Sunday, 8 September 2024

Sesi Penutup Program Literasi Maklumat Komuniti Sekolah Parlimen Bagan Datuk

8 September 2024/ 4 Rabiulawal 1446 (Ahad) 

Proram Literasi Maklumat Komuniti Sekolah Parlimen Bagan Datuk telah diadakan di Perpustakaan Tun Abdul Razak melibatkan 110 orang pelajar dari 11 buah sekolah. 

Memasuki hari terakhir, telah diadakan satu sesi penutupan program yang sarat dengan pesanan tentang ciri-ciri insan yang berjaya samada dalam laluan akademik mahupun sebagai angggota dalam masyarakat. Golongan muda harus menghargai pengorbanan generasi terdahulu yang telah bersusah payah membina asas pembangunan yang menyeluruh sehingga negara mencapai kemerdekaan dan keamananan kini. 

Sesi ini telah dihadiri oleh Ketua Pustakawan UiTM Ts Haji Azizi bin Haji Jantan, Exco Kelab Silaturahim Bagan Datuk Encik Muhamad Nabil Saleh dan pensyarah UiTM Profesor Madya Dr. Alwi Mohd Yunus. 

Di laman facebook Muhammad Nabil Salleh telah dikongsikan maklumbalas pelajar bernama Kumar yang telah mengikuti proram ini





Share:

0 comments:

Post a Comment

Labels

Total Pageviews