• Perpustakaan Tun Abdul Razak

  • Universiti Teknologi MARA

Wednesday, 10 January 2024

Program Book Talk With Author bersama Dr. Ahlam raih tontonan tertinggi



SHAH ALAM, 10 Januari 2024 - Dengan 321 jumlah tontonan sewaktu bersiaran telah menjadikan program Book Talk with Author hari ini mencapai jumlah tontonan tertinggi. 

Diterbitkan tahun 2022, buku berjudul Quantitative Data Analysis in Communication Research  tulisan Profesor Madya Dr. Ahlam Abd Aziz amat sesuai dirujuk oleh para pelajar yang sedang menjalankan penyelidikan dalam bidang sains sosial. Mengandungi 4 bab yang menghuraikan kaedah analisa data penyelidikan sama ada secara manual atau secara perisian SPSS, buku ini turut dilengkapi dengan soalan latihan bagi menguji daya kefahaman pembaca. 

Maklumat program siaran langsung Book Talk with Author anjuran Penerbit UiTM dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) turut dikongsi di saluran facebook Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) dan Design 'N' Typo iaitu syarikat berkaitan buku. Tidak ketinggalan halaman facebook Perpustakaan UiTM Kampus Sungai Buloh turut berkongsi maklumat siaran langsung ini. 

Program Book Talk with Author telah mula bersiaran di saluran YouTube dan Facebook Perpustakaan UiTM sejak 6 September 2023 sebanyak 4 siri manakala program hari ini adalah siri pertama bagi tahun 2024. Program ini diadakan secara hibrid iaitu secara dalam talian dan secara fizikal di Ruang Media Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam. 

Ingin menonton kembali program Book Talk with Author sila layari saluran YouTube Perpustakaan UiTM. 

Perkongsian program Book Talk with Author  di halaman facebook MAPIM

Perkongsian program Book Talk with Author di halaman facebook Design 'N' Typo

Perkongsian program Book Talk with Author  di halaman facebook Perpustakaan UiTM kampus Sungai Buloh

Profesor Madya Dr. Ahlam Abd Aziz (kanan)

Penonton di Ruang Media, PTAR

Pengarah Penerbit UiTM Prof. Sr Ts. Dr. Zulhabri Ismail (kiri) telah hadir di program Book Talk With Author Quantitative Data Analysis in Communication Research

Puan Siti Salwa Abd. Rahman sebagai moderator (dua dari kiri)

Profesor Madya Dr. Ahlam Abd Aziz bersama penonton di Ruang Media, PTAR

Penghargaan buat PTAR daripada Puan Norfilzah Wahidon, UiTM Press

Program Book Talk With Author bersiaran di saluran YouTube Perpustakaan UiTM

Share:

Tuesday, 9 January 2024

Kerjasama dengan Jabatan Komunikasi Universiti Mengenai Repositori Pengurusan Foto Universiti

SHAH ALAM, 9 Januari 2024 - Bengkel Repositori Pengurusan Foto anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Shah Alam telah diadakan seperti berikut: 

Tarikh                : 9 Januari 2024 (Selasa) 
Masa                  : 9:00 pagi - 4:30 petang 
Tempat               : Pusat IT, PTAR
Peserta               :  11 orang
(6 orang staf Jabatan Komunikasi UiTM, 2 orang staf Bahagian Korporat & Kolaborasi (BKK) dan 2 orang staf Jabatan Arkib Universiti (JAU) PTAR Shah Alam). 
Penceramah       : Encik Mohd Izwan bin Salim, Pustakawan Kanan.
Peserta PTAR    :
1. Encik Muhammad Fikree Rahmat - BKK
2. Muhammad Hazhar Abd Aziz - BKK
3. Zulfadhli Sihat -JAU
4. Muhammad Azrul Nizam Abdul Rahman - JAU 

Objektif bengkel ini ialah bagi tujuan penyimpanan dan pengaksesan imej. 

