Friday, 15 December 2023

Doa staf PTAR buat Puan Norlilawati Mohd Shah


SHAH ALAM, 15 Disember 2023 - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. 

Begitulah gambaran yang dirasai oleh lima orang staf Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) ketika menziarahi Puan Norlilawati binti Mohd Shah pada 15 Disember 2023 hari Jumaat jam 1:14 petang di wad 8B katil 17, Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) UiTM kampus Puncak Alam: 

  1. Nurul Nadiah binti Harun
  2. Norsaliha binti Mad Mudin
  3. Ili Kaiyisah binti Abdul Rahman 
  4. Reza Edwana binti Mokhtar
  5. Nik Nurshihah binti Muhamad
Dalam pertemuan itu telah disampaikan sumbangan oleh staf PTAR Shah Alam dan didoakan semoga Puan Norlilawati kembali sembuh. 

Puan Norlilawati telah terlibat dalam kemalangan apabila motosikal yang ditunggangi bersama suami Mohd Khairil Anuwar bin Mustakim telah bertembung dengan sebuah kereta di kilometer 63 Jalan Ipoh-Gerik dekat Liman Kati, Kuala Kangsar pada 4 Disember 2023 hari Isnin jam 5:20 petang. 

Nahas tersebut telah mengakibatkan Puan Norlilawati patah buku lali kiri manakala suaminya meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Kuala Kangsar.  

Pada 13 Disember 2023 hari Rabu, Puan Norlilawati telah selamat menjalani pembedahan di HASA dan kini dalam keadaan stabil. 

Puan Norlilawati merupakan Pembantu Pustakawan yang sedang berkhidmat di Perpustakaan UiTM kampus Rembau cawangan Negeri Sembilan. 
Share:

0 comments:

Post a Comment

Labels

Total Pageviews