Thursday, 15 August 2024

Bengkel Penyediaan Garis Panduan Pusat Sumber Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Se Malaysia

Tarikh: 13-15 Ogos 2024/ 8-10 Safar 1446 (Selasa-Khamis) 

Masa: 8:00 pagi - 10:00 malam 

Tempat: Hotel Grand Barakah, Kuala Lumpur

Peserta: 52 orang guru perpustakaan dan media MRSM se-Malaysia 

Wakil PTAR: 

  1. Ts Haji Azizi bin Haji Jantan - Ketua Pustakawan UiTM 
  2. Nor Azwani Mohamad - Timbalan Ketua Pustakawan 
  3. Shahidatul Akhmam Rambeli - Timbalan Ketua Pustakawan 
  4. Nurul Aida Noor Azizi - Pustakawan Kanan 

Ringkasan: 

  • Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah diundang bagi membimbing dan berkongsi ilmu mengenai pembangunan garis panduan Pusat Sumber MRSM se-Malaysia. 
  • Seramai 52 orang guru perpustakaan dan media MRSM se-Malaysia telah hadir bagi menimba ilmu dan pengalaman luas Ketua Pustakawan UiTM Ts Haji Azizi bin Haji Jantan. Berikut antara penekanan Ketua Pustakawan UiTM: 
    • Pentadbiran: Aspek perancangan strategik seharusnya meletakkan pusat sumber ke arah  pusat sumber pintar. Wujudkan kumpulan sukarelawan dalam kalangan pelajar disamping pengawas pusat sumber.
    • Pembangunan bakat: Mewujudkan simposium amalan terbaik dalam kalangan pengawas pusat sumber MRSM se-Malaysia. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mencadangkan pegawai penghubung dan boleh diwujudkan oleh guru media .
    • Pengurusan sumber bahan: Ubah kaedah pemprosesan bahan seperti cap hak milik, slip pemulangan, kad peminjaman. 
    • Pembudayaan ilmu: Inisiatif yang baik dan perlu ditampakkan. Boleh rujuk MyKM dan budaya ilmu di PTAR. 
    • Perkhidmatan kaunter dan kemudahan: Memasukkan elemen SDG - open science untuk kemampanan perkhidmatan perpustakaan. Perkhidmatan pustakawan di meja rujukan perlu dipertimbangkan berikutan cabaran penyediaan sumber. Perpustakaan kini menuju penggunaan  chatbot. Minum dibenarkan didalam pusat sumber. Jadikan pusat sumber lebih inklusif bukan eksklusif. 
    • Perpustakaan digital: Cadangan pengurusan repositori amat disokong dan ia perlu disimpan tanpa tempoh untuk memudahkan pengaksesan
    • MRSM perlu menyimpan sejarah penubuhan, dipelihara dan mudah akses. 
  • Sesi pembentangan dan bimbingan mengenai pembangunan perpustakaan turut disampaikan oleh Puan Nor Azwani Mohamad dan Puan Shahidatul Akhmam Rambeli manakala Puan Nurul Aida Noor Azizi telah membimbing teknik bacaan pantas.



























Share:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Labels

Blog Archive

Total Pageviews