Tuesday 10 January 2023

Kunjungan Hormat PTAR Ke Atas Penolong Naib Canselor (Keusahawanan)

Shah Alam, 9 Januari 2023 - PTAR memulai kolaborasi pertama tahun ini apabila telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Penolong Naib Canselor (Keusahawanan) YBhg. Prof. Ts. Dr. Salmiah Kasolang. 

Kunjungan yang amat mesra ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat, aras 3, Kompleks Keusahawanan. Seramai 11 orang terlibat dalam pertemuan yang diadakan pada hari Isnin, jam 2:30 petang. 

Memulakan bicara, YBhg. Prof. Ts. Dr. Salmiah telah mengalu-alukan kehadiran wakil PTAR seramai lima orang yang diketuai oleh Ketua Timbalan Pustakawan Tuan Ts. Hj. Azizi bin Jantan. 

Selaku jabatan yang menganjur pertemuan ini, Tuan Ts. Hj. Azizi telah menyampaikan taklimat ringkas berkenaan prasarana terkini PTAR termasuk koleksi keusahawan. Dengan penyampaian yang santai namun berkesan, taklimat disampaikan telah menarik minat wakil MASMED untuk bertandang ke PTAR. 

Selanjutnya, pertemuan ini turut membincangkan program-program yang boleh dirintis dan dijayakan secara bersama. Kekuatan dan kepakaran antara jabatan seharusnya saling berhubung agar manfaat yang lebih besar diperoleh oleh keseluruhan warga universiti. 

Di akhir pertemuan selama satu jam ini, kedua-dua pihak telah menyatakan komitmen yang tidak berbelah bahagi demi menjayakan program bersama sepanjang tahun ini. 

Tuan Ts. Hj. Azizi Jantan (tiga dari kiri) dan YBhg. Prof. Ts. Dr. Salmiah Kasolang (lima dari kanan) 


Share:

0 comments:

Post a Comment

Labels

Total Pageviews