Isnin,
13 Syawal 1445H,
22 April 2024M:
Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA) dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM (PTAR) telah menganjurkan Majlis Perasmian Program Risiko Psikososial Tempat Kerja pada:
Tarikh: 22 April 2024 (Isnin)
Masa:9:30 pagi
Tempat: Ruang LCE, PTAR
Naib Canselor UiTM YBhg. Profesor Datuk Dr. Shahrin Sahib telah sudi menyempurnakan majlis perasmian di hadapan hampir 80 orang yang terdiri daripada Presiden MITASA YBrs. Saharuddin Lin dan Ketua Pustakawan Ts Haji Azizi Haji Jantan.
Profesor Datuk Dr. Shahrin menyatakan penganjuran program Saringan Psikososial Tempat Kerja adalah bertepatan dengan waktunya berikutan trend gangguan psikologi ditempat kerja semakin meningkat. Justeru, warga UiTM digalakkan merebut peluang ini bagi menjamin kesihatan mental individu.
Majlis berakhir jam 1:00 petang.
0 comments:
Post a Comment