• Perpustakaan Tun Abdul Razak

  • Universiti Teknologi MARA

Tuesday, 7 March 2023

Majlis Penutupan Program Kerjaya Graduan anjuran PTAR dan PERKESO negeri Selangor


Shah Alam, 24 Februari - Program Kerjaya Graduan telah berakhir dengan seramai 57 orang telah berjaya mengisi kekosongan jawatan manakala seramai 188 orang akan menjalani temuduga kedua. 

Majlis Penutupan Program Kerjaya Graduan telah disempurnakan oleh Naib Canselor UiTM YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan syabas atas penganjuran Program Kerjaya Graduan yang ternyata memberi manfaat buat komuniti di Shah Alam. Tambah beliau lagi, usaha ini bertepatan dengan Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan 2021 hingga 2025 yang menyokong penglibatan universiti, industri dan komuniti dalam penganjuran program dan aktiviti. 

Ketua Pustakawan UiTM Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman dalam ucapan alu-aluannya menyatakan bahawa perpustakaan sebagai satelit hub maklumat universiti sentiasa bersedia menyalurkan maklumat-maklumat semasa yang menyumbang kepada pengayaan maklumat warga UiTM dan komuniti sekitarnya. Beliau yakin bahawa penganjuran Program Kerjaya Graduan ini menepati fungsi perpustakaan dan halatuju universiti.  

Turut hadir di majlis ini ialah Pengarah PERKESO negeri Selangor YBrs. Encik Ismail bin Abi Hashim, Presiden Majlis Belia negeri Selangor YB.  Dato' Mohd Imran Tamrin dan Pengarah Pusat Kerjaya dan Kaunseling Puan Wan Noraini Wan Yusoff. 

Program anjuran bersama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan PERKESO negeri Selangor ini telah berjaya menarik kehadiran seramai 253 orang belia sekitar Shah Alam. 

Sejumlah 20 buah syarikat daripada pelbagai bidang pekerjaan telah menyertai program yang berlangsung selama 3 hari ini. Antara bidang pekerjaan yang menjadi tumpuan pencari kerja ialah automotif, siber sekuriti, perkhidmatan pembersihan dan teknologi maklumat. Tidak ketinggalan bidang kulinari dan hartanah turut menjadi pilihan pengunjung Program Kerjaya Graduan. 

Senarai syarikat yang menyertai program ini adalah seperti berikut: 

  1. 99 Speedmart Sdn Bhd
  2. ADK Solution Sdn Bhd
  3. Aircon Hero Sdn Bhd
  4. Bangi Resort Hotel Sdn Bhd
  5. BWY Holdings Sdn Bhd
  6. Chugai (M) Sdn Bhd
  7. Cyberview Lodge Sdn Bhd
  8. Datasonic Group Berhad
  9. Facexpro Sdn Bhd
  10. Finexus Sdn Bhd
  11. KL Airport Hotels Sdn. Bhd. (Sama-Sama Hotel KLIA)
  12. KPMG PLT
  13. LTTH PLT
  14. Malaysia Automotive Robotics And Iot Institute (MARii)
  15. MyTeksi Sdn. Bhd.
  16. Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON Shah Alam)
  17. Pizza Hut Restaurant Sdn Bhd
  18. Siti Corporate Management Sdn Bhd
  19. UMW Corporation Sdn Bhd
  20. Weng Meng Industries Sdn Bhd
as   Program yang julung kalinya diadakan di PTAR ini turut disertai dengan Program Live @ PTAR  yang telah mendapat jumlah tontonan sehingga hari ini melebihi 800 orang penonton. Topik-topik yang menjadi pilihan sepanjang program ini ialah seperti berikut: 
  1.       Keusahawanan Kerjaya Pilihan 
  2.       Skim Bencana Kerja PERKESO 
  3.       Sistem Insurans Pekerjaan
  4.       Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR). 
Penganjuran Program Kerjaya Graduan ini telah mencapai objektifnya iaitu menghubungkan maklumat antara majikan dan pencari kerja di bawah satu bumbung (one stop centre) buat komuniti di Shah Alam. 
    
Naib Canselor UiTM menyempurnakan Majlis Penutupan Program Kerjaya Graduan 

                                    Naib Canselor UiTM (kiri) di booth PROTON

 Naib Canselor UiTM Bhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor (kiri) menyerahkan kad Ahli Luar PTAR kepada Presiden Majlis Belia negeri Selangor YB.  Dato' Mohd Imran Tamrin. 

