab disampaikan oleh saudara Muhammad Nur Aiman Mohd Zuki. 

Ts Haji Azizi (kanan) sewaktu sesi Bedah Kitab 


Haji Zulkifli bin Yusof (Zuhal Design) menyumbangkan tulisan seni khat kepada Ts Haji Azizi sebagai tanda penghargaan.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Labels

Total Pageviews