• Perpustakaan Tun Abdul Razak

  • Universiti Teknologi MARA

Tuesday, 13 February 2024

Bengkel Pelan Strategik Organisasi Induk dan Unit-unit Sektor Pembelajaran PPD Klang 2024

Selasa, 
3 Syaaban 1445H,
13 Februari 2024M:  

Bengkel Pelan Strategik Organisasi Induk dan Unit-unit Sektor Pembelajaran PPD Klang 2024 dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah diadakan pada: 

Tarikh:     13 Februari 2024 (Selasa) 
Masa:       9:00 pagi 
Tempat:    Bilik Seminar, PTAR UiTM Shah Alam. 

Seramai 24 orang guru Daerah Klang telah hadir ke dalam bengkel yang julung kalinya diadakan di PTAR, Shah Alam. 

Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Tuan Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan telah melapangkan masa menyampaikan taklimat seperti butiran berikut: 

  1. Peranan pustakawan iaitu mengumpul, memelihara dan menyebar maklumat. 
  2. 4 fokus utama PTAR iaitu pendigitalan, pembentukan pengetahuan, Personalized Education dan Unleashing Potential. 
  3. Perkongsian Roadmap Pendigitalan Perpustakaan UiTM dari tahun 1994 hingga GRU 2025 dengan 229 proses kerja perpustakaan yang dijalankan secara pendigitalan. 
  4. Perkongsian pembangunan sistem perpustakaan Pusat Sumber seperti di Pusat Sumber SK Sijangkang Jaya, Teluk Panglima Garang, Perpustakaan Maahad Tahfiz Al-Islah, Shah Alam dan  Perpustakaan SMK Dato' Abdul Rahman Ya'kub, Merlimau Melaka. 
  5. Perkongsian koleksi sumber terbuka PTAR (dalam talian) yang boleh diakses oleh pihak luar seperti Open Access, UiTM Institutional Repository (UiTM IR) dan Niche Collection. 







Share:

Friday, 9 February 2024

Amanat Naib Canselor UiTM Tahun 2024

Jumaat, 
28 Rejab 1445H,
9 Februari 2024M:  

Amanat Naib Canselor UiTM tahun 2024 telah diadakan pada: 
Tarikh:     9 Februari 2024 (Jumaat) 
Masa:       9:00 pagi - 11:00 pagi 
Tempat:    Dewan Konsert Seri Budiman, UiTM Shah Alam 

Tahun 2024 membawa tema pencapaian Globally Respected sebagai halatuju universiti dengan menggariskan 8 penekanan berikut yang dipetik dalam konteks golongan pentadbir: 

Penekanan #1 Pembangunan Bakat: Calon Bakat Kepimpinan Universiti akan dikenalpasti menerusi Sistem Single Profiling  dan Sistem HR Expert. Kedua-dua sistem ini berfungsi merekod penyertaan kursus kepimpinan, kepakaran dan membangun modul latihan mengikut keperluan pasaran dan KPT. 

Penekanan #2 Penstrukturan Semula Pelan Strategik Akademik: Naik taraf Smart Classroom di setiap kampus agar mempunyai kelengkapan asas PdP secara hibrid berikutan 26 program akademik anjal telah diluluskan oleh JPT dan dilaksana pada pengambilan Oktober 2023. 

Penekanan #3 Pelan Penyelidikan, Pembangunan, Inovasi dan Pengkomersialan (RDIC): Pemerkasaan budaya penyelidikan menerusi penambahbaikan modul Pioneering Reseach Leaders dan menggalakkan kursus penyelidikan asas.

Penekanan #4 Pelan Penglibatan Komuniti dan Industri melalui pendekatan 'Quintuple Helix': Model Lingkaran Lima Sektor/ Quintuple Helix adalah gabungan kerjasama antara empat pihak iaitu UiTM, Industri, Komuniti dan Alumni serta Kerajaan. Tujuannya ialah mewujudkan persekitaran yang segar dan ekosistem yang kondusif menerusi program kolaborasi berimpak. 

Penekanan #5 Pelan Pembangunan Strategik Keseluruhan Pelajar: Bahagian Hal ehwal Pelajar (BHEP) akan melaksanakan Program Saringan Awal Kesihatan Mental bagi mengenal pasti tahap kesihatan mental dalam kalangan pelajar. Turut disebut tentang mewujudkan 3 kumpulan sukarelawan termasuk Briged Sukarelawan Perpustakaan bagi membentuk identiti mahasiswa yang utuh. 

Penekanan #6 Pelan Induk ICT dan Infostruktur, kampus pintar, digital dan 'paperless': Peningkatan liputan internet dan Wi-Fi berikutan pelaksanaan kaedah DevOps dalam pembangunan sistem serta penggunaan teknologi pengkomputeran awan (cloud computing) dan IPV6. 

