• Perpustakaan Tun Abdul Razak

  • Universiti Teknologi MARA

Tuesday, 25 July 2023

Komitmen PTAR Terhadap Perkhidmatan Perpustakaan di INTEC


Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah melakukan lawatan balas ke atas Pengurusan Eksekutif INTEC Education College  seperti ketetapan berikut: 

Tarikh: 25 Julai 2023 (Selasa) 
Masa: 10:00 pagi hingga 12:00 tengah hari
Tempat: Pejabat Ketua Eksekutif INTEC 

Wakil PTAR: 

    1. Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan - Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan
    2. Pn. Nurul Aida Noor Azizi - Ketua Unit Pembangunan Bakat
    3. Pn. Wan Izzatul Wan Fahrah - Ketua Bahagian Aplikasi & Sistem Perpustakaan
    4. En. Mohd Khairul Idzwan Mohd Saad - Pembantu Pustakawan Tertinggi Unit Perhubungan Awam

 Wakil INTEC: 

    1. Prof. Dr. Roshayani Dato’ Arshad - Ketua Eksekutif INTEC Education College
    2. Dr. Nor Bahiyah Omar - Direktor, Professional Accountancy Centre (PAC)
    3. Prof. Dr. Ruhaini Muda - Ketua Pegawai Tadbir INTEC Education College
    4. Noor Fairuz Ibrahim - Ketua Strategi Korporat & Pembangunan Perniagaan
    5. Saiful Hawari Kamal - Pengurus Unit Teknologi Maklumat (IITU)
    6. Pn. Marzatul Azna Mohamad Nor - Pengurus Perpustakaan INTEC
    7. Cik Nur Yasmin Abdul Basir - Eksekutif Perpustakaan INTEC
    8. Mohd Airwan Miskun - Pembantu Administrasi Perpustakaan INTEC

Tujuan utama lawatan balas adalah untuk membincangkan perkembangan dan 'way forward' susulan lawatan INTEC ke PTAR pada 27 Jun 2023. 

Lawatan balas ini berakhir dengan Puan Marzatul Azna membawa melawat sekitar bangunan Perpustakaan INTEC. 









 
Share:

Monday, 24 July 2023

Bibliometrik? Bukan rahsia lagi.


Bibliometrik ialah satu kaedah pengukuran secara statistik bagi menganalisa buku, artikel dan lain-lain penerbitan yang dipetik dalam sesuatu penerbitan saintifik. 

Umumnya, analisa bibliometrik menggunakan data bibliografi yang terkandung dalam sesebuah penerbitan seperti nama penulis, institusi, subjek dan negara. 

Matlamat utama analisa bibliometrik ialah untuk mengkaji perkembangan atau trend sesuatu bidang bagi penghasilan penulisan. 

Kemahiran bibliometrik amat berguna buat penyelidik lebih memahami bidang masing-masing, penghasilan penyelidikan baharu, perkongsian pengetahuan dan seterusnya ke arah penciptaan pengetahuan. 

Malah, peranan yang lebih besar harus dilakukan oleh Pustakawan sebagai pengurus maklumat bagi menyokong gerakan penyelidikan di peringkat institusi pendidikan. Sebagai contoh khidmat nasihat trend penerbitan mengikut bidang atau menghasilkan laporan impak penerbitan. 

Hampir 100 orang Pustakawan dan Pembantu Pustakawan seluruh cawangan UiTM telah mengikuti webinar Bibliometrics: Revealing the secrets yang telah diadakan pada 24 Julai 2023 jam 9:00 pagi. 

Webinar anjuran Unit Pembangunan Bakat, PTAR Shah Alam telah menampilkan Pustakawan Kanan UiTM cawangan Kelantan Dr. Muslim Ismail dan Timbalan Ketua Pustakawan Dr. Hajah Zalifah Awang Zakaria 'membuka rahsia' ke arah kemahiran bibliometrik. 


