• Perpustakaan Tun Abdul Razak

  • Universiti Teknologi MARA

Wednesday, 17 January 2024

Sesi Pembentangan Pelajar Latihan Industri - Universiti Walailak, Thailand

Rabu, 
5 Rejab 1445H, 
17 Januari 2024: 

Sesi pembentangan pelajar Latihan Industri daripada Universiti Walailak, Thailand telah berlangsung seperti berikut: 

Tarikh:     17 Januari 2024 (Rabu)
Masa:       10:00 pagi 
Tempat:    Smart Classroom, PTAR

Pelajar Latihan Industri iaitu: 

  1. Chanasit Yanisa
  2. Srisuwan Kittipong

Kedua-dua pelajar antarabangsa ini telah menjalani latihan industri di PTAR selama 7 minggu bermula 15 November 2023 hingga 29 Disember 2023.

 

Share:

Perbincangan bersama Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor



Rabu, 
5 Rejab 1445H, 
17 Januari 2024: 

Perbincangan bersama Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Selangor telah berlangsung seperti berikut: 

Tarikh:     17 Januari 2024 (Rabu)
Masa:       9:30 pagi - 12:30 tengah hari 
Tempat:    Bilik Mesyuarat, PTAR

PTAR diwakili oleh: 

  1. Tuan Ts Haji Azizi bin Haji Jantan
  2. Shahidatul Akhmam binti Rambeli
  3. Mohd Khairul Idzwan bin Mohd Saad 

DOSM negeri Selangor diwakili oleh: 

  1. Wan Roslida binti Othman - Timbalan Pengarah
  2. Junaida binti Othman - Penolong Pengarah

Intipati perbincangan kedua belah pihak adalah seperti berikut: 

  1. Kerjasama PTAR dan DOSM Selangor dalam pelaksanaan Pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU). 
  2. Taklimat/perkongsian maklumat sistem PADU kepada warga UiTM melalui Live@PTAR. 
  3. Pembukaan reruai DOSM negeri Selangor di PTAR bagi tujuan membantu pengesahan data yang menghadapi masalah. 
  4. Penggunaan ruang media untuk penyebaran maklumat statistik negara kepada warga UiTM - Celik Statistik.

Wan Roslida binti Othman (kanan) dan Junaida binti Othman (kiri)

Tuan Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan (kiri) mengiringi wakil DOSM negeri Selangor melawat Kiosk StatsDigital di aras 4, PTAR.  

Membawa melawat koleksi Khas Jawi@PTAR


Tuan Ts. Haji Azizi (dua dari kanan) memperkenal Repositori Persuratan Jawi 


Pameran Koleksi Jawi@PTAR telah menarik minat Wan Roslida binti Othman.

Melawat Ruang Media@PTAR


Melihat lakaran wajah A. Samad Ismail oleh Seniman Diraja Dato' Mohammad Nor Khalid atau Lat.  

Pemberian cendera mata PTAR kepada DOSM negeri Selangor. 

Pemberian cendera mata DOSM negeri Selangor kepada PTAR
Share:

Monday, 15 January 2024

Simposium Memperingati A. Samad Ismail



Isnin, 
3 Rejab 1445H, 
15 Januari 2024: 

Simposium Memperingati A. Samad Ismail telah diadakan pada:

Tarikh:     15 Januari 2024 (Isnin) 
Masa:       8:30 pagi hingga 5:30 petang 
Tempat:    Library Community Engagement (LCE), Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) 
Medium:  Hibrid 

Simposium bagi memperingati tokoh wartawan negara telah dirasmikan oleh Tun Musa Hitam, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Hadir bersama Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Tuan Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan. 

Anjuran Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media bersama Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-IIUM), New Straits Time Press (Malaysia) Bhd., PTAR dan Press Forum Asia (PFA), simposium ini telah mengundang tokoh-tokoh kewartawanan dan media arus perdana berikut bagi mengisahkan kembali pengalaman bersama tokoh tersohor ini: 

  1. Tan Sri Johan Jaafar - Tokoh Wartawan Negara.
  2. Dato' Mohammad Nor Khalid (Lat) - Kartunis, Seniman Diraja.
  3. Profesor Dato' Dr. Ahmad Murad Merican - ISTAC-IIUM
  4. Abdul Rashid Yusof - Apakhabartv
  5. Datuk Yong Soo Heong - Institut Akhbar Malaysia 
  6. Ku Seman Ku Hussain - Kolumnis 
  7. Raja Ahmad Aminullah - Penulis & Sasterawan 
  8. Datuk Mustapa Omar - Institut Akhbar Malaysia 
  9. Lily Haslina Nasir - Penulis Bebas 
  10. Ismail Hashim - Pensyarah & Kolumnis 
  11. Profesor Dr. Azhar Hj. Wahid - Universiti Pendidikan Sultan Idris 
  12. Dr. Mohamad Saleeh Rahamad - Universiti Malaya

Siaran ulangan simposium boleh dilayari menerusi pautan berikut: 

  1. Sesi 1 Simposium A. Samad Ismail 
  2. Sesi 2 Simposium A. Samad Ismail 

Sorotan media berkaitan simposium ini: 

  1. Berita Harian 
  2. Utusan Malaysia 
  3. New Straits Times 
  4. Sinar Harian 

 
                                    Tun Musa Hitam, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia
 
                                                             Dato' Mohammad Nor Khalid (Lat) 


                                                       Sidang akhbar bersama Tun Musa Hitam. 

                             Profesor Dato' Dr. Ahmad Murad Merican tandatangan buku pelawat PTAR 

Para hadirin Simposium Memperingati A. Samad Ismail 




Share:

Tagline Baharu Perpustakaan UiTM

Pada 11 Januari 2024, mesyuarat pengurusan Eksekutif Perpustakaan UiTM memperakui penggunaan tagline baharu iaitu Pembudayaan Ilmu Membentuk Adiwangsa. Ini juga menjadi landasan untuk Perpustakaan UiTM merangka halatuju tahun 2024 yang menekankan aspek pembudayaan ilmu di kalangan warga UiTM.