Penekanan #7 Pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Kampus: Pemupukan amalan 3R-reduce,recycle, reuse bagi mengelakkan pembaziran dan mencapai Net Zero pada masa hadapan. 

Penekanan #8 Strategi Kewangan: Menjelang 2025/2026, universiti mensasarkan penjanaan pendapatan UiTM sebanyak RM1 billion ringgit demi kelestarian kewangan universiti. 

Di penghujung amanat yang bersejarah ini, YBhg. Datuk Naib Canselor turut mengumumkan sambutan Ulang Tahun ke-25 atau Jubli Perak UiTM yang bakal disambut pada 26 Ogos 2024 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) 

Disertakan pautan berkaitan Amanat Naib Canselor UiTM tahun 2024: 

  1. Video Amanat Naib Canselor UiTM tahun 2024
  2. Teks Ucapan dan Slaid Pembentangan 






Share:

Salam Takziah Atas Pemergian Puan Nur Rabita Rouzan

 

Jumaat, 
28 Rejab 1445H,
9 Februari 2024M: 

Seluruh warga Perpustakaan UiTM berdukacita atas pemergian Pustakawan Kanan PTAR UiTM kampus Rembau pada 28 Rejab 1445H bersamaan 9 Februari 2024 (Jumaat) jam 1:30 pagi. 

Jenazah telah disembahyangkan di Masjid Bandar Springhill dan telah dikebumikan selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Lukut @ Muzium Lukut. 

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. 



Kredit foto: Nur Aida Rousli, Pustakawan Kanan, PTAR UiTM cawangan Perak

Share:

Thursday, 8 February 2024

Penyertaan Reruai Pameran PTAR di K-PISCA '23

Khamis, 
27 Rejab 1445H,
8 Februari 2024:  

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah membuka reruai pameran PTAR sempena Karnival Pembudayaan Inovatif dan Semarak Kecemerlangan Akademik 2023 (K-PISCA '23) yang berlangsung di Centromall Klang, Selangor. 

Penyertaan reruai pameran selama dua hari ini bertujuan untuk mempromosikan kemudahan PTAR dikalangan komuniti setempat (Shah Alam dan Klang).

Antara kemudahan PTAR yang boleh dimanfaatkan oleh seramai 1,200 orang pengunjung karnival ini adalah Keahlian Luar, teknik Bacaan Pantas (Speed Reading) dan kemudahan sewaan ruang. 

Seramai 4 orang staf PTAR telah bertugas di reruai pameran PTAR iaitu: 
  1. Zuhaslinda Sulaiman 
  2. Siti Salwa A. Rahman
  3. Reza Edwana Mokhtar 
  4. Mohd Hazri Abdul Karim 
K-PISCA '23 adalah platform pengiktirafan kecemerlangan akademik sekolah-sekolah di Daerah Klang dan pembudayaan inovasi dikalangan sekolah-sekolah transformasi. Karnival ini berlangsung dari 6 hingga 7 Februari 2024 anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Klang, 

Dalam karnival ini PTAR telah menerima sijil Rakan Strategik atas kerjasama program NILAM pada tahun 2023. Sijil telah diterima oleh Puan Zuhaslinda binti Sulaiman, Pustakawan Kanan PTAR UiTM Shah Alam. 

Puan Zuhaslinda Sulaiman (tengah ) menerima sijil Rakan Strategik, penghargaan buat PTAR oleh Pejabat Pendidikan Daerah Klang, Selangor. 




Share:

Wednesday, 7 February 2024

Lebih 800 orang menonton bual bicara buku Koleksi Beribu-Ribu Pantun UiTM Di Hatiku


Rabu, 
26 Rejab 1445H, 
7 Februari 2024:  

Program bual bicara Book Talk with Author yang menampilkan buku berjudul Koleksi Beribu-Ribu Pantun UiTM Di Hatiku telah mendapat sambutan luar biasa apabila meraih lebih 800 jumlah tontonan sewaktu bersiaran. 

Program yang bersiaran secara hibrid menerusi Ruang Media, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah berjaya menarik minat warga UiTM yang teruja untuk mendengar petikan-petikan pantun yang disampaikan oleh Profesor Khas UiTM cawangan Perak Profesor Dato' Dr. Abdullah Mohamad Said.  

Sejumlah 16,000 pantun telah terpilih untuk diterbitkan. Koleksi pantun terpilih adalah daripada pelbagai tema seperti penghargaan, peristiwa, tekad dan sosiobudaya hasil nukilan kreatif warga UiTM. 

Bagi mengetahui bagaimana tercetusnya idea penghasilan buku Koleksi Beribu-Ribu Pantun UiTM Di Hatiku, sila layari YouTube Perpustakaan UiTM atau Facebook Perpustakaan UiTM. 

