Wednesday, 15 February 2023

Pelajar Istimewa Jalani Latihan Industri di PTAR

 


Shah Alam, 14 Februari 2023 - Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) amat berbangga apabila menerima kehadiran dua orang pelajar Latihan Industri dimana salah seorang daripadanya ialah Orang Kurang Upaya (OKU) kategori Pendengaran.    

Saudari Filzah Izzny binti Firdaus dan Saudari Hazizah binti Hassan merupakan pelajar semester 3, Diploma Pengurusan Maklumat, Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM cawangan Kedah. Kedua-duanya akan memperoleh pengalaman tentang tugas-tugas di perpustakaan akademik selama 29 hari bermula 13 Februari 2023. 

Sejumlah sepuluh lokasi melibatkan jabatan, bahagian dan unit di PTAR akan secara bergilir-gilir menerima kehadiran pelajar ini. Antara aktiviti yang akan dilalui oleh pelajar ini antaranya program  siaran langsung, perolehan bahan sumber elektronik, perkhidmatan perpustakaan, penyelidikan dan literasi maklumat, perpustakaan digital, pengurusan rekod dan perpustakaan fakulti. 

Di akhir tempoh latihan industri pada 24 Mac 2023, kedua-dua pelajar ini akan melapor dan membentang pengalaman pembelajaran yang diperoleh di PTAR. 

Dengan kehadiran kumpulan pertama pelajar Latihan Industri di PTAR bagi tahun 2023 ini akan memperkukuh aspek kemudahan golongan OKU di PTAR yang telah bermula sejak awal tahun 2022. 

PTAR turut merakamkan setinggi penghargaan buat Pengarah Unit Perkhidmatan OKU UiTM (UPO UiTM) Ts. Dr. Roslinda Alias di atas kesudian perkongsian aplikasi Live Transcribe. 

Saudari Filzah Izzny binti Firdaus (kiri) dan saudari Hazizah binti Hassan

Ts. Dr. Roslinda Alias (kiri) sedang berinteraksi bersama saudari Hazizah binti Hassan sambil disaksikan oleh Ketua Timbalan Pustakawan Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan. 


Share:

0 comments:

Post a Comment

Labels

Total Pageviews