Share:

Friday, 21 July 2023

Lawatan Chaohu University, China


Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menerima kunjungan dari Chaohu University, China melalui Majlis Profesor Negara seperti butiran berikut: 

Tarikh: 21 Julai 2023 (Jumaat) 
Masa: 11:00 pagi 
Bilangan Pelawat: 21 orang (20 orang pelajar dan 1 orang juruiring) 

Encik Mohd Khairul Idzwan bin Mohd Saad, Bahagian Korporat & Kolaborasi PTAR telah mengiringi lawatan pelajar di dalam PTAR.  








Share:

Bengkel Meja Bulat Bersama Alumni Pusat Pengajian Sains Maklumat

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam telah diundang untuk menghadiri Bengkel Meja Bulat Bersama Alumni Pusat Pengajian Sains Maklumat (PPSM) anjuran Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik & Matematik (KPPIM) seperti butiran berikut: 

Tarikh: 12 Julai 2023 (Rabu) 
Tempat: Bilik Seminar, PPSM, UiTM Kampus Puncak Perdana
Wakil PTAR: Tuan Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan 
Agenda:
  • Mengumpul maklumbalas pihak industri berkaitan program akademik bidang Pengurusan Perpustakaan peringkat Ijazah Sarjana dan Sarjana 


Share:

Majlis Peluncuran Buku Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam telah diundang ke Majlis Peluncuran Buku Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi berjudul Sang Pelita Umat seperti butiran berikut: 

Tarikh: 11 Julai 2023
Masa: 4:00 petang 
Tempat: 10, Lanai Kijang, Pekarangan Tun Ismail, Kuala Lumpur
Wakil PTAR: 

  1. Tuan Ts. Hj. Azizi Hj. Jantan 
  2. Puan Aznur Umiza Abu Kasim 

          Penganjur: Darul Fikir dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 

Majlis peluncuran buku autobiografi ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim.   






Share:

Mesyuarat Jawatankuasa Ketua Pustakawan Universiti Awam

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM telah menghadiri ke Bengkel Way Forward Perpustakaan Universiti Awam sempena Mesyuarat Jawatankuasa Ketua Pustakawan Universiti Awam (JKPUA) bil. 2/2023 seperti butiran berikut: 

Tarikh: 17 hingga 18 Julai 2023 (Isnin-Selasa) 
Masa: 10:00 pagi hingga 5:00 petang 
Tempat: Bilik Mesyuarat PHS1, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, Penang
Agenda: National Digital Library Framework  (NDL Framework) 
Kehadiran Perpustakaan UiTM : 

    1. Tuan Ts Hj. Azizi bin Hj. Jantan (Menjalankan Fungsi Ketua Pustakawan)
    2. Hj. Ahmad Faizar bin Jaafar  (Ketua Perpustakaan UiTM Cawangan Pulau Pinang)


Share:

Thursday, 20 July 2023

Majlis Penyampaian Insentif SPM 2022 Anjuran MITASA Di PTAR UiTM Shah Alam

Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA) telah menganjurkan Majlis Penyampaian Insentif SPM 2022 Bagi Anak-Anak Ahli MITASA bertempat di Library Community Engagement (LCE) Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam seperti butiran berikut: 

Tarikh: 20 Julai 2023 (Khamis) 
Masa: 9:00 pagi hingga 11:00 pagi 

Selain mengalu-alukan kehadiran penerima insentif SPM 2022, Presiden MITASA Encik Ahmad Faizal Mohamed Fiah dalam ucapannya menyebut bahawa PTAR telah menjadi imej UiTM sehingga dikenali oleh masyarakat luar. 

Tambah beliau, bakal mahasiswa UiTM seharusnya mengenali PTAR dengan lebih baik dan menggunakan segala sumber maklumat yang terkandung didalamnya. 

Dalam majlis ini, seramai 11 orang pelajar lepasan SPM 2022 telah menerima insentif yang disampaikan oleh Presiden MITASA dengan diiringi Timbalan Ketua Pustakawan Kanan Puan Hani Liza Norfin.  















Share:

Labels

Total Pageviews