Cetusan tagline baharu ini dibawa oleh YBhg Naib Canselor UiTM Datuk Prof. Dr. Shahrin Sahib@Sahibuddin ketika kunjungan hormat PTAR ke atas YBhg Datuk pada 9 November 2024.



 

Share:

Friday, 12 January 2024

LANDASAN HALA TUJU KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI 2024

" Sebagai menggerakkan langkahan tahun 2024, kita harus bermula dengan landasan asas kita, yang akan menentukan kejayaan dan keberhasilan gerak kerja yang dilakukan. Asas utama kita adalah bermula “dari dalam”, bermula dengan diri kita masing-masing, bermula dengan setiap warga bermuafakat dalam pembinaan suatu pasukan yang padu, mantap, dan tangkas. Dan menganjak mentaliti “I” kepada “We”.

Maka, seluruh jentera pentadbiran merangkumi jabatan dan agensi, serta institusi pendidikan tinggi perlu melazimi budaya ilmu dan budaya wacana, meraikan kebebasan akademik, kemerdekaan berfikir dan berekspresi, serta tekal atas landasan dan prinsip kritis-hormat, dengan teguh berpegang kepada nilai intellectual integrity"

YANG BERHORMAT DATO' SERI DIRAJA DR. ZAMBRY ABD KADIR, MENTERI PENDIDIKAN TINGGI

Teks Ucapan Amanat Tahun Baharu 2024 Menteri Pendidikan Tinggi







Share:

Wednesday, 10 January 2024

Kunjungan Dato' Dr. Ghazali dan Datuk Ar. Hj. Hajeedar

SHAH ALAM, 10 Januari 2024 - Kunjungan Dato' Dr. Ghazali bin Dato' Mohd Yusof dan Datuk Ar.  Hj. Hajeedar bin Hj. Abdul Majid seperti berikut: 

Tarikh     : 10 Januari 2024 (Rabu)
Masa       : 9:00 pagi - 2:00 petang 
Tempat    : Bilik Mesyuarat  

Kunjungan ini adalah bagi tujuan semakan dan perbincangan projek naik taraf bilik Dato' Yusof di Perpustakaan Tun Abdul Razak. 

Perbincangan di Bilik Mesyuarat, PTAR

Dato' Dr. Ghazali bin Dato' Mohd Yusof (dua dari kanan) dan Datuk Ar.  Hj. Hajeedar bin Hj. Abdul Majid (dua dari kiri). 

Melawat tapak bagi projek naik taraf bilik Dato' Mohd Yusof

Melawat ruang Koleksi Khas Jawi @ PTAR


Melihat pameran Koleksi Khas Jawi@PTAR

Datuk Ar.  Hj. Hajeedar bin Hj. Abdul Majid tertarik melihat gambar Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-3 bertarikh 16-21 September 1956 di Singapura dan Johor Bahru. 

Share:

Program Book Talk With Author bersama Dr. Ahlam raih tontonan tertinggi



SHAH ALAM, 10 Januari 2024 - Dengan 321 jumlah tontonan sewaktu bersiaran telah menjadikan program Book Talk with Author hari ini mencapai jumlah tontonan tertinggi. 

Diterbitkan tahun 2022, buku berjudul Quantitative Data Analysis in Communication Research  tulisan Profesor Madya Dr. Ahlam Abd Aziz amat sesuai dirujuk oleh para pelajar yang sedang menjalankan penyelidikan dalam bidang sains sosial. Mengandungi 4 bab yang menghuraikan kaedah analisa data penyelidikan sama ada secara manual atau secara perisian SPSS, buku ini turut dilengkapi dengan soalan latihan bagi menguji daya kefahaman pembaca. 

Maklumat program siaran langsung Book Talk with Author anjuran Penerbit UiTM dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) turut dikongsi di saluran facebook Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) dan Design 'N' Typo iaitu syarikat berkaitan buku. Tidak ketinggalan halaman facebook Perpustakaan UiTM Kampus Sungai Buloh turut berkongsi maklumat siaran langsung ini. 

Program Book Talk with Author telah mula bersiaran di saluran YouTube dan Facebook Perpustakaan UiTM sejak 6 September 2023 sebanyak 4 siri manakala program hari ini adalah siri pertama bagi tahun 2024. Program ini diadakan secara hibrid iaitu secara dalam talian dan secara fizikal di Ruang Media Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam. 

Ingin menonton kembali program Book Talk with Author sila layari saluran YouTube Perpustakaan UiTM. 

Perkongsian program Book Talk with Author  di halaman facebook MAPIM

Perkongsian program Book Talk with Author di halaman facebook Design 'N' Typo

Perkongsian program Book Talk with Author  di halaman facebook Perpustakaan UiTM kampus Sungai Buloh

Profesor Madya Dr. Ahlam Abd Aziz (kanan)

Penonton di Ruang Media, PTAR

Pengarah Penerbit UiTM Prof. Sr Ts. Dr. Zulhabri Ismail (kiri) telah hadir di program Book Talk With Author Quantitative Data Analysis in Communication Research

Puan Siti Salwa Abd. Rahman sebagai moderator (dua dari kiri)

Profesor Madya Dr. Ahlam Abd Aziz bersama penonton di Ruang Media, PTAR

Penghargaan buat PTAR daripada Puan Norfilzah Wahidon, UiTM Press

Program Book Talk With Author bersiaran di saluran YouTube Perpustakaan UiTM

Share:

Labels

Total Pageviews