Thursday 7 December 2023

SESI PERKONGSIAN BERSAMA PERPUSTAKAAN NASIONAL REPUBLIK INDONESIA

Shah Alam, 7 Disember 2023: Bersama-sama dengan Puan Shahidatul Akhmam bt Rambeli, Puan Nurul Aida bt Noor Azizi hadir bagi satu sesi lawatan kerja oleh Perpustakaan Nasional Republik Indonesia.

Antara agenda perbincangan adalah mengukuhkan hubungan antara perpustakaan UiTM bersama Perpustakaan Nasional Republik Indonesia. Turut diberi penerangan tentang transformasi perpustakaan UiTM yang boleh dijadikan contoh dan panduan. Ts Haji Azizi bin Haji Jantan turut berkongsi projek pendigitalan JAWI dan Teaching Library.

Hasil perbincangan adalah kerja-kerja mengumpulkan buku-buku dan karya-karya yang boleh digabungkan bersama-sama dengan Pustakawan dari Negara Singapura dan Brunei.

Insya-Allah, dengan kerjasama ini akan mencerahkan masyarakat dan rakyat di samping membangunkan warisan Nusantara.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Bapak Drs. Muhammad Syarif Bando, Kepala Perpustakaan Nasional Republik Indonesia (PERPUSNAS) dan seluruh warga PERPUSNAS atas kesudian menerima kami dan kerjasama ini.

Delegasi dari Perpustakaan Negara Indonesia telah hadir ke PTAR yang terdiri daripada
 : 
Nama : Drs. Nurcahyono, SS., M.Si 
Pangkat/Gol : Pembina Utama Muda / IVc             
Jabatan : Kepala Pusat Pendidikan dan Pelatihan 

Nama : Dra. Nia Gusniawati NIP : 
Pangkat/Gol : Pembina Tk.I/ IV/b 
Jabatan : Pustakawan Ahli Madya 

Nama : Monalisa Silvia Maretta, S.Sos., MP. 
Pangkat/Gol : Pembina/ IV/a 
Jabatan : Pustakawan Ahli Madya 

Nama : Mohamad Indra Riawan, S.Kom.
Pangkat/Gol : Penata Tk.1/ III/d 
Jabatan : Pustakawan Ahli Muda


TAJUK

:

Academic Libraries and Special Needs School Libraries Development in Indonesia and Malaysia: Facts, Challenges, Services and Opportunities


TARIKH

:

7 Disember 2023 (Khamis)

MASA

:

9.00 pagi 

TEMPAT

:

Bilik Mesyuarat Utama, PTAR





Delegasi dibawa ke Bilik Koleksi Khas JAWI Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM



Share:

0 comments:

Post a Comment

Labels

Total Pageviews