• Perpustakaan Tun Abdul Razak

  • Universiti Teknologi MARA

Thursday, 7 November 2024

Ruang 3R di GESTURZ: Perbincangan siri kedua

Khamis
7 November 2024
5  جمادي الأول  1445

ڤربينچڠن لنجوت PTAR  برسام اينستيتوت ڤميکيرن دان کڤيمڤينن ملايو (IMPAK) اونتوق موجودکن رواڠ برتيماکن 3R
(Royal, Race, Religion)  دGESTURZ  تله دأداکن ڤادا خميس جم  2:15 ڤتڠ .

Perbincangan lanjut PTAR bersama Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) untuk mewujudkan ruang bertemakan 3R (Royal, Race, Religion) di GESTURZ  telah diadakan pada Khamis jam 2:15 petang.  

Seramai 8 orang terlibat dalam membincangkan cadangan susun atur ruang, fungsi dan keperluan peralatan dengan PTAR diketuai oleh Ketua Unit Korporat dan Kolaborasi Puan Shahidatul Akhmam Rambeli manakala IMPAK diketuai oleh Pengarah IMPAK Dr. Khairudin Murad.

Sebelum perbicangan berakhir jam 4:00 petang, kertas cadangan penubuhan ruang 3R oleh IMPAK telah dikongsikan dengan PTAR untuk penelitian lanjut. 






Share:

Wednesday, 6 November 2024

Perbincangan program anjuran bersama Penerbit UiTM

Rabu 
6 November 2024
4 جمادي الأول 1446 

ڤرڤوستاکاءن تون عبد الرازق  PTAR تله مڠاداکن ڤرتموان برسام ڤنربيت UiTM ڤد ڤتڠ رابو دبيليق مشوارت، ڤنربيت  UiTM.


Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah mengadakan pertemuan bersama Penerbit UiTM pada petang Rabu di Bilik Mesyuarat, Penerbit UiTM. 

Pertemuan yang bermula jam 2:30 petang adalah bagi membincangkan penganjuran program bersama antara PTAR dan Penerbit UiTM. 

PTAR diketuai oleh Ketua Pustakawan UiTM Ts Haji Azizi bin Haji Jantan, Aznur Umiza Abu Kassim, Shahidatul Akhmam Rambeli, Siti Salwa A. Rahman, Bahroni Moojee dan Jaz  Norfazuna Jaafar. 

Manakala Penerbit UiTM diwakili oleh Timbalan Pengarah Perolehan dan Pemasaran Dr. Nafisah Khalid, Nur Farabiyah Shamsudin, Fatin Amalina Rohadi, Diana Semaon, Nur Jannah Abd Malib, Aizan Anulsarah Alwi dan Norfilzah Wahidon

Penganjuran program berskala besar dan berteraskan pembudayaan ilmu yang akan dilaksanakan pada tahun 2025 adalah bagi menyuburkan minat membaca dan perkongsian ilmu menerusi aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan oleh kedua belah pihak. 








Share:

Monday, 4 November 2024

PTAR di pembentangan akhir AKNC buat kali ke-17

Isnin
4 November 2024
ج 2 جمادى الأول 1445

Selesai sudah pembentangan finalis Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) tahun 2024 oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak pada lewat petang Isnin. 

PTAR telah memulakan pembentangan kali ke-17 sekitar jam 4:00 petang dengan senarai pembentang seramai 5 orang yang diketuai oleh Ketua Pustakawan Ts Haji Azizi bin Haji Jantan dan disokong oleh barisan Pengarah Bahagian iaitu Encik Ahmad Amiri Mohamad, Encik Ahamad Zuber Mohamed, Puan Aznur Umiza Abu Kassim dan Puan Nor Azwani Mohamad. 

Pembentangan akhir AKNC PTAR pada tahun ini membawa kelainan dengan memasukkan elemen pengkisahan semula Majlis Perasmian Perpustakaan Tun Abdul Razak tanggal 29 Julai 1972. 

Pengkisahan semula menerusi babak lakonan ini adalah untuk menyokong naratif  transformasi perkhidmatan PTAR tahun 2023 seperti yang terkandung dalam dokumen dan slaid pembentangan AKNC PTAR. 

Terdahulu dalam satu hantaran emel bertarikh 27 September 2024 oleh Sekretariat Anugerah Kualiti Naib Canselor  menyenaraikan 14 finalis AKNC 2024 iaitu melibatkan 4 cawangan (UiTM cawangan Johor, UiTM cawangan Melaka, UiTM cawangan Perak, UiTM cawangan Pulau Pinang), 3 bahagian (Institut Pendidikan Berterusan & Pengajian Profesional), Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Perpustakaan Tun Abdul Razak) dan 7 fakulti (Fakulti Pendidikan, Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan, Fakulti Perakaunan, Fakulti Sains Gunaan, Fakulti Undang-Undang, Kolej Pengajian Alam Bina dan Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik). 

Sesi pembentangan akhir telah diadakan di Dewan Kuliah 500, UiTM cawangan Selangor, kampus Puncak Alam selama sehari bermula jam 8:00 pagi. 
