Ketua Pustakawan UiTM (duduk, kiri) sewaktu Majlis Penutupan Program Kerjaya Graduan 

Pengarah PERKESO negeri Selangor YBrs. Encik Ismail bin Abi Hashim (kiri) dan Ts. Haji Azizi bin Jantan (kanan) sewaktu mengiring lawatan Naib Canselor UiTM di kaunter industri. 

Golongan belia sedang menunggu giliran sesi temubual bersama industri. 

Ketua Pustakawan UiTM (kanan) beramah mesra bersama industri

as
a


Share:

Sunday, 5 March 2023

Kemahiran Bibliometrik antara resolusi ACALIS 2023


Bandar Enstek, Nilai, 28 Februari 2023 – Kemahiran bibliometrik dan garis panduan kolaborasi adalah resolusi yang perlu diberi perhatian oleh Pustakawan UiTM yang menghadiri Academic Librarian Seminar 2023 atau ACALIS 2023. Selain itu, aktiviti inovasi dan perkongsian amalan terbaik Pengurusan Rekod dan Arkib merupakan resolusi lain yang terus diberi keutamaan dalam mengurus perpustakaan akademik.

ACALIS 2023 telah dirasmikan oleh YBhg. Naib Canselor UiTM YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Hjh. Roziah Mohd Janor. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan perpustakaan sebagai organisasi penting dalam sebuah Universiti. Lantaran itu, beliau sentiasa menyeru agar warga UiTM menjadikan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) sebagai ‘rakan karib’ yang menyokong ke arah pengembangan ilmu universiti. Tambah beliau lagi, kepakaran yang dimiliki oleh profesional maklumat PTAR seharusnya dijadikan rujukan dan pemudahcara dalam aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.

Setiausaha IFLA Asia Oceania Regional YBhg. Dr. Nor Edzan Che Nasir telah menyatakan bahawa fungsi asas Pustakawan adalah tidak berubah walaupun persekitaran maklumat mengalami perubahan yang sangat ketara. Menurut beliau, fungsi asas tersebut iaitu sebagai sistem sokongan terhadap pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan universiti harus ditambah nilai dengan peranan semasa seperti berikut: 

1. Perkongsian sumber. 

2. Perkongsian pengetahuan. 

3. Pembudayaan ilmu. 

4. Pemeliharaan (maklumat). 

5. Penyebaran maklumat. 

6. Pengaksesan maklumat untuk semua rakyat Malaysia. 

7. Perakuan. 

8. Komunikasi dan kolaborasi.   

Seminar yang diadakan di Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD), UiTM telah berjaya menghasilkan 21 resolusi yang terhasil daripada dua aktiviti utama iaitu Pocket Meeting dan pembentangan kertas kerja.  

Kesemua resolusi tersebut adalah seperti berikut; 

1. Penglibatan pelajar dalam aktiviti/ program dan perkhidmatan perpustakaan untuk melahirkan Future Librarian. 

2. Modul Pelajar Latihan Industri (PLI) secara berstruktur perlu dibangunkan untuk memastikan PLI menerima pengalaman dan amali yang menepati standard pasaran kerja terkini. 

3. Laporan perkhidmatan perpustakaan perlu dibentangkan sebagai agenda perpustakaan di dalam mesyuarat peringkat eksekutif universiti/ JKEN UiTM cawangan. 

4. Kemahiran bibliometrik melalui Talent Pool PTAR akan melahirkan kepakaran pustakawan dalam penyediaan laporan bibliometrik yang akan membantu peningkatan  penerbitan universiti. 

5. Satu pentadbir PTJ menghasilkan satu produk/ system/ inovasi/ KIK/ Kecemerlangan Operasi atau SOP bertaraf global agar staf bukan akademik dan pelaksana dapat meningkatkan tahap kebolehpasaran mereka. 

6. Keahlian Luar perpustakaan perlu memfokuskan kepada alumni UiTM. 

7. Garis panduan kolaborasi Perpustakaan UiTM perlu disediakan agar menjadi panduan dalam melaksanakan kolaborasi perpustakaan dengan pihak luar. 

8. Menyertai program kepimpinan untuk melahirkan Persona Leadership yang akan menerajui halatuju dan projek inisiatif Perpustakaan UiTM. 

