Rabu,
5 Rejab 1445H,
17 Januari 2024:
Perbincangan bersama Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Selangor telah berlangsung seperti berikut:
Tarikh: 17 Januari 2024 (Rabu)
Masa: 9:30 pagi - 12:30 tengah hari
Tempat: Bilik Mesyuarat, PTAR
PTAR diwakili oleh:
- Tuan Ts Haji Azizi bin Haji Jantan
- Shahidatul Akhmam binti Rambeli
- Mohd Khairul Idzwan bin Mohd Saad
DOSM negeri Selangor diwakili oleh:
- Wan Roslida binti Othman - Timbalan Pengarah
- Junaida binti Othman - Penolong Pengarah
Intipati perbincangan kedua belah pihak adalah seperti berikut:
- Kerjasama PTAR dan DOSM Selangor dalam pelaksanaan Pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU).
- Taklimat/perkongsian maklumat sistem PADU kepada warga UiTM melalui Live@PTAR.
- Pembukaan reruai DOSM negeri Selangor di PTAR bagi tujuan membantu pengesahan data yang menghadapi masalah.
- Penggunaan ruang media untuk penyebaran maklumat statistik negara kepada warga UiTM - Celik Statistik.
Tuan Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan (kiri) mengiringi wakil DOSM negeri Selangor melawat Kiosk StatsDigital di aras 4, PTAR.
Membawa melawat koleksi Khas Jawi@PTAR
Tuan Ts. Haji Azizi (dua dari kanan) memperkenal Repositori Persuratan Jawi
Pameran Koleksi Jawi@PTAR telah menarik minat Wan Roslida binti Othman.
Melawat Ruang Media@PTAR
Melihat lakaran wajah A. Samad Ismail oleh Seniman Diraja Dato' Mohammad Nor Khalid atau Lat.
Pemberian cendera mata DOSM negeri Selangor kepada PTAR
0 comments:
Post a Comment