SHAH ALAM, 15 Ogos 2023 - Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menganjurkan Wacana Kemerdekaan & Hari Malaysia menerusi saluran YouTube Perpustakaan UiTM dan Facebook Perpustakaan UiTM.
Tuesday, 22 August 2023
Bengkel Jom Canting Batik anjuran PEWANI dan PTAR
SHAH ALAM, 18 Ogos 2023 - Sempena sambutan kemerdekaan negara ke-66 telah diadakan Bengkel Jom Canting Batik di Library Community Engagement (LCE),
Dianjurkan oleh Persatuan Wanita UiTM (PEWANI) dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), bengkel ini telah berjaya menarik seramai 50 orang peserta.
Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Tuan Ts. Haji Azizi Haji Jantan telah sudi meluangkan masa beramah mesra bersama peserta sewaktu bengkel berlangsung.
Taklimat bengkel dikendalikan oleh:
- Pn. Noor Afzan Zakaria - HEP, UiTM
- Encik Sumardianshah Silah - Pensyarah Kanan, Fakulti Pendidikan, UiTM.
Integriti: Satu Manifestasi Merdeka
SHAH ALAM, 22 Ogos 2023 – Segmen Live@PTAR Bicara Ilmu dengan
tajuk Integriti: Satu Manifestasi Merdeka telah bersiaran secara langsung pada jam
10:00 pagi secara dalam talian hingga menarik sebanyak 330 tontotan.
Program Bicara Ilmu anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak
(PTAR) dan Institut Integriti Malaysia (IIM) bertujuan menyuburkan nilai integriti
dan semangat kemerdekaan dalam kalangan warga UiTM.
Menurut Ketua Seksyen Advokasi dan Latihan IIM Encik
Fison Hamdi Ahmad ketika mengulas isu integriti dalam masyarakat Malaysia
menyatakan beliau optimis mengenai pembudayaan nilai integriti dalam masyarakat.
Tambahnya lagi, pembudayaan nilai integriti dalam masyarakat Malaysia masih memerlukan
masa dengan mengambil contoh tahap pembudayaan integriti di negara maju lain.
Dihoskan oleh Pustakawan Kanan PTAR Puan Siti Rohayu Mohamad Yusof yang bersiaran selama satu jam, siaran ulangan program ini boleh ditonton di saluran YouTube Perpustakaan UiTM dan FacebookPerpustakaan UiTM.
Wakil IIM yang turut hadir ke PTAR hari ini ialah:
- Puan Alice Suriati Mazlan (Ketua Seksyen Komuniti Korporat)
- Nabilah Abd Rahman - Pustakawan
Friday, 18 August 2023
Dua inovasi Perpustakaan UiTM berentap dalam sesi Penilaian Pembentangan Akhir Finalis Kecemerlangan Operasi UiTM 2022
SHAH ALAM, 16 Ogos 2023 - Dua inovasi Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah terpilih sebagai finalis dalam sesi Penilaian Pembentangan Akhir Finalis Kecemerlangan Operasi UiTM 2022 anjuran Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA).
Inovasi PTAR iaitu Pengurusan Bahan Arkib: Archive Management System (AMS) dan Perkhidmatan Rujukan OKU masing-masing telah diwakili oleh kumpulan Jabatan Arkib Universiti (JAU), PTAR UiTM Shah Alam dan PTAR UiTM cawangan Kedah.
Sejumlah 16 kumpulan mewakili fakulti, jabatan dan cawangan UiTM telah melakukan pembentangan akhir menerusi saluran YouTube InQKA selama dua hari berturut-turut.
Sesi Penilaian Pembentangan Akhir telah dianjurkan bersekali dengan Simposium Kecemerlangan Operasi 2023. Pemenang Kecemerlangan Operasi UiTM 2022 akan diketahui sewaktu program Hari Inovasi UiTM sekitar November 2023.
Taklimat Penggunaan Paper Machine@UiTM di APB, UiTM Shah Alam
SHAH ALAM, 15 Ogos 2023 - Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah diundang untuk mengadakan Taklimat Penggunaan Paper Machine@UiTM bertempat di Makmal Multimedia Akademi Pengajian Bahasa (APB) UiTM Shah Alam.
Seramai 5 orang wakil PTAR diketuai Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Tuan Ts. Hj. Azizi Hj. Jantan telah menyampaikan taklimat penggunaan bermula jam 9:00 pagi. Turut serta dalam pembentangan tersebut ialah Dekan APB Profesor Ts. Dr. Januddin Sardi.
