Wednesday 8 November 2023

Puan Noraishah, jauh di mata dekat di hati

Pertemuan hormat antara Tuan Ts Haji Azizi bin Haji Jantan dan Puan Noraishah Abdullah: 

Tarikh: 8 November 2023 hari Rabu
Masa: 11:00 pagi 
Tempat: AEON seksyen 13, Shah Alam 

Puan Noraishah Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan (S48) telah berkhidmat di PTAR sejak 16 Ogos 1996 hingga kini. Namun begitu, Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Sumber Manusia (JKIPSM) Bil 58 Tahun 2023 pada 22 September 2023 telah bersetuju untuk memperakukan Laporan Lembaga Perubatan daripada Hospital Sungai Buloh bertarikh 23 Mei 2023 untuk dibersarakan atas sebab kesihatan kerana penyakitnya akan menyebabkan beliau tidak berupaya menjalankan kewajipan-kewajipan jawatannya berdasarkan senarai tugas beliau. 

Share:

0 comments:

Post a Comment

Labels

Total Pageviews