Thursday 7 September 2023

Taklimat Penggunaan Paper Machine dan Grammarly di UiTM cawangan Melaka




MELAKA, 7 September 2023, Khamis - Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka telah diundang untuk menyampaikan Taklimat Penggunaan Paper Machine dan Grammarly sempena Bengkel 2 Days Boot Camp Writing On Indexed Journal yang dianjurkan oleh Unit Jurnal dan Penerbitan Universiti (JPU), Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI), UiTM Cawangan Melaka. 

Taklimat telah disampaikan oleh Dr Hajah Zalifah Awang Zakaria, Timbalan Ketua Pustakawan, PTAR UiTM Shah Alam dengan dibantu oleh Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Melaka sebagai fasilitator dari PTAR. 

Seramai 50 orang peserta terdiri daripada kumpulan penyelidik UiTM Cawangan Melaka telah menyertai taklimat selama dua jam yang diadakan di di Mini Auditorium, Aras 7, UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka, bermula jam 10.00 pagi.














Share:

0 comments:

Post a Comment

Labels

Total Pageviews