Thursday, 24 August 2023
Seratus orang staf jayakan program PTAR MERDEKA
Tuesday, 22 August 2023
Perbincangan Program CSR antara PTAR dan BHEI
SHAH ALAM, 15 Ogos 2023 - Bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam telah diadakan satu perbincangan lanjut antara Bahagian Hal Ehwal Islam (BHEI) dan PTAR berkenaan program Corporate Social Responsibility (CSR) di Kampung Pagi, Pahang.
Wakil PTAR:
- Puan Hani Liza Norfin
- Puan Azura Md Hashim
- Puan Shahidatul Akhmam Rambeli
- Puan Nik Zatihulwani Jamaludin
- Ustaz Shahrulnizam Akhsan
- Ustaz Abdul Mutalib Abd Jamil
Wacana Kemerdekaan & Hari Malaysia Siri 1 anjuran IMPAK
SHAH ALAM, 15 Ogos 2023 - Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menganjurkan Wacana Kemerdekaan & Hari Malaysia menerusi saluran YouTube Perpustakaan UiTM dan Facebook Perpustakaan UiTM.
Bengkel Jom Canting Batik anjuran PEWANI dan PTAR
SHAH ALAM, 18 Ogos 2023 - Sempena sambutan kemerdekaan negara ke-66 telah diadakan Bengkel Jom Canting Batik di Library Community Engagement (LCE),
Dianjurkan oleh Persatuan Wanita UiTM (PEWANI) dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), bengkel ini telah berjaya menarik seramai 50 orang peserta.
Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Tuan Ts. Haji Azizi Haji Jantan telah sudi meluangkan masa beramah mesra bersama peserta sewaktu bengkel berlangsung.
Taklimat bengkel dikendalikan oleh:
- Pn. Noor Afzan Zakaria - HEP, UiTM
- Encik Sumardianshah Silah - Pensyarah Kanan, Fakulti Pendidikan, UiTM.
Integriti: Satu Manifestasi Merdeka
SHAH ALAM, 22 Ogos 2023 – Segmen Live@PTAR Bicara Ilmu dengan
tajuk Integriti: Satu Manifestasi Merdeka telah bersiaran secara langsung pada jam
10:00 pagi secara dalam talian hingga menarik sebanyak 330 tontotan.
Program Bicara Ilmu anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak
(PTAR) dan Institut Integriti Malaysia (IIM) bertujuan menyuburkan nilai integriti
dan semangat kemerdekaan dalam kalangan warga UiTM.
Menurut Ketua Seksyen Advokasi dan Latihan IIM Encik
Fison Hamdi Ahmad ketika mengulas isu integriti dalam masyarakat Malaysia
menyatakan beliau optimis mengenai pembudayaan nilai integriti dalam masyarakat.
Tambahnya lagi, pembudayaan nilai integriti dalam masyarakat Malaysia masih memerlukan
masa dengan mengambil contoh tahap pembudayaan integriti di negara maju lain.
Dihoskan oleh Pustakawan Kanan PTAR Puan Siti Rohayu Mohamad Yusof yang bersiaran selama satu jam, siaran ulangan program ini boleh ditonton di saluran YouTube Perpustakaan UiTM dan FacebookPerpustakaan UiTM.
Wakil IIM yang turut hadir ke PTAR hari ini ialah:
- Puan Alice Suriati Mazlan (Ketua Seksyen Komuniti Korporat)
- Nabilah Abd Rahman - Pustakawan
Friday, 18 August 2023
Dua inovasi Perpustakaan UiTM berentap dalam sesi Penilaian Pembentangan Akhir Finalis Kecemerlangan Operasi UiTM 2022
SHAH ALAM, 16 Ogos 2023 - Dua inovasi Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah terpilih sebagai finalis dalam sesi Penilaian Pembentangan Akhir Finalis Kecemerlangan Operasi UiTM 2022 anjuran Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA).
Inovasi PTAR iaitu Pengurusan Bahan Arkib: Archive Management System (AMS) dan Perkhidmatan Rujukan OKU masing-masing telah diwakili oleh kumpulan Jabatan Arkib Universiti (JAU), PTAR UiTM Shah Alam dan PTAR UiTM cawangan Kedah.
Sejumlah 16 kumpulan mewakili fakulti, jabatan dan cawangan UiTM telah melakukan pembentangan akhir menerusi saluran YouTube InQKA selama dua hari berturut-turut.
Sesi Penilaian Pembentangan Akhir telah dianjurkan bersekali dengan Simposium Kecemerlangan Operasi 2023. Pemenang Kecemerlangan Operasi UiTM 2022 akan diketahui sewaktu program Hari Inovasi UiTM sekitar November 2023.
Taklimat Penggunaan Paper Machine@UiTM di APB, UiTM Shah Alam
SHAH ALAM, 15 Ogos 2023 - Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah diundang untuk mengadakan Taklimat Penggunaan Paper Machine@UiTM bertempat di Makmal Multimedia Akademi Pengajian Bahasa (APB) UiTM Shah Alam.
Seramai 5 orang wakil PTAR diketuai Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Tuan Ts. Hj. Azizi Hj. Jantan telah menyampaikan taklimat penggunaan bermula jam 9:00 pagi. Turut serta dalam pembentangan tersebut ialah Dekan APB Profesor Ts. Dr. Januddin Sardi.
Staf PTAR yang terlibat ialah:
- Dr. Zalifah Haji Awang Zakaria
- Puan Siti Rohayu Mohamad Yusof
- Mohd Hazrul Mohd Hussin
Taklimat penggunaan Paper Machine@UiTM telah berlangsung selama tiga jam dihadapan pensyarah APB seramai 15 orang seperti berikut:
- Prof. Ts. Dr. Janudin Sardi
- Prof. Dr. Anealka Aziz Husin
- Prof. Madya Dr. Nor Fazlin Mohd Ramli
- Prof. Madya Dr. Norhazlina Husin
- Prof. Madya Dr. Faizah Mohamad
- Prof. Madya Dr. Nor Shidrah Md Daud
- Prof. Madya Dr. Aini Akmar Mohd Kasim
- Prof. Madya Dr. Norhayuza Mohamad
- Prof. Madya Dr. Normah Ahmad
- Prof. Madya Dr. Airil Haimi Mohd Adnan
- Dr. Syamimi Turiman
- Dr. Siti Aeisha Joharry
- Dr. Abdul Azim Mohamad Isa
- Dr. Rozaimah Rashidin
- Cik Nadia Anuar



















































