Tuesday 7 March 2023

Majlis Penutupan Program Kerjaya Graduan anjuran PTAR dan PERKESO negeri Selangor


Shah Alam, 24 Februari - Program Kerjaya Graduan telah berakhir dengan seramai 57 orang telah berjaya mengisi kekosongan jawatan manakala seramai 188 orang akan menjalani temuduga kedua. 

Majlis Penutupan Program Kerjaya Graduan telah disempurnakan oleh Naib Canselor UiTM YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan syabas atas penganjuran Program Kerjaya Graduan yang ternyata memberi manfaat buat komuniti di Shah Alam. Tambah beliau lagi, usaha ini bertepatan dengan Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan 2021 hingga 2025 yang menyokong penglibatan universiti, industri dan komuniti dalam penganjuran program dan aktiviti. 

Ketua Pustakawan UiTM Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman dalam ucapan alu-aluannya menyatakan bahawa perpustakaan sebagai satelit hub maklumat universiti sentiasa bersedia menyalurkan maklumat-maklumat semasa yang menyumbang kepada pengayaan maklumat warga UiTM dan komuniti sekitarnya. Beliau yakin bahawa penganjuran Program Kerjaya Graduan ini menepati fungsi perpustakaan dan halatuju universiti.  

Turut hadir di majlis ini ialah Pengarah PERKESO negeri Selangor YBrs. Encik Ismail bin Abi Hashim, Presiden Majlis Belia negeri Selangor YB.  Dato' Mohd Imran Tamrin dan Pengarah Pusat Kerjaya dan Kaunseling Puan Wan Noraini Wan Yusoff. 

Program anjuran bersama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan PERKESO negeri Selangor ini telah berjaya menarik kehadiran seramai 253 orang belia sekitar Shah Alam. 

Sejumlah 20 buah syarikat daripada pelbagai bidang pekerjaan telah menyertai program yang berlangsung selama 3 hari ini. Antara bidang pekerjaan yang menjadi tumpuan pencari kerja ialah automotif, siber sekuriti, perkhidmatan pembersihan dan teknologi maklumat. Tidak ketinggalan bidang kulinari dan hartanah turut menjadi pilihan pengunjung Program Kerjaya Graduan. 

Senarai syarikat yang menyertai program ini adalah seperti berikut: 

  1. 99 Speedmart Sdn Bhd
  2. ADK Solution Sdn Bhd
  3. Aircon Hero Sdn Bhd
  4. Bangi Resort Hotel Sdn Bhd
  5. BWY Holdings Sdn Bhd
  6. Chugai (M) Sdn Bhd
  7. Cyberview Lodge Sdn Bhd
  8. Datasonic Group Berhad
  9. Facexpro Sdn Bhd
  10. Finexus Sdn Bhd
  11. KL Airport Hotels Sdn. Bhd. (Sama-Sama Hotel KLIA)
  12. KPMG PLT
  13. LTTH PLT
  14. Malaysia Automotive Robotics And Iot Institute (MARii)
  15. MyTeksi Sdn. Bhd.
  16. Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON Shah Alam)
  17. Pizza Hut Restaurant Sdn Bhd
  18. Siti Corporate Management Sdn Bhd
  19. UMW Corporation Sdn Bhd
  20. Weng Meng Industries Sdn Bhd
as   Program yang julung kalinya diadakan di PTAR ini turut disertai dengan Program Live @ PTAR  yang telah mendapat jumlah tontonan sehingga hari ini melebihi 800 orang penonton. Topik-topik yang menjadi pilihan sepanjang program ini ialah seperti berikut: 
  1.       Keusahawanan Kerjaya Pilihan 
  2.       Skim Bencana Kerja PERKESO 
  3.       Sistem Insurans Pekerjaan
  4.       Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR). 
Penganjuran Program Kerjaya Graduan ini telah mencapai objektifnya iaitu menghubungkan maklumat antara majikan dan pencari kerja di bawah satu bumbung (one stop centre) buat komuniti di Shah Alam. 
    
Naib Canselor UiTM menyempurnakan Majlis Penutupan Program Kerjaya Graduan 

                                    Naib Canselor UiTM (kiri) di booth PROTON

 Naib Canselor UiTM Bhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor (kiri) menyerahkan kad Ahli Luar PTAR kepada Presiden Majlis Belia negeri Selangor YB.  Dato' Mohd Imran Tamrin. 

Ketua Pustakawan UiTM (duduk, kiri) sewaktu Majlis Penutupan Program Kerjaya Graduan 

Pengarah PERKESO negeri Selangor YBrs. Encik Ismail bin Abi Hashim (kiri) dan Ts. Haji Azizi bin Jantan (kanan) sewaktu mengiring lawatan Naib Canselor UiTM di kaunter industri. 

Golongan belia sedang menunggu giliran sesi temubual bersama industri. 

Ketua Pustakawan UiTM (kanan) beramah mesra bersama industri

as
a


Share:

0 comments:

Post a Comment

Labels

Total Pageviews