• Perpustakaan Tun Abdul Razak

  • Universiti Teknologi MARA

Thursday, 17 August 2023

Mesyuarat Khas Ts. Haji Azizi Haji Jantan bersama Pustakawan UiTM

SHAH ALAM, 17 Ogos 2023 - Seramai 155 orang Pustakawan UiTM telah hadir ke Mesyuarat Khas bersama Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Tuan Ts. Haji Azizi Haji Jantan yang dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Shah Alam secara dalam talian. 

Dalam mesyuarat khas ini, Tuan Ts. Haji Azizi telah menyampaikan perancangan beliau dalam memperkasa hala tuju Perpustakaan UiTM menjelang tahun 2024. 

Mesyuarat khas yang telah berlangsung selama dua jam telah memperincikan perkara berikut: 

  1. 6 Pillar Globally Respectable 2024. 
    1.         World Class Faculty Members (Academic Staff) 
    2.         Turning Globally Student
    3.         Turning Globally Staff (Non-Academic Staf) 
    4.         Excellent Supporting Staff
    5.         Highly involved industry & community
    6.         Engaging alumni
  2. Paper Machine@UiTM adalah platform digital yang membantu, memudah dan menyedia penulisan penyelidikan. 
  3. Ketua Penyelaras Paper Machine@UiTM di PTAR ialah Dr. Hajah Zalifah Awang Zakaria dengan dibantu oleh Pustakawan Bahagian Sokongan Penyelidikan (BSP). 
  4. Penyelaras Paper Machine@UiTM peringkat PTAR cawangan ialah Ketua Bahagian Perkhidmatan di Perpustakaan UiTM cawangan. 
  5. Format taklimat Paper Machine@UiTM perlu diadakan seperti taklimat yang diadakan                  di Akademi Pengajian Bahasa (APB), Shah Alam iaitu selama 3 jam (1 jam Paper Machine, 1 jam Google Scholar ID/ Scopus/ WoS dan Research Tools, 1 jam Pengkalan Data Dalam Talian langganan PTAR).  
  6. PTAR mengalu-alukan penyumbang template Paper Machine@UiTM. 
  7. Pembangunan 'niche collection' PTAR (PTAR negeri Sembilan-Minangkabau, PTAR Kelantan-Batik, PTAR Terengganu-Songket) adalah selari dengan hasrat pembangunan 'niche collection' universiti. 
  8. Program 'Life-Long-Learning' staf PTAR akan diteruskan seperti format pembelajaran kohort pertama staf PTAR dua tahun lalu.   
Share:

Wednesday, 16 August 2023

Kunjungan Hormat PTAR, Pengerusi ADAB Ke Atas Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM

SHAH ALAM, 16 Ogos 2023 - Seramai empat orang terdiri daripada staf PTAR dan Pengerusi Lembaga Peradaban Melayu (ADAB) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose di Majlis Profesor Negara, Kajang, Selangor. 

Berikut wakil PTAR dan ADAB: 

  1. Tuan Ts. Haji Azizi bin Hj. Jantan - Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan. 
  2. Dato' (Dr.) Ghazali bin Dato' Mohd Yusoff - Pengerusi ADAB
  3. Puan Shahidatul Akhmam binti Rambeli - Timbalan Ketua Pustakawan 
  4. Encik Mohd Khairul Idzwan bin Mohd Saad - Pembantu Pustakawan Tertinggi 

Kunjungan Hormat bertujuan mewujudkan kerjasama dan hala tuju strategik bersama ADAB berkaitan  perkara berikut: 

  1. Koleksi Datuk Mohd Yusoff bin Ahmad
  2. Kerjasama dalam International Conference Malay-Polynesia 2024 anjuran bersama The World Melayu-Polynesia Organization (WMPO) dan Nusantara Technologies Sdn. Bhd. 
  3. Pembangunan koleksi Minangkabau di Perpustakaan UiTM cawangan Negeri Sembilan. 
  4. Pembangunan koleksi Wali Songo di Perpustakaan UiTM cawangan Sarawak. 


Share:

Friday, 11 August 2023

Penjurian Pertandingan Seni Khat Jawi



SHAH ALAM, 7 Ogos 2023 - Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam dan Dewan Bahawa telah mengadakan  penjurian terhadap hasil karya khat 37 orang peserta pertandingan Seni Khat Jawi. 

Sesi penjurian telah diadakan di Bilik Seminar, PTAR berlangsung hampir tiga jam bagi mencari pemenang Seni Khat Jawi berdasarkan hasil karya khat dan rakaman video penulisan khat oleh peserta. 

Berikut ialah juri pertandingan Seni Khat Jawi: 

  1. Encik Abdul Wahab Khalid 
  2. Encik Mat Yusof Abd Rahman 
  3. Encik Muhd Faizul Azmir Hj. Ramli 

Pertandingan yang menawarkan 13 orang pemenang tulisan khat Jawi telah dibuka penyertaannya pada 16 Julai hingga 31 Julai 2023 khusus golongan mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di negara ini. 