Share:

Monday, 8 January 2024

Perbincangan Bersama Pengarah Institut Kepimpinan Pelajar

SHAH ALAM, 8 Januari 2024 - Perbincangan bersama Pengarah Institut Kepimpinan Pelajar Profesor Madya Dr. Alwi Mohd Yunus telah diadakan seperti berikut: 

Tarikh    : 8 Januari 2023 (Isnin) 
Masa      : 3:30 petang - 5:30 petang
Tempat   : Bilik Mesyuarat

PTAR diwakili: 

    1. Tuan Ts Haji Azizi bin Haji Jantan
    2. Puan Hani Liza Norfin 
    3. Puan Shahidatul Akhmam Rambeli
    4. Puan Siti Salwa Abd. Rahman  

Hasil perbincangan telah memutuskan perkara berikut: 

  1. Mengisi slot selama 2 jam di dalam jadual Minggu Destini Siswa (MDS) bagi pelajar baharu menghadiri taklimat dan teknik pencarian maklumat di PTAR.
  2. Mengadakan perbincangan bersama Dr Shahsuzan Zakaria, Pengarah Pembangunan Pelajar tentang  sukarelawan di kalangan pelajar.
  3. Pelantikan Prof. Madya Dr. Alwi sebagai pakar rujuk PTAR dalam aspek pengurusan sistem dokumen dan rekod UiTM. 



Pengarah Institut Kepimpinan Pelajar Profesor Madya Dr. Alwi Mohd Yunus 
Share:

Friday, 5 January 2024

Perbincangan Bersama Kursi Institusi Raja-Raja Melayu


SHAH ALAM, 5 Januari 2024 - Koleksi Jawi@PTAR bermula apabila YBhg. Datuk Naib Canselor mencetuskan idea bagi pendigitalan koleksi Jawi di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dalam satu pertemuan bertarikh 9 November 2023 di Pejabat Naib Canselor. 

Justeru, bagi memperkasa koleksi Jawi@PTAR, suatu perbincangan antara PTAR bersama Profesor Madya Dr. Azman Mat Isa, Pensyarah Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik dan Encik Abdul Rahman Naim Mat Ali, Penolong Pendaftar Kanan dari Pejabat Kursi Institusi Raja-Raja Melayu telah diadakan seperti berikut: 
Tarikh    : 4 Januari 2024 (Khamis) 
Masa      : 9:00 pagi-12:30 petang 
Tempat   : Bilik Mesyuarat PTAR 

Perbincangan ini telah menghasilkan perkara berikut: 

1. Perolehan bahan bertulisan jawi dan penganjuran latihan atau program adalah berpandukan senarai institusi yang dikenalpasti oleh Profesor Madya Dr. Azman Mat Isa bersama Pejabat Kursi Institusi Raja-Raja Melayu.   

2. PTAR berfungsi sebagai pusat pengumpulan dan pembangunan koleksi Jawi dan Manuskrip Melayu menerusi kerjasama bersama Akademi Jawi Malaysia (AJM), Perpustakaan Negara Malaysia dan Arkib Negara Malaysia (ANM). PTAR telah menjalin hubungan kerjasama bersama AJM hasil perjumpaan sebanyak dua kali iaitu pada 20 November 2023 dan 29 November 2023. Berikutnya, PTAR akan mengadakan perbincangan bersama PNM dan ANM. 

3. Mengutamakan pencarian dan pengumpulan hasil tulisan Tan Sri Profesor Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas sebagai sumber pembentukan adab dan budaya Islam di UiTM. 

4. Penganjuran aktiviti Jawi akan diadakan di lokasi strategik di PTAR, Anjung Seri Budiman, Galeri dan Dewan Konsert Seri Budiman. 


Share:

Thursday, 4 January 2024

Lawatan dari Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS), Surabaya Indonesia

SHAH ALAM, 19 Disember 2023 - Lawatan dari Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS), Surabaya Indonesia telah diadakan seperti berikut: 

Tarikh: 19 Disember 2023 (Selasa)
Masa: 2:30 petang
Bil. Pelawat: 4 orang
Nama pelawat seperti berikut: 

      1. Hepi Hapsari Handayani 
      2. First Ambar Wati
      3. M Sharif Rezanta P. 
      4. Husnul Hidayat
Timbalan Ketua Pustakawan Puan Shahidatul Akhmam Rambeli dan Encik Mohd Khairul Idzwan Mohd Saad telah mengiringi kumpulan pelawat sepanjang lawatan di PTAR.

