ڤرڤوستاکاءن تون عبد الرازق PTAR تله مڠاداکن ڤرتموان برسام ڤنربيت UiTM ڤد ڤتڠ رابو دبيليق مشوارت، ڤنربيت UiTM.

ڤرڤوستاکاءن تون عبد الرازق PTAR تله مڠاداکن ڤرتموان برسام ڤنربيت UiTM ڤد ڤتڠ رابو دبيليق مشوارت، ڤنربيت UiTM.

Isnin
4 November 2024
ج 2 جمادى الأول 1445
Selesai sudah pembentangan finalis Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) tahun 2024 oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak pada lewat petang Isnin.
PTAR telah memulakan pembentangan kali ke-17 sekitar jam 4:00 petang dengan senarai pembentang seramai 5 orang yang diketuai oleh Ketua Pustakawan Ts Haji Azizi bin Haji Jantan dan disokong oleh barisan Pengarah Bahagian iaitu Encik Ahmad Amiri Mohamad, Encik Ahamad Zuber Mohamed, Puan Aznur Umiza Abu Kassim dan Puan Nor Azwani Mohamad.
Pembentangan akhir AKNC PTAR pada tahun ini membawa kelainan dengan memasukkan elemen pengkisahan semula Majlis Perasmian Perpustakaan Tun Abdul Razak tanggal 29 Julai 1972.
Pengkisahan semula menerusi babak lakonan ini adalah untuk menyokong naratif transformasi perkhidmatan PTAR tahun 2023 seperti yang terkandung dalam dokumen dan slaid pembentangan AKNC PTAR.
Terdahulu dalam satu hantaran emel bertarikh 27 September 2024 oleh Sekretariat Anugerah Kualiti Naib Canselor menyenaraikan 14 finalis AKNC 2024 iaitu melibatkan 4 cawangan (UiTM cawangan Johor, UiTM cawangan Melaka, UiTM cawangan Perak, UiTM cawangan Pulau Pinang), 3 bahagian (Institut Pendidikan Berterusan & Pengajian Profesional), Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Perpustakaan Tun Abdul Razak) dan 7 fakulti (Fakulti Pendidikan, Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan, Fakulti Perakaunan, Fakulti Sains Gunaan, Fakulti Undang-Undang, Kolej Pengajian Alam Bina dan Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik).
Sesi pembentangan akhir telah diadakan di Dewan Kuliah 500, UiTM cawangan Selangor, kampus Puncak Alam selama sehari bermula jam 8:00 pagi.
19 ربيع الأخير 1446
راقمن ڤروݢرم تمو بوال برسام يڠ بربهاݢيا ڤروفيسور ايميريتوس تن سري داتوء سري اينسيپور دوکتور سهول هاميد أبو بکر تله برلڠسوڠ دڠن جايڽ ڤد جم 3 ڤتڠ هاري اثنين.
Rakaman program bersama Yang Berbahagia Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Sri Insinyur Doktor Sahol Hamid Abu Bakar telah berlangsung dengan jayanya pada jam 3 petang hari Isnin.
17 Oktober 2024 | 13 Rabi'ulakhir 1446H (Khamis)
Pembentangan Pencapaian Prestasi Perancangan Strategik Perpustakaan UiTM Sukuan Ketiga (Q3) telah berjaya diadakan secara dalam talian.
Sesi ini bermatlamat untuk memberi kefahaman dan kesedaran berkaitan hala tuju dan inisiatif yang telah dan akan dilaksanakan melibatkan komitmen semua peringkat warga kerja perpustakaan.
Dihadapan Ketua Pustakawan UiTM Ts Haji Azizi bin Haji Jantan dan seramai hampir 400 orang staf Perpustakaan UiTM, pembentangan pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Petunjuk Prestasi (PI) telah disempurnakan oleh Ketua Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Puan Nor Azwani Mohamad.
Ts Haji Azizi menekankan bahawa fokus Perpustakaan UiTM hedaklah bertunjangkan aspek berikut: Digitalisasi, Penciptaan Pengetahuan, Personalised Education dan Pembangunan Bakat.
Hasil usaha gigih dan komitmen yang tinggi oleh seluruh warga Perpustakaan UiTM didapati hampir keseluruhan KPI dan PI telah mencapai sasaran sukuan ketiga berdasarkan analisa data sehingga September 2024.
Menariknya pembentangan kali ini adalah mengenai inisiatif-inisiatif terbaharu yang sedang dan akan berlangsung di perpustakaan.
Buat julung kalinya sistem automasi perpustakaan yang baharu telah diperkenal serta dibentangkan strategi pelaksanaan secara berperingkat di seluruh sistem Perpustakaan UiTM.
