• Perpustakaan Tun Abdul Razak

  • Universiti Teknologi MARA

Saturday, 21 October 2023

67 Pegawai Rekod, 13 Pegawai Arkib hadiri Bengkel Migrasi Klasifikasi Fail UiTM anjuran JAU, PTAR



BANDAR ENSTEK, 18 Oktober 2023 - Seramai 80 orang peserta terdiri daripada Pegawai Rekod Jabatan (PRJ), Universiti Teknologi MARA (UITM) Shah Alam dan Pegawai Unit Arkib Cawangan (PUAC) telah menghadiri bengkel Migrasi Klasifikasi Fail UiTM di Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD), UiTM anjuran Jabatan Arkib Universiti (JAU), Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR).  

Bengkel selama dua hari bertujuan meningkatkan kefahaman para peserta tentang Klasifikasi Fail UiTM yang telah disemak dan diperakui oleh Jawatankuasa Pengharmonian Klasifikasi Fail Arkib Negara Malaysia melalui surat bil. ARKIB.600-5/5/25(3) bertarikh 31 Januari 2023. Klasifikasi Fail UiTM adalah salah satu pra-syarat dalam menuju pelaksanaan aplikasi pengurusan rekod elektronik. 

Dua orang penceramah daripada Arkib Negara Malaysia (ANM) telah diundang untuk membimbing para peserta menerusi taklimat dan latihan:

    1. Puan Kaszilawati binti Kasnan - Ketua Seksyen Konsultansi dan Latihan
    2. Puan Qahera binti Alian - Ketua Unit Latihan Arkib

Berikut ialah senarai nama 80 orang peserta bengkel (67 orang PRJ dan 13 orang PUAC):

 13 orang Pegawai UAC: 

    1. Alina bt Hussein - Timbalan Ketua Pustakawan, UiTM Cawangan Kelantan
    2. Atirah Ruslan - Pustakawan Kanan, UiTM Cawangan Kedah
    3. Romi Rampun @ Ramlan - Timbalan Ketua Pustakawan, UiTM Cawangan Sabah
    4. Farleen Azrina Zamberi - Pustakawan Kanan, UiTM Cawangan Pulau Pinang
    5. Ilya Nur Fateen binti Othman – Pustakawan, UiTM Cawangan Melaka
    6. Jamilah Md Yusoff - Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, UiTM Cawangan Negeri Sembilan
    7. Khairunniqmah binti Othman – Pustakawan, UiTM Cawangan Sarawak
    8. Md Kamil bin Ibrahim - Pustakawan Kanan, UiTM Cawangan Terengganu
    9. Nor Azrina binti Kasim – Pustakawan, UiTM Cawangan Perlis 
    10. Nur Aqilah Russli - Pustakawan Kanan, UiTM Cawangan Perak
    11. Rosnita binti Ja'afar -  Timbalan Ketua Pustakawan, UiTM Cawangan Pahang 
    12. Siti Fazlina Mohammed Raffi - Pustakawan Kanan, UiTM Cawangan Selangor 
    13. Siti Rozana binti Mat Sanat - Pustakawan Kanan, UiTM Cawangan Johor

67 orang Pegawai Rekod Jabatan: 