9. Koleksi  Final Year Project (FYP) dimuatnaik ke dalam MyKM bagi memenuhi keperluan pelajar bagi bahan rujukan tesis teks penuh. 

10. Penyeragaman rekod pengunjung fizikal perpustakaan dengan membangunkan sistem secara in-house menggunakan kepakaran dalaman perpustakaan. 

11. Menambah features MyArticle dan UiTM Expert link di dalam Mobile Apps yang menjadi keperluan Staf Akademik Universiti. 

12. Ruang-ruang Perpustakaan UiTM perlu dimanfaatkan sebagai sewaan ruang kepada pihak luar yang akan menyumbang kepada inisiatif penjanaan. 

13. Mengadakan sesi perkongsian amalan terbaik Pengurusan Rekod dan Arkib kepada semua PTJ UiTM dan universiti awam. 

14. Garis panduan pemilihan vcendor disediakan sebagai panduan dalam pengurusan perolehan bahan rujukan universiti. 

15. Penggunaan bahan bercetak melalui kolaborasi dengan  pihak berkepentingan dan mempromosikan  perkhidmatan pinjaman bahan berkelompok (Bulk Loan). 

16. Memantapkan pembangunan bahan rujukan universiti dan pemilikan bahan silibus melalui kolaborasi bersama Unit Hal Ehwal Kurikulum (UHEK). 

17. Students associations is a good platform for librarian to advocate good leadership mentoring skills. 18. In order to be seen, the library must engage with the user. Currently, we live in a digital age, and the current generation is particularly interested of social media. 

19. To ensure that the library roles are in line with the current environment, professional librarians need to strengthen their own competencies especially in the digital field. 

20. In order to overcome the issues in resource distribution in the library, librarians need to be knowledgeable in information literacy so that they can lead customers to the appropriate material. 

21. The library should aggressively work with other specialists in a variety of subjects to provide the highest quality outcomes.

Menepati matlamat penganjurannya iaitu sebagai platform perkongsian hasil penulisan penyelidikan dan pengetahuan, sejumlah 15 kertas kerja telah dibentangkan oleh 15 orang pembentang yang terdiri daripada Pustakawan dan Pensyarah UiTM.

Seminar ACALIS 2023 telah berlangsung selama 3 hari bermula 26 Februari 2023 hingga 28 Februari 2023 dan berjaya menghimpunkan seramai 156 orang peserta.  

Peserta seminar ACALIS 2023

Profesor Datuk Ts. Dr. Hjh. Roziah Mohd Janor

Dari kiri: Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan, Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman dan Ts. Mohamad Hamidi bin Mohd Jais

Dr. Nor Edzan Che Nasir

Share:

Friday, 17 February 2023

CTWR 2023 Bersiaran Di Ruang Media, PTAR Shah Alam

 

Shah Alam, 16 Februari 2023 - Coffee Talk With Rozie (CTWR) tahun 2023 telah membuka tirainya  apabila buat pertama kali telah bersiaran secara langsung di Ruang Media, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Shah Alam. 

CTWR merupakan sebuah  rancangan bual bicara informasi yang dihoskan oleh Naib Canselor UiTM Prof. Ts. Datuk Dr. Roziah Mohd Janor, 

Program CTWR kali ini telah mengundang Penolong Naib Canselor (Strategi) Prof. Ts. Dr. Nor Hayati Saad bagi mengupas lebih lanjut berkenaan topik "The Next Chapter: UiTM in Pursuit of Becoming a Globally Marketable University in 2023". 

Sebagai peneraju Bahagian Transformasi Universiti (BTU), Prof. Ts. Dr. Nor Hayati telah menerangkan secara ringkas dan padat tentang peranan BTU sebagai bahagian yang mengurus dan memantau Pelan Strategik UiTM 2025 keseluruhannya. 

Pelan Strategik UiTM 2025 yang telah dilancarkan pada 6 Februari 2020 bermatlamat menjadikan UiTM sebagai Universiti Tersohor tahun 2025. Justeru, peranan BTU amat penting bagi memudahcara Pengarah Peneraju Universiti menggerakkan Petunjuk  Prestasi Utama (Key Perfomance Indicator-KPI) dan Petunjuk Prestasi (Performance Indicator-PI) di setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) universiti. 

Terdapat  50 PTJ yang terdiri daripada 23 fakulti dan kolej pengajian, 13 kampus negeri dan 14 Pusat Kecemerlangan (Centres of Excellence-COE) terlibat secara langsung dalam menggerakkan KPI dan PI universiti. 

