Wednesday, 3 January 2024

PTAR PTJ Pertama dikunjungi Naib Canselor UiTM Tahun 2024




SHAH ALAM, 3 Januari 2024 - Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menerima kunjungan tetamu istimewa iaitu YBhg. Datuk Naib Canselor seperti butiran berikut: 

Tarikh     : 3 Januari 2024 (Rabu) 
Masa       : 10:00 pagi - 12:00 tengah hari 

Ketibaan YBhg. Profesor Datuk Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin dan Pegawai Khas Encik Afizul Sobri di PTAR telah disambut oleh Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Tuan Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan bersama-sama Ketua Jabatan dan Ketua Bahagian PTAR. 

Kunjungan selama hampir 3 jam telah diisi dengan sesi taklimat halatuju PTAR tahun 2024 dan lawatan ke ruang Koleksi Jawi yang terletak di aras 3. 

Berikut intipati kunjungan YBhg. Datuk Naib Canselor: 

  1. PTAR adalah Pusat Tanggungjawab (PTJ) pertama di UiTM Shah Alam yang ingin dilawati oleh YBhg. Datuk Naib Canselor.  
  2. Baginya, perpustakaan adalah nadi pembudayaan ilmu menerusi aktiviti pengumpulan dan penyebaran ilmu. 
  3. Perpustakaan juga adalah tempat yang wajib dikunjungi dan dihayati kerana kemuliaan ilmu yang terkandung di dalamnya. 
  4. Perpustakaan kekal relevan kerana menyediakan perkhidmatan secara digital. Hal ini selari dengan kaedah pembelajaran dan sumber rujukan  masa kini yang banyak berbantukan digital. 
  5. Konsep pendigitalan perpustakaan perlu ada elemen interaktif dan insaniah agar ilmu mudah difahami dan dijiwai.
  6. Cadangan tagline baharu perpustakaan oleh Tuan Ts Haji Azizi iaitu Pembudayaan Ilmu Membentuk Adiwangsa kepada YBhg Datuk Naib Canselor UiTM dan bersetuju dengan cadangan tagline tersebut. 
  7. Perpustakaan perlu radikal, praktikal dan fleksibel. Konsep “Personalized Learning Network” harus diterap dan diperluas kepada komuniti mengikut profil peringkat sekolah, politeknik dan kolej komuniti agar sumber rujukan dan perkhidmatan perpustakaan dapat dimanfaat oleh semua pihak.  YBhg. Naib Canselor UiTM bersetuju untuk MyKM dapat diperluaskan keupayaannya berdasarkan bidang dan pattern kehendak pengguna. 
  8. Portal Perpustakaan hendaklah mempunyai keupayaan fleksibel dengan kehendak pengguna diperingkat Universiti, Politeknik, Sekolah dan pelbagai lapisan.

















Share:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Labels

Blog Archive

Total Pageviews