Wednesday, 28 August 2024

Bengkel Transliterasi Jawi

Tarikh: 27-28 Ogos 2024/ 22-23 Safar 1446 (Selasa-Rabu) 

Masa: 8:30 pagi - 4:30 petang

Tempat: Bilik Seminar, PTAR 

Penceramah: Profesor Madya Dr. Adi Yasran Abdul Aziz, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. 

Peserta: 24 orang staf PTAR (Profesional dan Sokongan) 

Penganjur: Unit Pembangunan Bakat, PTAR 

Ringkasan: 

  1. Pengisian Bengkel Transliterasi Jawi yang telah diadakan selama dua hari telah berjaya meningkatkan kefahaman peserta tentang penggunaan tulisan Jawi moden. Buktinya apabila berlaku peningkatan markah penilaian tulisan Jawi selepas bengkel berbanding markah penilaian tulisan Jawi sebelum bengkel. 
  2. Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 2020 merupakan panduan terkini untuk menyemak ejaan tulisan Jawi moden. 
  3. Turut dikongsi panduan transliterasi dan perisian terkini yang boleh digunakan bagi melancarkan proses penukaran huruf Rumi kepada huruf Jawi dan sebaliknya. Sebagai contoh e-jawi makmur, e-jawi2u, keyboard jawi UKM, jawigram dan ejawi.net. 










Share:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Labels

Blog Archive

Total Pageviews