• Perpustakaan Tun Abdul Razak

  • Universiti Teknologi MARA

Thursday, 21 March 2024

Mesyuarat Pengukuhan Jawatan Empat (4) Jawatan Utama Universiti Awam dan Timbalan Naib Canselor

Khamis, 
10 Ramadan 1445H,
21 Mac 2024M:

Mesyuarat Pengukuhan Jawatan Timbalan Naib Canselor dan empat (4) Jawatan Utama melibatkan Pendaftar, Bendahari, Ketua Pustakawan dan Penasihat Undang-undang Universiti Awam telah diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 21 hingga 22 Mac 2024 (Khamis dan Jumaat)

Masa : Khamis (9:00 pagi hingga 8.00 malam)

Jumaat (9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari)

Tempat : Bilik Ceria 5, Aras 3 Hotel Dorsett Putrajaya






Mewakili Ketua Pustakawan Universiti Awam bagi membentangkan kriteria dan wajaran pengukuhan jawatan Ketua Pustakawan

Share:

Tuesday, 19 March 2024

Perbincangan MoC UiTM dan MARA

Isnin, 
7 Ramadan 1445H,
18 Mac 2024M:

Satu perjumpaan bersama Pengarah Bahagian Pendidikan MARA telah diadakan pada: 
Tarikh:18 Mac 2024 (Isnin)
Masa: 2:00 petang - 4:30 petang 
Tempat: Bangunan MARA, Kuala Lumpur 

Perbincangan MoC UiTM dan MARA melibatkan perkara berikut:

  1. Menyebar luas pengaksesan sumber rujukan. 
  2. Penganjuran program literasi maklumat (teknik pencarian maklumat). 
  3. Penganjuran Pameran Semarak Warisan Bangsa di Bangunan MARA
  4. Pembangunan sistem pusat sumber sekolah. 
  5. Pembangunan sistem repositori bahan. 
PTAR diwakili oleh: 
  1. Ts Haji Azizi bin Haji Jantan 
  2. Shahidatul Akhmam Rambeli 
  3. Nurul Aida Noor Azizi
  4. Mohd Khairul Idzwan Mohd Saad

Bahagian Pendidikan MARA diwakili oleh: 
  1. Shahrizal bin Mohd Saderi, Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah MARA
  2. Jasmin Abd Shukor, Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Pelajar)
  3. Nazrul Hisham bin Mohamad Tahir, Timbalan Pengarah I, Pembangunan Kurikulum 
  4. Rafidah binti Jaafar, Timbalan Pengarah II (Bahasa)

Share:

Friday, 15 March 2024

Sesi Road Tour Penjimatan dan Kecekapan Tenaga di PTAR

Jumaat, 
4 Ramadan 1445H,
15 Mac 2024M:

Seramai 52 orang staf PTAR terdiri daripada Jawatankuasa EKSA PTAR dan wakil jabatan PTAR telah menghadiri sesi Road Tour Penjimatan dan Kecekapan Tenaga pada: 
Tarikh:     15 Mac 2024 (Jumaat)
Masa:      10:30 - 11:30 pagi 
Tempat:   Bilik Seminar, PTAR UiTM Shah Alam 

Selama satu jam, staf PTAR didedahkan dengan maklumat terkini berkenaan pengurusan tenaga yang cekap dan berkesan yang disampaikan oleh Ketua Unit Mekanikal, Elektrikal, Tenaga, Komunikasi & AV (META) Ts. Zainol Asri Abdul Sani dan Ketua Seksyen Pengurusan Tenaga Puan Rozana Mastar. 

Road Tour ini adalah anjuran Seksyen Pengurusan Tenaga, Bahagian Pengurusan Fasiliti, Pejabat Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur (PPII) UiTM Shah Alam. 

Ts. Zainol Asri Abdul Sani

Puan Rozana Mastar




Share:

Thursday, 14 March 2024

Perbincangan kolaborasi PTAR dan IKP

Jumaat, 
3 Ramadan 1445H,
14 Mac 2024M:

Suatu perbincangan bersama Institut Kepimpinan Pelajar (IKP), UiTM  bagi menganjurkan program bersama pelajar telah diadakan pada:
 
Tarikh: 14 Mac 2024 (Khamis) 
Masa: 12:30 tengah hari 
Tempat: Bilik Ketua Pustakawan 

Buat permulaan, program ini mensasarkan penglibatan para pelajar dari daerah Bagan Datuk, Tambun dan Lumut. 

Program yang akan diadakan di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) akan memfokuskan aktiviti 3R (Royal, Race, Religion) dan Literasi Maklumat. 

