Thursday 8 June 2023

Seminar Amalan Terbaik Pengurusan Rekod, Arkib dan Galeri Universiti


Bersempena sambutan Hari Arkib Antarabangsa peringkat UiTM 2023, Jabatan Arkib Universiti Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menganjurkan Seminar Amalan Terbaik Pengurusan Rekod, Arkib dan Galeri Universiti seperti butiran berikut: 

Tarikh: 8 Jun 2023 (Khamis)
Masa: 8:00 pagi hingga 5:00 petang
Tempat: Jabatan Arkib Universiti, Blok F, Kompleks Kenanga UiTM. 

Ketua Pustakawan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Ketua Pustakawan Universiti Awam (JKPUA) YBrs. Encik Azman bin Hashim telah diundang menyampaikan ucaptama sebelum bermulanya pembentangan poster amalan terbaik oleh peserta seminar. 

Seramai 14 orang Pustakawan dan Pegawai Arkib mewakili Unit Arkib cawangan UiTM, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berjaya melakukan pembentangan poster amalan terbaik dalam bidang rekod, arkib dan galeri. 

Penghargaan buat pembentang poster akan diadakan sewaktu sambutan kemuncak Hari Arkib Antarabangsa yang akan diadakan pada 9 Jun 2023 (Jumaat).  







Share:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Labels

Blog Archive

Total Pageviews