    1. Abd. Aziz Sharifuddin bin Md Amin - Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)
    2. Ahmad Effendi bin Rijalludin - Smart Manufacturing Research Institute
    3. Ahmad Rusydi bin Abu Bakar - Unit Integriti
    4. Aina Syahida binti Suzaimi - Pejabat Bendahari
    5. Anizah Taswan - Akademi Pengajian Bahasa (APB)
    6. Arliza binti Zahari - Unit PJIA, Fakulti Sains Gunaan (FSG)
    7. Armyn Fahmy bin Mohd Fahmy - Kolej Pengajian Kejuruteraan
    8. Azman bin Ahamad - Microwave Research Institute (MRI)
    9. Azmirawati binti Jusoh - KESATRIA, Pusat Kokurikulum, Hal Ehwal Pelajar
    10. Badariah binti Zainal Abidin - Institute Of Business Excellence (IBE)
    11. Faizatul Lina binti Aliar - Unit Pengurusan Risiko
    12. Faridah Arudin - Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR)
    13. Faridah binti Shafian Sauri - Kolej Meranti, HEP
    14. Fatimah binti Budin @ Sudin - Ibu Pejabat Polis Bantuan, UiTM Shah Alam
    15. Fatin Amalina binti Rohadi - Penerbit UiTM
    16. Hairina binti Ahmad Bakri - Pejabat Naib Canselor
    17. Haszlina binti Bujang - Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam
    18. Hazli Ahmad Fadil - Pejabat ICAN
    19. Intan Maisarah - Bahagian Transformasi Universiti (BTU)
    20. Juhara Tajul Ariffin - Institut Sains
    21. Martini binti Mat - Bahagian Pentaksiran Dan Penilaian Akademik
    22. Masliza binti Mahmood - FSPPP, Shah Alam
    23. Mohd Afiz bin Hasan - Bahagian Hal Ehwal Islam (BHEI) 
    24. Mohd Arif bin Mansor - ICEPS
    25. Mohd Fizree Yahaya - Unit Endowmen
    26. Mohd Norkhairi Iqbal bin Khlid - Bahagian Pengambilan Pelajar (BPP)
    27. Muhamad Azhar Ahmad - Institut Penyelidikan Perakaunan (ARI)
    28. Muhammad Aliff Izzuddin Zaki Amirnordin - UiTM Global
    29. Muhammad Azfar Shamil Bin Abd Aziz - Solar Research Institute
    30. Muhammad Khalid Abdullah - IMPAK
    31. Muhammad Shah bin Ali - Akademi Kepolisan UiTM-PDRM
    32. Nazirah Mohd Asri - Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
    33. Nik Noordini Nik Zaikaya @ Nik Zakaria - Fakulti Perakaunan, UiTM Shah Alam
    34. Noor Azmah binti Zuber - Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA)
    35. Noor Zulaiha binti Mohd Amin - Fakulti Undang-Undang
    36. Nor Azwani binti Mohamad - Perpustakaan Tun Abdul Razak
    37. Nor Haslinda binti Saimin - Kolej Teratai
    38. Nor Hidayah binti Muharram - Kolej Seroja
    39. Norazianti Kamarudzaman - Jabatan Komunikasi
    40. Norehan binti Johar - Hal Ehwal Pelajar
    41. Norhasnida Mohamad - Institut Biodiversiti & Pembangunan Lestari (IBSD)
    42. Norni Sanip - Kolej Anggerik
    43. Nur Asyikin binti Abdullah - Institut Analitik Data Raya dan Kepintaran Buatan (IBDAAI)
    44. Nur Idune Hayana Che Mohamed - Institut Pengajian Siswazah (IPSIS)
    45. Nursyahida Mohammad Jubri - Bahagian Pengurusan Perkhidmatan, Pejabat Pendaftar
    46. Nursyazwan Muhammad Isa - MITRANS
    47. Nurul Ain binti Kassim - Malaysian Academy of SME & Entrepreneurship Development (MASMED)
    48. Nurul Farhani Mohd Zol - Kolej Pengajian Alam Bina (KPAB)
    49. Nurul Jeffri Jasmin - Bahagian Audit Dalam
    50. Nurul Muzamel bin Rasidi - GESTURZ
    51. Nurul Suhana binti Mohd Noor - Pusat Kebudayaan
    52. Rabiatul Nadhirah binti Mohd Yusof - Unit Perkhidmatan OKU UiTM
    53. Rohayu Ruwati Ibrahim - Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media
    54. Rosmawati binti Hj. Tukiran - Pejabat Pembangunan Infrastruktur & Infostruktur
    55. Shahril Aizat Yusop - Pusat Kerjaya dan Kaunseling
    56. Sharidah Saidin - Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK)
    57. Siti Farah Wahidah Mohamed Saki - Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi)
    58. Siti Khadijah Sanuri - Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Pusat Sukan
    59. Siti Nur Syazwana Athirah binti Anuar - Bahagian Zakat, Sedekah Dan Wakaf
    60. Suraida binti Saleh - Penyelia Asrama Tertinggi
    61. Wan Abdul Halim bin Nizan - Institut Kejuruteraan Infrastruktur Dan Pengurusan Mampan (IIESM)
    62. Wan Fatma Wati binti Wan Abd Rahim - HEP Kolej Delima
    63. Wan Norizam binti Awang@Nawi -  Kolej Kediaman Mawar
    64. Zaharah binti Abdul Rahman - Kolej Melati
    65. Zainab binti Muhammad Jamil - Fakulti Pengurusan dan Perniagaan
    66. Zainamiah Md Salim - Arshad Ayub Graduate Business School (AAGBS)
    67. Zuhaini binti Zulkiflee - Pejabat Penasihat Undang - Undang