Berikut ialah wakil IKP yang terlibat: 
    1. Prof. Madya Dr. Alwi Mohd Yunus-Pengarah
    2. Nordiana Ibrahim-Koordinator Kepimpinan Pelajar
    3. Dr Ezza Rafedziawati Kamal Rafedzi-Koordinator Kenegaraan
    4. Najihah Azmi-Penolong Pendaftar





Share:

Wednesday, 13 March 2024

Bengkel Sistem Rekod Digital UiTM 2024



Rabu, 
2 Ramadan 1445H,
13 Mac 2024M:

Sistem Rekod Digital bakal menjadi kenyataan apabila Bengkel Sistem Rekod Digital UiTM 2024 telah diadakan pada: 
Tarikh:     13 Mac 2024 (Rabu)
Masa:       9:30 pagi - 4:30 petang 
Tempat:    Bilik Seminar, PTAR 
Peserta:    14 orang (staf PTAR, staf PPII, staf Pejabat Naib Canselor dan staf BGSU) 

Perpustakaan Tun Abdul Razak:
        1. Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan (Ketua Pustakawan)
        2. Encik Ahmad Amiri bin Mohamad (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan)
        3. Encik Ahamad Zuber bin Mohamed (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan)
        4. Dr. Hjh Zalifah binti Awang Zakaria (Timbalan Ketua Pustakawan)
        5. Puan Noor Hayati binti Abu Kassim (Timbalan Ketua Pustakawan)
        6. Puan Nor Azwani binti Mohamad (Timbalan Ketua Pustakawan)
        7. Encik Mohd Izwan bin Salim (Pustakawan Kanan)
        8. Encik Abdul Razak bin Abdul Rahman (Pustakawan Kanan)
        9. Puan Wan Nur Khalidah binti Wahed (Pustakawan)
Pejabat Pembangunan Infrastruktur & Infostruktur:
        1. Encik Mohd Hairy bin Mohammadiah (Timbalan Ketua Pegawai Teknologi Maklumat Kanan)
        2. Encik Mohd Khanafi bin Haron (Pegawai Teknologi Maklumat Kanan (Ketua Unit))
        3. Puan Norelissuryani binti Mokhtar (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan (Ketua Seksyen))
Pejabat Naib Canselor:
        1. Encik Irwin Shah bin Sulaiman (Penolong Pendaftar Kanan)
        2. Encik Mohd Yuzi bin Zali (Pegawai ICT Kanan)
Bahagian Governan & Sekretariat Universiti (BGSU):
        1. Puan Adlin Na'qiah binti Sabar@Sabal, CHRM,MMIHRM (Timb. Pendaftar Kanan)
Bengkel yang dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) bertujuan membincangkan hala tuju dan penetapan Sistem Rekod Digital UiTM yang akan diaplikasikan oleh warga UiTM.

Tiga orang staf telah menyampaikan taklimat sepanjang bengkel ini berlangsung iaitu:
  1. Ts Haji Azizi bin Haji Jantan: Latar Belakang Projek.
  2. Encik Amiri bin Mohamad: Pengurusan Rekod, Kronologi Digital Document Management System (DDMS), keperluan rekod digital da garis panduan/ pekeliling berkaita.
  3. Encik Mohd Yuzi bin Zali: Document Management System (DMS), UiTM.
Bengkel ini juga adalah lanjutan daripada Perbincangan Sistem Automasi Pejabat (OA) UiTM bersama wakil Pejabat Pembangunan Infrastruktur & Infostruktur yang telah diadakan pada 28 Februari 2024 yang lalu.






Mohd Yuzi bin Zali

Ahmad Amiri bin Mohamad
Share:

Saturday, 9 March 2024

Ts Haji Azizi dilantik sebagai Ketua Pustakawan UiTM



Jumaat, 
27 Syaaban 1445H,
8 Mac 2024M:

Seluruh warga Perpustakaan UiTM merakamkan ucapan tahniah kepada Ts Haji Azizi bin Haji Jantan atas pemangkuan sebagai Ketua Pustakawan Universiti Teknologi MARA (UiTM) berkuat kuasa 1 Mac 2024. 

Pemakluman mengenai pemangkuan Ts Haji Azizi sebagai Ketua Pustakawan UiTM kali pertama disiarkan menerusi saluran rasmi Facebook Naib Canselor Universiti Teknologi MARA jam 3:00 petang, 8 Mac 2024 hari Jumaat.

Pemangkuan sebagai Ketua Pustakawan diputuskan oleh Pengurusan Tertinggi UiTM setelah sebelas bulan Ts Haji Azizi menjalankan tugas sebagai Ketua Pustakawan sejak 3 April 2023. 

Terdahulu, pemilihan jawatan Ketua Pustakawan UiTM diadakan berikutan persaraan Ketua Pustakawan Ketujuh Encik Jamalludin Haji Sulaiman pada 15 Mei 2023. 

Semoga Perpustakaan UiTM lebih cemerlang di bawah kepimpinan beliau. 

Share:

Labels

Total Pageviews