Staf PTAR yang terlibat ialah:
- Dr. Zalifah Haji Awang Zakaria
- Puan Siti Rohayu Mohamad Yusof
- Mohd Hazrul Mohd Hussin
Taklimat penggunaan Paper Machine@UiTM telah berlangsung selama tiga jam dihadapan pensyarah APB seramai 15 orang seperti berikut:
- Prof. Ts. Dr. Janudin Sardi
- Prof. Dr. Anealka Aziz Husin
- Prof. Madya Dr. Nor Fazlin Mohd Ramli
- Prof. Madya Dr. Norhazlina Husin
- Prof. Madya Dr. Faizah Mohamad
- Prof. Madya Dr. Nor Shidrah Md Daud
- Prof. Madya Dr. Aini Akmar Mohd Kasim
- Prof. Madya Dr. Norhayuza Mohamad
- Prof. Madya Dr. Normah Ahmad
- Prof. Madya Dr. Airil Haimi Mohd Adnan
- Dr. Syamimi Turiman
- Dr. Siti Aeisha Joharry
- Dr. Abdul Azim Mohamad Isa
- Dr. Rozaimah Rashidin
- Cik Nadia Anuar
Thursday, 17 August 2023
Mesyuarat Khas Ts. Haji Azizi Haji Jantan bersama Pustakawan UiTM
SHAH ALAM, 17 Ogos 2023 - Seramai 155 orang Pustakawan UiTM telah hadir ke Mesyuarat Khas bersama Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Tuan Ts. Haji Azizi Haji Jantan yang dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Shah Alam secara dalam talian.
Dalam mesyuarat khas ini, Tuan Ts. Haji Azizi telah menyampaikan perancangan beliau dalam memperkasa hala tuju Perpustakaan UiTM menjelang tahun 2024.
Mesyuarat khas yang telah berlangsung selama dua jam telah memperincikan perkara berikut:
- 6 Pillar Globally Respectable 2024.
- World Class Faculty Members (Academic Staff)
- Turning Globally Student
- Turning Globally Staff (Non-Academic Staf)
- Excellent Supporting Staff
- Highly involved industry & community
- Engaging alumni
- Paper Machine@UiTM adalah platform digital yang membantu, memudah dan menyedia penulisan penyelidikan.
- Ketua Penyelaras Paper Machine@UiTM di PTAR ialah Dr. Hajah Zalifah Awang Zakaria dengan dibantu oleh Pustakawan Bahagian Sokongan Penyelidikan (BSP).
- Penyelaras Paper Machine@UiTM peringkat PTAR cawangan ialah Ketua Bahagian Perkhidmatan di Perpustakaan UiTM cawangan.
- Format taklimat Paper Machine@UiTM perlu diadakan seperti taklimat yang diadakan di Akademi Pengajian Bahasa (APB), Shah Alam iaitu selama 3 jam (1 jam Paper Machine, 1 jam Google Scholar ID/ Scopus/ WoS dan Research Tools, 1 jam Pengkalan Data Dalam Talian langganan PTAR).
- PTAR mengalu-alukan penyumbang template Paper Machine@UiTM.
- Pembangunan 'niche collection' PTAR (PTAR negeri Sembilan-Minangkabau, PTAR Kelantan-Batik, PTAR Terengganu-Songket) adalah selari dengan hasrat pembangunan 'niche collection' universiti.
- Program 'Life-Long-Learning' staf PTAR akan diteruskan seperti format pembelajaran kohort pertama staf PTAR dua tahun lalu.
Wednesday, 16 August 2023
Kunjungan Hormat PTAR, Pengerusi ADAB Ke Atas Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM
SHAH ALAM, 16 Ogos 2023 - Seramai empat orang terdiri daripada staf PTAR dan Pengerusi Lembaga Peradaban Melayu (ADAB) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose di Majlis Profesor Negara, Kajang, Selangor.
Berikut wakil PTAR dan ADAB:
- Tuan Ts. Haji Azizi bin Hj. Jantan - Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan.
- Dato' (Dr.) Ghazali bin Dato' Mohd Yusoff - Pengerusi ADAB
- Puan Shahidatul Akhmam binti Rambeli - Timbalan Ketua Pustakawan
- Encik Mohd Khairul Idzwan bin Mohd Saad - Pembantu Pustakawan Tertinggi
Kunjungan Hormat bertujuan mewujudkan kerjasama dan hala tuju strategik bersama ADAB berkaitan perkara berikut:
- Koleksi Datuk Mohd Yusoff bin Ahmad
- Kerjasama dalam International Conference Malay-Polynesia 2024 anjuran bersama The World Melayu-Polynesia Organization (WMPO) dan Nusantara Technologies Sdn. Bhd.
- Pembangunan koleksi Minangkabau di Perpustakaan UiTM cawangan Negeri Sembilan.
- Pembangunan koleksi Wali Songo di Perpustakaan UiTM cawangan Sarawak.




































