SHAH ALAM, 10 Januari 2024 - Dengan 321 jumlah tontonan sewaktu bersiaran telah menjadikan program Book Talk with Author hari ini mencapai jumlah tontonan tertinggi.
Diterbitkan tahun 2022, buku berjudul Quantitative Data Analysis in Communication Research tulisan Profesor Madya Dr. Ahlam Abd Aziz amat sesuai dirujuk oleh para pelajar yang sedang menjalankan penyelidikan dalam bidang sains sosial. Mengandungi 4 bab yang menghuraikan kaedah analisa data penyelidikan sama ada secara manual atau secara perisian SPSS, buku ini turut dilengkapi dengan soalan latihan bagi menguji daya kefahaman pembaca.
Maklumat program siaran langsung Book Talk with Author anjuran Penerbit UiTM dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) turut dikongsi di saluran facebook Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) dan Design 'N' Typo iaitu syarikat berkaitan buku. Tidak ketinggalan halaman facebook Perpustakaan UiTM Kampus Sungai Buloh turut berkongsi maklumat siaran langsung ini.
Program Book Talk with Author telah mula bersiaran di saluran YouTube dan Facebook Perpustakaan UiTM sejak 6 September 2023 sebanyak 4 siri manakala program hari ini adalah siri pertama bagi tahun 2024. Program ini diadakan secara hibrid iaitu secara dalam talian dan secara fizikal di Ruang Media Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam.
Ingin menonton kembali program Book Talk with Author sila layari saluran YouTube Perpustakaan UiTM.
Program Book Talk With Author bersiaran di saluran YouTube Perpustakaan UiTM
0 comments:
Post a Comment