Pihak urusetia akan menghubungi peserta yang berjaya manakala pemenang utama akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM800.00. 
















Share:

Thursday, 10 August 2023

Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh bagi Program Sarjana Muda Sains Ukur dan Geomatik (Kepujian)


SHAH ALAM, 8 Ogos 2023 - Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam telah menerima kumpulan pelawat bagi penilaian akreditasi penuh program Sarjana Muda Sains Ukur dan Geomatik (Kepujian). 

Panel penilai akreditasi adalah seperti berikut: 

  1. Dr. Norhadija binti Darwin - Wakil Akademik (Ketua)
  2. Sr. Mohd Farid Al Azmi bin Ishak - Wakil JUPEM
  3. Puan Rohaidah binti Kadir - Wakil MQA KPT









Share:

Perjumpaan Majlis Bersama Kebangsaan Bagi Pekerja-Pekerja Am Dalam Kumpulan Pelaksana (MBK Am) di PTAR

SHAH ALAM, 10 Ogos 2023 - Majlis Bersama Kebangsaan Bagi Pekerja-Pekerja Am Dalam Kumpulan Pelaksana (MBK Am) telah mengadakan perjumpaan di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam.

Dengan diiringi oleh Pembantu Pustakawan Tertinggi Encik Mohd Khairul Idzwan Mohd Saad, Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan PTAR Tuan Ts. Hj. Azizi Haji Jantan telah sudi meluangkan masa bertemu Pengerusi Majlis Bersama Kebangsaan Bagi Pekerja-Pekerja Am Dalam Kumpulan Pelaksana (MBK Am) YBrs. Encik Hasmi Hamidan, Setiausaha Kewangan Encik Azhar Abdul Shukor dan Naib Presiden Klasifikasi Pertanian Encik Rosedan Mat Ami. 




Share:

Staf PTAR dirai sempena Istiadat Konvokesyen UiTM ke-97



SHAH ALAM, 10 Ogos 2023: Seramai lima orang staf Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah berjaya menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan telah diraikan dalam Istiadat Konvokesyen UiTM ke-97 yang diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC). 

Berikut ialah senarai graduan PTAR: 

Sarjana Sains Pengurusan Maklumat (IM770): 

  1. Ahmad Faizar bin Jaafar
  2. Asmah binti Sabtu 
  3. Norazlin binti Mohd Yusof
  4. Mohd Fahizan Hamid

Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan (IM244):

  1. Muhamad Azrin bin Ismail
Kejayaan menamatkan pengajian di peringkat siswazah dan pasca siswazah didorong oleh keinginan untuk menambah ilmu disamping sokongan organisasi terhadap konsep pembelajaran sepanjang hayat. 

Konvokesyen UiTM ke-97 sidang ke-10 berlangsung pada pagi Khamis telah menyaksikan seramai 1,137 orang graduan Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik menerima sijil yang disampaikan oleh Pro-Canselor UiTM YBhg. Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Sallehuddin Mohamed. 

Kumpulan staf PTAR yang menamatkan pengajian Ijazah Sarjana merupakan kumpulan pertama seramai sepuluh orang yang mengikuti program kerjasama PTAR dan Pusat Pengajian Pengurusan Maklumat sesi akademik September 2019. 

Sejumlah 35,069 orang graduan peringkat Diploma hingga Doktor Falsafah menerima ijazah sempena Istiadat Konvokesyen UiTM ke-97 di tiga lokasi seperti berikut: 
  1. UiTM Shah Alam pada 5hb Ogos hingga 26hb Ogos 2023 melibatkan 31,689 orang graduan. 
  2. UiTM cawangan Sabah pada 6hb September hingga 8hb September 2023 melibatkan 1,262 orang graduan
  3. UiTM cawangan Sarawak pada 13hb September hingga 15hb September melibatkan 2,118 orang graduan. 
Pecahan graduan mengikut peringkat pengajian ialah seperti berikut: 
  1. Ijazah Doktor Falsafah - 176 orang graduan 
  2. Ijazah Sarjana - 1,292 orang graduan
  3. Diploma Lepasan Ijazah - 99 orang graduan 
  4. Ijazah Sarjana Muda - 12,894 orang graduan
  5. Profesional - 61 orang graduan 
  6. Diploma - 20,457 orang graduan 

Pantun daripada KDYMM SPB Tuanku Canselor UiTM: 

Dari Pekan ke Titiwangsa, 
Datang bersama kawan dan rakan, 
Graduan UiTM permata bangsa, 
Harapan negara di masa hadapan.

Orang ke sungai menebar jala, 
Banyak mendapat ikan sembilang,
Pesanan terakhir sebagai Canselor,
Julanglah martabat bangsa terbilang.


Siapakah Penerima Skrol ke Sejuta UiTM? Sama-sama kita nantikan sepanjang istiadat konvokesyen ke-97. 






Share:

Labels

Total Pageviews