Tuesday, 20 June 2023

Pertandingan Seni Khat Jawi anjuran DBP dan UiTM

Shah Alam, 20 Jun 2023 - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Tengah dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak dan Bahagian Hal Ehwal Islam, Universiti Teknologi MARA (UiTM) sedang menganjurkan Pertandingan Seni Khat Jawi bersempena Program JAWI@UiTM. Tarikh akhir penyertaaan pertandingan seni khat secara dalam talian ini ialah pada 30 Jun 2023. 

Objektif pertandingan ini ialah untuk menyuburkan budaya tulisan jawi dan seni khat dalam kalangan generasi muda terutama mahasiswa universiti awam dan swasta. 

Para peserta akan diuji kemahiran menghasilkan tulisan seni Khat Thuluth dan seni Khat Nasakh berpandukan teks Jawi yang ditetapkan oleh penganjur. 

Seni Khat Thuluth banyak dihasilkan pada tajuk buku atau kitab manakala seni Khat Nasakh banyak digunakan dalam teks penulisan buku-buku agama. 

                                            

                                           

Penyertaan pertandingan ini adalah percuma dan terbuka buat semua mahasiswa Institusi Pengajian Awam dan Swasta (IPTA/ IPTS) di seluruh Malaysia. 

Hadiah menarik turut ditawarkan buat pemenang Pertandingan Seni Khat. 

Para pemenang akan dihubungi oleh pihak urusetia manakala majlis penyampaian hadiah akan diadakan pada 6 Julai 2023 di Perpustakaan Tun Abdul Razak. 

Maklumat lanjut sila layari portal Pertandingan Seni Khat Jawi atau imbas kod QR menerusi poster di atas. 

Share:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Labels

Blog Archive

Total Pageviews