Ucapan Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Tuan Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pustakawan Kanan Encik Ahmad Amiri bin Mohamad, Ketua JAU, PTAR.  

Seramai 7 orang staf JAU dan staf Bahagian Governan dan Sekretariat Universiti (BGSU) telah bekerjasama dalam penganjuran bengkel bersejarah yang bermula pada 18 Oktober - 19 Oktober (Rabu - Khamis):

    1. Azniza binti Mohamad Nor - JAU
    2. Abdul Razak bin Abdul Rahman - JAU
    3. Nor Hafizah binti Ismail - JAU 
    4. Muhamad Shazwan bin Muhamad Noor - JAU
    5. Noor Syafika binti Zulkefli - JAU
    6. Faezah binti Abdul Hamid - BGSU
    7. Muhammad Syukri bin Mahat - BGSU



















Share:

Friday, 20 October 2023

Kehilangan Bekas Peneraju PTAR Puan Hajah Paiza Idris


Al-Fatihah buat Allahyarhamah Hajah Paiza Idris 

Seluruh warga Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA turut berdukacita atas kehilangan tokoh utama dalam sejarah PTAR iaitu Allahyarhamah Hajah Paiza Idris pada 
20 Oktober 2023 bersamaan 5 Rabiul Akhir 1445H hari Jumaat. 

Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Tuan Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan telah hadir di Surau Seksyen 6, Shah Alam sekitar jam 12:00 tengah hari bagi memberi penghormatan terakhir buat bekas Ketua Pustakawan ke-4 UiTM yang telah memimpin warga PTAR selama 5 tahun (1 Julai 2003 hingga 9 Jun 2008). 

Didoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. 
Share:

Thursday, 12 October 2023

PTAR menyanjung tinggi budi Naib Canselor UiTM


SHAH ALAM, 11 Oktober 2023 - Lebih seratus orang termasuk staf Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah memenuhi perkarangan Anjung Seri Budiman, UiTM Shah Alam bagi menzahirkan penghargaan buat Naib Canselor UiTM YBhg. Prof. Datuk Dr. Hajah Roziah Mohd Janor sempena Majlis Sanjungan Budi Kilauan Bakti Naib Canselor UiTM.

Perkarangan Anjung Seri Budiman adalah hentian pertama daripada empat hentian iaitu di Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM), Kolej Pengajian Kejuruteraan (KPK) dan Kolej Pengajian Alam Bina (KPAB) sebelum YBhg. Naib Canselor tiba di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) lokasi berlangsungnya Majlis Sanjungan Budi pada jam 3:00 petang.

Ketibaan YBhg. Prof. Datuk Dr. Hajah Roziah telah diiringi oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose dan kesemua barisan Pengurusan Eksekutif dan Pengurusan Kanan universiti. 

Dengan menyorot kembali tokoh-tokoh Naib Canselor UiTM bermula dari era Dewan Latehan RIDA hingga ke era UiTM, YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan telah menzahirkan penghargaan buat YBhg. Prof. Datuk Dr. Hajah Roziah kerana berjaya menyempurnakan amanah sebagai Naib Canselor sehingga meletakkan UiTM dikedudukan terbaik pada masa ini. Digambarkan mempunyai hubungan akrab yang terjalin sejak sekian lama, YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan menyifatkan YBhg. Prof. Datuk Dr. Hajah Roziah sebagai seorang pemimpin yang berkarisma, mengutamakan kualiti dan inovasi serta berjiwa pendidik.