Share:

Tuesday, 22 October 2024

Rakaman Program Temu Bual Bersama Tan Sri Sahol Hamid

Selasa
22 Oktober 2024

19 ربيع الأخير 1446


راقمن ڤروݢرم تمو بوال برسام يڠ بربهاݢيا ڤروفيسور ايميريتوس تن سري داتوء سري اينسيپور دوکتور سهول هاميد أبو بکر  تله برلڠسوڠ دڠن جايڽ ڤد جم  3  ڤتڠ هاري اثنين.


Rakaman program bersama Yang Berbahagia Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Sri Insinyur Doktor Sahol Hamid Abu Bakar telah berlangsung dengan jayanya pada jam 3 petang hari Isnin.


Berbekalkan pengalaman selama 15 tahun sebagai Naib Canselor UiTM ke-3, YBhg. Tan Sri Sahol telah berkongsi ilmu dan pengetahuan beliau mengenai hala tuju UiTM. 

Kehadiran beliau di Perpustakaan Tun Abdul Razak telah disambut mesra oleh Ketua Pustakawan UiTM Ts Haji Azizi bin Haji Jantan. 

Rakaman program temubual bersama bekas Naib Canselor UiTM adalah anjuran Pejabat Transformasi Universiti dan telah dihoskan oleh Profesor Ts Dr Hajah Nor Hayati Saad, Penolong Naib Canselor (Strategik) UiTM. 

 











Share:

Thursday, 17 October 2024

Pembentangan Pencapaian Prestasi Perancangan Strategik Perpustakaan UiTM Sukuan Ketiga (Q3) dan Strategi Pecutan Sukuan Keempat (Q4) tahun 2024

17 Oktober 2024 | 13 Rabi'ulakhir 1446H (Khamis) 

Pembentangan Pencapaian Prestasi Perancangan Strategik Perpustakaan UiTM Sukuan Ketiga (Q3) telah berjaya diadakan secara dalam talian. 

Sesi ini bermatlamat untuk memberi kefahaman dan kesedaran berkaitan hala tuju dan inisiatif yang telah dan akan dilaksanakan melibatkan komitmen semua peringkat warga kerja perpustakaan. 

Dihadapan Ketua Pustakawan UiTM Ts Haji Azizi bin Haji Jantan dan seramai hampir 400 orang staf Perpustakaan UiTM, pembentangan pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Petunjuk Prestasi (PI) telah disempurnakan oleh Ketua Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Puan Nor Azwani Mohamad. 

Ts Haji Azizi menekankan bahawa fokus Perpustakaan UiTM hedaklah bertunjangkan aspek berikut: Digitalisasi, Penciptaan Pengetahuan, Personalised Education dan Pembangunan Bakat. 

Hasil usaha gigih dan komitmen yang tinggi oleh seluruh warga Perpustakaan UiTM didapati hampir keseluruhan KPI dan PI telah mencapai sasaran sukuan ketiga berdasarkan analisa data sehingga September 2024. 

Menariknya pembentangan kali ini adalah mengenai inisiatif-inisiatif terbaharu yang sedang dan akan berlangsung di perpustakaan. 

Buat julung kalinya sistem automasi perpustakaan yang baharu telah diperkenal serta dibentangkan strategi pelaksanaan secara berperingkat di seluruh sistem Perpustakaan UiTM. 

Malah inisiatif untuk menarik minat membaca pengguna menerusi bacaan santai dan pelbagai genre pembacaan sedang dilaksanakan sejak 8 Oktober 2024. Malah inisiatif langganan secara berpusat ini dijangka akan memberi impak terhadap aspek penjimatan dan prestasi pinjaman bahan perpustakaan. 

Seramai empat orang Pengarah Bahagian dan seorang Ketua Unit telah berjaya membentangkan inisiatif-inisiatif baharu dan strategi pecutan sukuan keempat (Q4) seperti berikut: 

  1. Pembangunan Bakat Staf Perpustakaan UiTM - Puan Nurul Aida Noor Azizi, Ketua Unit Pembangunan Bakat 
  2. Electronic Library (ELIB) - Puan Aznur Umiza Abu Kasim, Pengarah Bahagian Sumber Rujukan Universiti. 
  3. Pembacaan dan Penghayatan Ilmu Staf Perpustakaan : Sistem CERDAS - Encik Ahmad Amiri Mohamad, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan 
  4. Enterprise Library Management System (ELMS) dan Pengurusan Laman Web Berpusat - Encik Arshad Bujang, Pengarah Perpustakaan Digital 
  5. Repositori Dokumen Universiti, Klasifikasi Fail dan Oral History University - Encik Ahamad Zuber Mohamed, Pengarah Bahagian Arkib Universiti. 
Sebelum sesi berakhir pada jam 2:30 petang, Tuan Ketua Pustakawan menzahirkan penghargaan terhadap pemilik KPI dan PI yang telah mencapai sasaran sukuan ketiga. Disamping itu, beliau optimis bahawa prestasi perpustakaan akan melonjak pada penghujung tahun ini dengan melihat kepada strategi-strategi pecutan yang telah dibentangkan oleh bahagian-bahagian perpustakaan pada hari ini. 









Share:

Labels

Total Pageviews