Rabu,
8 Syawal 1445H,
17 April 2024M:
Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Selangor & Wilayah Persekutuan (JHEKS) dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menganjurkan Majlis Perasmian Program Pocket Talks (Siri 2) dan Bengkel e-TUIS pada:
Tarikh: 17 April 2024 (Rabu)Masa: 9:00 pagiTempat: Ruang Library Community Engagement (LCE), PTAR
Seramai hampir 100 orang telah menghadiri majlis perasmian yang terdiri daripada tetamu kehormat dan kesatuan-kesatuan sekerja dari seluruh Malaysia.
Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja, Malaysia Tuan Haji Mohd Asri bin Abdul Wahab telah sudi menyempurnakan perasmian program dengan disaksikan oleh Pengarah JHEKS Selangor & Wilayah Persekutuan Tuan Haji Azzal bin Haji Abu Talib dan Ketua Pustakawan PTAR Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan.
Dalam ucapannya, Tuan Haji Mohd Asri menzahirkan penghargaan atas kerjasama yang terjalin antara JHEKS Selangor & Wilayah Persekutuan dan PTAR sehingga terlaksananya program Pocket Talks dan bengkel e-TUIS yang diadakan selama dua hari (berakhir 18 April 2024). Beliau menambah, sesi perkongsian bersama panel jemputan dan bengkel e-TUIS akan menambah pengetahuan para peserta dan menyokong kepada aspirasi pendigitalan proses JHEKS.
e-TUIS atau Electronic Trade Union System milik JHEKS, Kementerian Sumber Manusia dibangunkan sebagai medium dalam talian bagi memproses pendaftaran kesatuan sekerja, pindaan maklumat kesatuan, penukaran ahli jawatankuasa, pemantauan kewangan kesatuan dan penjadualan aktiviti.
Berikut ialah senarai kesatuan kekerja yang terlibat dalam program ini:
- Kesatuan Pemandu-Pemandu Perkhidmatan Awam Semenanjung
- Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia
- Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu International Islamic University Malaysia (KESATU IIUM).
- Kesatuan Kakitangan Am MARDI Malaysia
- Kesatuan Pegawai Perkhidmatan Sokongan TNB
- Kesatuan Kakitangan Northport (Malaysia) Bhd.
- KPPPHN
- Kesatuan Pekerja-Pekerja Percetakan Mun Sun Sdn. Bhd.
- Kesatuan Pekerja-Pekerja MISC Berhad Semenanjung Malaysia (MISCEU)
- Kesatuan Kakitangan Am Pusat Perubatan Universiti Malaya (KKAPPUM)
- Kesatuan Pekerja-Pekerja Rapid Bas Sdn. Bhd.
- Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Telekomunikasi Semenanjung Malaysia (NUTE)
- Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengawal Keselamatan Malaysia
- Kesatuan Pekerja-Pekerja AIROD
- Kesatuan Pekerja-Pekerja OMRON Malaysia Sdn. Bhd.
- Union of Beverage Industry Workers (UBIW)
- KEJASA
- All Malayan Estates Staff Union
- Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan OTOMOBIL Nasional Sdn. Bhd.
- KPNMB
- Kesatuan Pegawai Eksekutif (KEPAK)
- Kesatuan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia
- Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pengawal Keselamatan Semenanjung Malaysia
- All Malayan Estates Staff Union
- Kesatuan Pekerja-Pekerja Percetakan Nasional Malaysia Berhad Semenanjung Malaysia
- Kesatuan Kakitangan Am Pusat Perubatan Universiti Malaya (KKAPPUM)
- Kesatuan Eksekutif AMBANK
- Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia
- Kesatuan Pembantu Kesihatan Awam Semenanjung Malaysia
- Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP)
- Kesatuan Eksekutif TH Plantations Berhad (KETAHA)
- Kesatuan Pembantu Tadbir Pendidikan Semenanjung Malaysia
- Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia Semenanjung Malaysia
- Kesatuan Pegawai Eksekutif FAMA
- Kesatuan Pekerja-Pekerja Kapar Energy Ventures
- Kesatuan Penyelia-Penyelia Projek Lebuhraya Usahasama Berhad
- Kesatuan Kakitangan LPPKN
- Kesatuan Pekerja-Pekerja Universiti Tenaga Nasional (KPPUNITEN)
- Kesatuan Pekerja-Pekerja Malaysia Airport Berhad (KESMA)
- Kesatuan Pekerja-Pekerja Tan Chong Motor Assemblies Sdn. BHd
- Kesatuan Eksekutif TH Plantations Berhad (KETAHA)
- Kesatuan Kakitangan Umum UiTM
- Kesatuan Eksekutif AIROD Sdn Bhd
- Kesatuan Eksekutif-Eksekutif EPSON
- Pembantu Penguatkuasa Industri Padi dan Beras Kementerian Pertanian
- Kesatuan Kakitangan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
- Kesatuan Percantuman Pekerja-Pekerja Tenaga Nasional Berhad
- Kesatuan Perkhidmatan Pelaksana Jabatan Perangkaan Malaysia (KEPP-STATS)
- Kesatuan Kebangsaan Pembantu Tadbir Kesihatan Semenanjung Malaysia
- KEPTAN
- Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Getah Malaysia
- Kesatuan Kebangsaan Pembantu Tadbir Kesihatan Semenanjung Malaysia (KEPTAKES)
- Kesatuan Pegawai-Pegawai MARA
- Kesatuan Penyelia-Penyelia Projek Lebuhraya Usahasama Berhad
17 April 2024
18 April 2024
0 comments:
Post a Comment