Tambah Prof. Ts. Dr. Nor Hayati lagi, setiap warga universiti mempunyai fungsi masing-masing berpandukan misi dan visi universiti. Projek-projek inisiatif yang bersasar telah dirancang, dinilai dan digerakkan bersama-sama PTJ yang terlibat. Agihan sasaran pencapaian ialah berdasarkan formula kekuatan PTJ dan polisi semasa disamping sesi libat urus, komunikasi yang berkesan  dan  sokongan berterusan agar matlamat utama universiti tercapai. 

Banyak lagi perkongsian menarik oleh Prof. Ts. Dr. Nor Hayati termasuklah strategi BTU mengurus dan menggerakkan keseluruhan PTJ, pengurusan data penting universiti, penghasilan pelaporan pencapaian universiti, pencapaian UiTM tahun 2022, fokus tahun 2023, perancangan BTU dan tindakan penambahbaikan yang harus difahami oleh seluruh warga UiTM.     

Program CTWR turut menayangkan montaj aktiviti-aktiviti berimpak UiTM di seluruh negara. Pada siaran kali ini, CTWR telah menayangkan aktiviti UiTM cawangan Kelantan iaitu Ladang Nenas Bukit Ilmu dan produk Batik Kemuning. Selain itu, montaj UiTM Gifts oleh Pejabat Naib Canselor dan perkhidmatan digital Better Talk oleh Pusat Kerjaya & Kaunseling UiTM turut dipaparkan sebagai kandungan CTWR kali ini. 

Seterusnya, CTWR telah mengundang Worlds Most Highly Cited Researcher for Five Consecutive Years Prof. Dr. Biswajeet Pradhan. Beliau merupakan founding director of Centre for Advanced Modelling and Geo-spatial Information Systems (CAMGIS) di University of Technology Sydney, Australia. Mempunyai latarbelakang yang amat menarik dalam penyelidikan dan penerbitan, Prof. Dr. Biswajeet telah berkongsi pandangan beliau tentang penyelidikan Geospatial, pengurusan masa sebagai penyelidik dan pensyarah dan pandangan peribadi beliau mengenai UiTM. 

Buku CTWR 2022 berjudul Coffee Talk With Rozie at the Forefront of Internalising the Global Goals turut dilancarkan oleh Naib Canselor UiTM. Kandungan utama buku ini ialah tentang isu SDG yang dibicarakan pada 12 episod CTWR tahun lalu. Buku CTWR ini akan diedarkan secara fizikal kepada semua PTJ UiTM disamping boleh dilayari secara digital. Beliau turut mengumumkan lima naskhah buku CTWR akan diserah kepada PTAR selepas tamat siaran langsung CTWR pada hari ini. 

Sebelum CTWR berakhir, Naib Canselor UiTM telah merakamkan ucapan tahniah buat PTAR atas pencapaian Top 60 Ranking Web Of Repositories bagi edisi ke-15 Transparent Ranking Institutional Repositories oleh Google Scholar. 

Untuk tidak melepaskan peluang, Prof. Ts. Datuk Dr. Roziah telah menandatangani plak program CTWR episod 1/2023 di Ruang Media, PTAR Shah Alam sebagai tanda kenang-kenangan. Program CTWR kali ini turut merekodkan jumlah tontonan tertinggi sehingga 1,100 orang penonton semasa program ini berlangsung.   

Warga PTAR amat berbesar hati dan merakamkan setinggi penghargaan atas sokongan Naib Canselor UiTM terhadap PTAR selama ini. 




Prof. Datuk  Ts. Dr. Roziah sewaktu menandatangani plak program CTWR episod 1/2023. 

Penolong Naib Canselor (Strategi) Prof. Ts. Dr. Nor Hayati Saad (kanan).

Pencapaian PTAR dalam Top 60 Ranking Web Of Repositories.

Buku Coffee Talk With Rozie at the Forefront of Internalising the Global Goals.

Prof. Dr. Biswajeet Pradhan.
Share:

Wednesday, 15 February 2023

Pelajar Istimewa Jalani Latihan Industri di PTAR

 


Shah Alam, 14 Februari 2023 - Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) amat berbangga apabila menerima kehadiran dua orang pelajar Latihan Industri dimana salah seorang daripadanya ialah Orang Kurang Upaya (OKU) kategori Pendengaran.    