Malah inisiatif untuk menarik minat membaca pengguna menerusi bacaan santai dan pelbagai genre pembacaan sedang dilaksanakan sejak 8 Oktober 2024. Malah inisiatif langganan secara berpusat ini dijangka akan memberi impak terhadap aspek penjimatan dan prestasi pinjaman bahan perpustakaan.
Seramai empat orang Pengarah Bahagian dan seorang Ketua Unit telah berjaya membentangkan inisiatif-inisiatif baharu dan strategi pecutan sukuan keempat (Q4) seperti berikut:
3-4 Oktober 2024/ 29 Rabiulawal & 1 Rabiulakhir 1446H (Khamis-Jumaat)
Karnival Jawi UiTM 2.0 telah berlangsung dengan penuh meriah di Perpustakaan Tun Abdul Razak.
Selama dua hari, pelbagai aktiviti telah diadakan bagi menyemarakkan tulisan Jawi di peringkat universiti.
Program dimulai dengan Forum Jawi dengan membincangkan topik Pembudayaan Tulisan Jawi dalam Institusi oleh pakar tulisan Jawi iaitu YBrs. Profesor Madya Dr Adi Yasran Abdul Aziz dan Puan Noor Anita binti Sihab.
Forum yang berlangsung pagi Khamis ini telah berkongsi kaedah mudah pembudayaan tulisan jawi yang boleh dilaksanakan di dalam rutin harian seperti menulis menggunakan tulisan Jawi di papan-papan tanda dan di sosial media.
Pertandingan Seni Khat Jawi melibatkan warga UiTM telah berlangsung di Bilik Bacaan dan menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM1,500.00. Pertandingan yang berlangsung pada petang Khamis ini bermatlamat menyuburkan kemahiran transliterasi Rumi-Jawi dan seni tulisan Khat dikalangan peserta.
Bicara Kepimpinan yang telah diadakan pada pagi hari kedua Karnival Jawi telah menampilkan tetamu istimewa iaitu Naib Canselor UiTM dan Mufti Negeri Selangor.
Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr Shahrin bin Sahib telah sudi berkongsi mengenai Peranan Institusi Pendidikan Tinggi Terhadap Kelestarian Tulisan Jawi manakala Yang Amat Dihormati Dato' Setia Profesor Madya Dr Haji Anhar bin Haji Opir telah membentangkan kertas kerja bertajuk Pembudayaan Tulisan Jawi Dalam Perkembangan Ilmu dan Budaya Di Malaysia. Maklumat lanjut sila layari Facebook Masjid Universiti Teknologi MARA Shah Alam.
Sebagai rakan strategik Karnival Jawi UiTM 2.0, PENJAWIS turut mengambil peluang untuk mengadakan sesi penyerahan dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara PENJAWIS dan UiTM.
Dokumen MoU yang lengkap bertandatangan telah diserahkan oleh YBrs. Profesor Madya Dr Adi Yasran selaku Yang Dipertua PENJAWIS manakala YBrs. Profesor Teknologis Dr. Janudin Sardi, Dekan Akademi Pengajian Bahasa (APB) selaku wakil UiTM telah menerima dokumen tersebut dengan disaksikan oleh Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr Shahrin bin Sahib.
Sesi petang diisi dengan program Bedah Kitab Faridatul Faraid yang telah disampaikan oleh Muhammad Nur AIman bin Mohd Zuki, pelajar Sarjana Muda Usuluddin (Akidah dan Falsafah), Universiti al-Azhar, Mesir.
Program anjuran bersama Perpustakaan Tun Abdul Razak, Bahagian Hal Ehwal Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Tengah dengan kerjasama Persatuan Pencinta Tulisan Jawi Selangor (PENJAWIS) dan Taman Pustaka telah berjaya menarik penglibatan staf dan pelajar UiTM seramai 1,400 orang.

Y.A.D. Dato' Setia Profesor Madya Dr Haji Anhar bin Haji Opir dan YBhg. Profesor Datuk Dr Shahrin bin Sahib merasmikan koleksi khas Jawi UiTM.
Plak perasmian Koleksi Khas Jawi UiTM
Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr Shahrin bin Sahib sudi menurunkan tandatangan di atas plak perasmian Koleksi Khas Jawi UiTM.

YBhg Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib sewaktu sesi Bicara Kepimpinan.
Saudari Leviani Maison pelajar Latihan Industri Ogos 2024-Januari 2025 dan pengacara majlis sewaktu Majlis Perasmian Penutup Karnival Jawi UiTM 2.0