Ruang Library Community Engagement

Pusat IT

Ruang Bicara

Kiosk StatsDigital 

Ruang Smart Classroom


Ruang Koleksi Jawi@PTAR

Ruang Koleksi Jawi@PTAR

Ruang Koleksi Jawi@PTAR

Ruang Experiental Learning
Share:

Wednesday, 3 January 2024

PTAR PTJ Pertama dikunjungi Naib Canselor UiTM Tahun 2024




SHAH ALAM, 3 Januari 2024 - Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menerima kunjungan tetamu istimewa iaitu YBhg. Datuk Naib Canselor seperti butiran berikut: 

Tarikh     : 3 Januari 2024 (Rabu) 
Masa       : 10:00 pagi - 12:00 tengah hari 

Ketibaan YBhg. Profesor Datuk Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin dan Pegawai Khas Encik Afizul Sobri di PTAR telah disambut oleh Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Tuan Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan bersama-sama Ketua Jabatan dan Ketua Bahagian PTAR. 

Kunjungan selama hampir 3 jam telah diisi dengan sesi taklimat halatuju PTAR tahun 2024 dan lawatan ke ruang Koleksi Jawi yang terletak di aras 3. 

Berikut intipati kunjungan YBhg. Datuk Naib Canselor: 

  1. PTAR adalah Pusat Tanggungjawab (PTJ) pertama di UiTM Shah Alam yang ingin dilawati oleh YBhg. Datuk Naib Canselor.  
  2. Baginya, perpustakaan adalah nadi pembudayaan ilmu menerusi aktiviti pengumpulan dan penyebaran ilmu. 
  3. Perpustakaan juga adalah tempat yang wajib dikunjungi dan dihayati kerana kemuliaan ilmu yang terkandung di dalamnya. 
  4. Perpustakaan kekal relevan kerana menyediakan perkhidmatan secara digital. Hal ini selari dengan kaedah pembelajaran dan sumber rujukan  masa kini yang banyak berbantukan digital. 
  5. Konsep pendigitalan perpustakaan perlu ada elemen interaktif dan insaniah agar ilmu mudah difahami dan dijiwai.
  6. Cadangan tagline baharu perpustakaan oleh Tuan Ts Haji Azizi iaitu Pembudayaan Ilmu Membentuk Adiwangsa kepada YBhg Datuk Naib Canselor UiTM dan bersetuju dengan cadangan tagline tersebut. 
  7. Perpustakaan perlu radikal, praktikal dan fleksibel. Konsep “Personalized Learning Network” harus diterap dan diperluas kepada komuniti mengikut profil peringkat sekolah, politeknik dan kolej komuniti agar sumber rujukan dan perkhidmatan perpustakaan dapat dimanfaat oleh semua pihak.  YBhg. Naib Canselor UiTM bersetuju untuk MyKM dapat diperluaskan keupayaannya berdasarkan bidang dan pattern kehendak pengguna. 
  8. Portal Perpustakaan hendaklah mempunyai keupayaan fleksibel dengan kehendak pengguna diperingkat Universiti, Politeknik, Sekolah dan pelbagai lapisan.

















Share:

Tuesday, 2 January 2024

Perbincangan Penambahbaikan Pengurusan Memori Korporat UiTM

Pada 2 Januari 2024 telah berlangsung perbincangan antara PTAR dan Jabatan Komunikasi UiTM bagi pengurusan gambar korporat UiTM. Pengarah JKOM Puan Ezurya dan staf telah hadir untuk membincangkan halatuju baharu ini. PTAR di hadiri oleh Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan Ketua Timbalan Pustakawan yang menjalankan tugas Ketua Pustakawan serta En Mohd Izwan Salim dari Jabatan Perpustakaan Digital UiTM.





Share:

Labels

Total Pageviews