Saudari Filzah Izzny binti Firdaus dan Saudari Hazizah binti Hassan merupakan pelajar semester 3, Diploma Pengurusan Maklumat, Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM cawangan Kedah. Kedua-duanya akan memperoleh pengalaman tentang tugas-tugas di perpustakaan akademik selama 29 hari bermula 13 Februari 2023. 

Sejumlah sepuluh lokasi melibatkan jabatan, bahagian dan unit di PTAR akan secara bergilir-gilir menerima kehadiran pelajar ini. Antara aktiviti yang akan dilalui oleh pelajar ini antaranya program  siaran langsung, perolehan bahan sumber elektronik, perkhidmatan perpustakaan, penyelidikan dan literasi maklumat, perpustakaan digital, pengurusan rekod dan perpustakaan fakulti. 

Di akhir tempoh latihan industri pada 24 Mac 2023, kedua-dua pelajar ini akan melapor dan membentang pengalaman pembelajaran yang diperoleh di PTAR. 

Dengan kehadiran kumpulan pertama pelajar Latihan Industri di PTAR bagi tahun 2023 ini akan memperkukuh aspek kemudahan golongan OKU di PTAR yang telah bermula sejak awal tahun 2022. 

PTAR turut merakamkan setinggi penghargaan buat Pengarah Unit Perkhidmatan OKU UiTM (UPO UiTM) Ts. Dr. Roslinda Alias di atas kesudian perkongsian aplikasi Live Transcribe. 

Saudari Filzah Izzny binti Firdaus (kiri) dan saudari Hazizah binti Hassan

Ts. Dr. Roslinda Alias (kiri) sedang berinteraksi bersama saudari Hazizah binti Hassan sambil disaksikan oleh Ketua Timbalan Pustakawan Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan. 


Share:

Tuesday, 14 February 2023

Lebih 5,000 Peluang Kerjaya di Program Kerjaya Graduan UiTM


Shah Alam, 14 Februari 2023 - Warga Shah Alam khususnya golongan belia diundang ke Program Kerjaya Graduan UiTM yang akan diadakan di Library Community Engagement, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam.

Program anjuran bersama PTAR dan PERKESO Negeri Selangor ini akan diadakan selama tiga hari bermula hari Selasa 21 Februari 2023 hingga hari Khamis 23 Februari 2023 dari jam 9:00 pagi hingga 4:00 petang.

Sejumlah 5,353 peluang pekerjaaan ditawarkan oleh tujuh belas industri pelbagai bidang antaranya Proton, UMW, Gamuda IBS, 99 Speedmart, Pizza Hut, Cyberview Resort & Spa dan FACEXPRO.

Individu turut berpeluang menyertai taklimat bersama PERKESO terutama kemudahan caruman Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang baru dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 11 Februari 2023.

Agensi perbankan Maybank turut membuka kaunter buat orang ramai memperoleh maklumat tentang pelbagai perkhidmatan kewangan semasa. Gerai-gerai jualan makanan dan minuman turut disedia sebagai kemudahan buat orang ramai hadir ke program ini nanti.

Demi kelancaran proses pencarian pekerjaan, golongan belia perlu mengisi borang pra-pendaftaran menerusi dua pautan berikut: 1.Warga UiTM . 2. Bukan Warga UiTM

Maklumat terkini dan pertanyaan lanjut berkaitan program Kerjaya Graduan UiTM boleh diperoleh di media sosial rasmi PTAR: Portal , Facebook , Twitter dan Whatsapp (03-5521 1704/ 011-2092 8005). 



 

Share:

Sunday, 12 February 2023

Program UiTM's Embracing Challenge: A Globally Marketable University di Melaka

 

Hari terakhir program 11 Feb 2023 bagi sesi Pocket Meeting Bersama Pentadbir Universiti


Bersama team Bahagian Transformasi Universiti (BTU) di kaunter pelanggan


Bersama Prof Madya Dr. Aida , Dekan Fakulti Pergigian bertanya tentang perkhidmatan Perpustakaan


Pengenalan dan Penghargaan oleh Naib Canselor UiTM kepada pembangun platform Paper Machine
 



Pembentangan Projek Paper Machine kepada Naib Canselor UiTM YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor

Pembentangan Pencapaian KPI dan PI Quarter 4 Tahun 2022


Share:

Friday, 10 February 2023

Persediaan Program Kerjaya Graduan

 



Share:

Labels

Total Pageviews