Sebagai insan yang dirai oleh hampir seribu orang staf dan pelajar UiTM yang hadir di DATC pada petang itu, YBhg. Prof. Datuk Dr. Hajah Roziah tetap tenang berbicara mengenai perjalanan beliau sebagai Naib Canselor UiTM dan mendoakan agar UiTM akan terus maju memenuhi matlamat penubuhannya iaitu memberi pendidikan buat golongan Melayu Bumiputera.

Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Tuan Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan telah hadir menyerahkan kad Ahli Luar Perpustakaan UiTM dan buah tangan berupa buku dan manisan buat YBhg. Prof. Datuk Dr. Hajah Roziah.

Majlis berakhir pada jam 5:30 petang.





Share:

Tuesday, 10 October 2023

Meraikan staf yang telah berkhidmat 25 dan 30 tahun serta Pesara UiTM

9 Oktober 2023 : Meraikan staf UiTM dan Perpustakaan khususnya yang telah berkhidmat dengan UiTM selama 25 tahun dan 30 tahun. Disamping itu juga tidak ketinggalan meraikan staf yang telah bersara pada tahun 2022 dan 2023. 


Ts. Hj Azizi bin Hj Jantan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan bergambar bersama Mantan Ketua Pustakawan keenam dan ketujuh Ts. Noor Hidayat Adnan, En Jamalludin Hj Sulaiman dan En dari Perpustakaan Tun Dr. Ismail UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat.



 

Share:

Tahniah! Tujuh orang staf PTAR terima surat kenaikan pangkat gred S22

SHAH ALAM, 9 Oktober 2023 - Seluruh warga Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM  Shah Alam merakamkan ucapan TAHNIAH buat tujuh orang staf atas kenaikan pangkat secara Time-Based berasaskan kecemerlangan ke jawatan Pembantu Pustakawan Kanan gred S22. 

Kenaikan pangkat ini telah diperakui oleh Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti ke-191 bertarikh 14 September 2023. 

Tujuh orang staf PTAR dan tarikh kuatkuasa kenaikan pangkat adalah seperti berikut: 

    1. Fadzrul Amri bin Baharudin - 1 Januari 2023
    2. Nurul Adila binti Jusoh - 4 Januari 2023
    3. Rozita binti Sharudin  - 23 Januari 2023
    4. Seri Ida Idayu binti Sarffuddin - 1 Februari 2023
    5. Muhammad Sadruddin bin Salehuddin - 1 Februari 2023
    6. Amy Suzaima binti Mohd Shafiee - 6 April 2023
    7. Nur Azini binti Azman - 1 September 2023





Share:

Bilik Fail PTAR berubah wajah

SHAH ALAM, 10 Oktober 2023 - Bilik Fail PTAR bakal berubah wajah apabila gerakan besar-besaran pembersihan Bilik Fail PTAR oleh staf Jabatan Pengurusan Perpustakaan diketuai Ketua Bahagian Dasar & Perancangan Strategik Puan Nor Azwani binti Mohamad. 

Tiga orang Pelajar Latihan Industri (LI) di PTAR turut bersama-sama membantu gerakan pembersihan tersebut: 

    1. Siti Sarah binti Zulkefle - KPPIM (IM), UiTM kampus Rembau
    2. Muhammad Zulhilmi bin Zaharin - KPPIM (IM), UiTM kampus Rembau
    3. Ilyana Afiqah binti Mohd Zain - KPPIM (IM), UiTM kampus Rembau

Gerakan pembersihan telah bermula pada 6 Oktober 2023 dengan menyemak, mengasing dan menyusun fail mengikut klasifikasi fail. 

Berikutnya pada 10 Oktober 2023, gerakan pembersihan bersambung dengan kerja-kerja pengasingan dan penutupan fail untuk pelupusan. 

Gambar Aktiviti 10 Oktober 2023


Gambar Aktiviti 6 Oktober 2023

Dari kiri: Ilyana Afiqah Mohd Zain (PLI), Norhani Hafizah Ahmad Nor Hizam dan Siti Sarah Zulkefle (PLI)  





Dari kiri: Wan Nur Khalidah Wahed, Muhammad Zulhilmi bin Zaharin (PLI)













Share:

Labels

Total Pageviews