Tarikh: 11 September 2024/ 7 Rabiulawal 1446H (Rabu)
Masa: 11:00 pagi
Tempat: KSL Esplanade, Klang
Ringkasan:
- Sistem Perekodan dan Analisa Bacaan atau CERDAS telah berjaya meraih satu pingat Perak dalam Pertandingan Inovasi Terbuka anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Klang.
- Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai (SKSB) turut meraih satu pingat Emas dan tiga pingat Perak menerusi dua kategori iaitu kategori Bicara Amalan Terbaik dan juga menerusi kategori Inovasi.
- Julung kali menyertai pertandingan yang diadakan sempena Seminar Menjana Aspirasi Naratif Inovasi Selangor, sistem CERDAS telah mendapat perhatian ramai pengunjung yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang sistem perekodan bacaan yang telah dibangunkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak, Universiti Teknologi MARA Shah Alam.
- Detik manis tersebut telah dikongsikan oleh guru SKSB menerusi satu hantaran mesej lewat petang Rabu.
- Sistem CERDAS merupakan sistem bagi merekod, menilai dan menyimpan data pembacaan komuniti sekolah yang telah diaplikasikan di Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai bermula bulan Mei 2024.
0 comments:
Post a Comment