800 penonton dalam talian. 

Maklumbalas penonton. 

Idea penonton dalam talian. 

Penonton dalam Ruang Media, PTAR. 


Profesor Dato' Dr. Abdullah Mohamad Said (kiri) dan Gs Mohamad Sofiyuddin Sanusi 




Share:

Monday, 5 February 2024

Penyerahan Al-Quran pelbagai saiz oleh Galeri Faiz

Isnin, 
24 Rejab 1445H, 
5 Februari 2024:  

Sejumlah 100 naskah Al-Quran pelbagai saiz telah diserahkan oleh Galeri Faiz kepada Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Shah Alam. 

Penyerahan naskah Al-Quran telah diadakan di kediaman Tuan Haji Fisal Md Hashim seperti butiran berikut:
 
Tarikh:     5 Februari 2024 (Isnin) 
Masa:       2:30 petang - 5:00 petang 
Tempat:    No. 66 Jalan Bunga Teratai 2/14, Seksyen 2, 40000 Shah Alam, Selangor. 

Bagi pemilik Galeri Faiz Tuan Haji Fisal dan isteri Puan Hajah Azmahton Seroji merasakan telah tiba masanya untuk beliau berkongsi keunikan koleksi Al-Quran yang dimiliki sewaktu beliau bergiat aktif dalam bidang perbukuan menerusi syarikat Hizbi Sdn Bhd.

Hasrat Tuan Haji Fisal agar keindahan koleksi Al-Quran bersaiz 3cm hingga 91cm ini dapat dimanfaat oleh pengguna perpustakaan daripada seluruh dunia. 

Koleksi Al-Quran ini akan ditempatkan di ruang Koleksi Jawi@UiTM,

Wakil PTAR: 
  1. Tuan Ts Haji Azizi bin Haji Jantan 
  2. Aznur Umiza Abu Kasim
  3. Asmah Sabtu 
  4. Nik Zatihulwani Jamaludin
Sejumlah 124 naskah Al-Quran untuk diwaqaf ke PTAR 

Berdiri dari kiri: Tuan Ts Haji Azizi bin Haji Jantan, Asmah Sabtu, Hajah Azmahton Seroji, Nik Zatihulwani Jamaludin dan Aznur Umiza Abu Kasim.
Duduk depan: Tuan Haji Fizal Md Hashim  

Simbolik penyerahan Al-Quran oleh Tuan Haji Fisal kepada Ts Haji Azizi. 



Simbolik penyerahan Al-Quran oleh Tuan Haji Fisal kepada Tuan Haji Ariffin Jamaludin (kanan) dari Perpustakaan Maahad Tahfiz Al-Islah. Turut serta bekas pustakawan PTAR Puan Nor Asiah Md Husin (kiri)  




Share:

Friday, 2 February 2024

Perbincangan PTAR bersama TNC HEP

Jumaat, 
21 Rejab 1445H, 
2 Februari 2024: 

Pemerkasaan kemahiran bermaklumat dan semangat kesukarelawan sentiasa menjadi keutamaan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR).

Justeru, suatu perbincangan bersama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar)-TNC HEP telah diadakan seperti berikut: 
Tarikh:   2 Februari 2024 (Jumaat) 
Masa:     8:45 pagi - 10:00 pagi
Tempat: Pejabat Timbalan Naib Canselor HEP, bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin

Wakil PTAR: 

  1. Tuan Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan - Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan 
  2. Shahidatul Akhmam Rambeli
  3. Mohd Khairul Idzwan Mohd Saad 
Wakil HEP: 
  1. Profesor Dr. Hj. Mohd Sazili Shahibi - TNC HEP
  2. Wan Ahmad Rahiman Wan Abd Rahim -Timbalan Pendaftar Kanan 
Perbincangan PTAR bersama TNC HEP

  1. Pelaksanaan program orientasi pelajar baharu secara fizikal di PTAR akan bermula pada sesi akademik Mac 2024 sewaktu Minggu Destini Siswa (MDS). 
  2. Program Pembentukan Ilmu sebagai modul PTAR memperkasa graduan UiTM. 
  3. Penglibatan pelajar sebagai sukarelawan/ felo di dalam aktiviti yang dianjurkan oleh PTAR.
  4. Penglibatan Pusat Kerjaya dan Kaunseling, HEP sewaktu penganjuran Program Kerjaya Graduan anjuran PTAR dan PERKESO. 




Kiri: Wan Ahmad Rahiman Wan Abd Rahim, Profesor Dr. Hj. Mohd Sazili Shahibi, Tuan Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan dan Shahidatul Akhmam Rambeli

Share:

Labels

Total Pageviews