• Perpustakaan Tun Abdul Razak

  • Universiti Teknologi MARA

Wednesday, 15 February 2023

Pelajar Istimewa Jalani Latihan Industri di PTAR

 


Shah Alam, 14 Februari 2023 - Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) amat berbangga apabila menerima kehadiran dua orang pelajar Latihan Industri dimana salah seorang daripadanya ialah Orang Kurang Upaya (OKU) kategori Pendengaran.    

Saudari Filzah Izzny binti Firdaus dan Saudari Hazizah binti Hassan merupakan pelajar semester 3, Diploma Pengurusan Maklumat, Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM cawangan Kedah. Kedua-duanya akan memperoleh pengalaman tentang tugas-tugas di perpustakaan akademik selama 29 hari bermula 13 Februari 2023. 

Sejumlah sepuluh lokasi melibatkan jabatan, bahagian dan unit di PTAR akan secara bergilir-gilir menerima kehadiran pelajar ini. Antara aktiviti yang akan dilalui oleh pelajar ini antaranya program  siaran langsung, perolehan bahan sumber elektronik, perkhidmatan perpustakaan, penyelidikan dan literasi maklumat, perpustakaan digital, pengurusan rekod dan perpustakaan fakulti. 

Di akhir tempoh latihan industri pada 24 Mac 2023, kedua-dua pelajar ini akan melapor dan membentang pengalaman pembelajaran yang diperoleh di PTAR. 

Dengan kehadiran kumpulan pertama pelajar Latihan Industri di PTAR bagi tahun 2023 ini akan memperkukuh aspek kemudahan golongan OKU di PTAR yang telah bermula sejak awal tahun 2022. 

PTAR turut merakamkan setinggi penghargaan buat Pengarah Unit Perkhidmatan OKU UiTM (UPO UiTM) Ts. Dr. Roslinda Alias di atas kesudian perkongsian aplikasi Live Transcribe. 

Saudari Filzah Izzny binti Firdaus (kiri) dan saudari Hazizah binti Hassan

Ts. Dr. Roslinda Alias (kiri) sedang berinteraksi bersama saudari Hazizah binti Hassan sambil disaksikan oleh Ketua Timbalan Pustakawan Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan. 


Share:

Tuesday, 14 February 2023

Lebih 5,000 Peluang Kerjaya di Program Kerjaya Graduan UiTM


Shah Alam, 14 Februari 2023 - Warga Shah Alam khususnya golongan belia diundang ke Program Kerjaya Graduan UiTM yang akan diadakan di Library Community Engagement, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam.

Program anjuran bersama PTAR dan PERKESO Negeri Selangor ini akan diadakan selama tiga hari bermula hari Selasa 21 Februari 2023 hingga hari Khamis 23 Februari 2023 dari jam 9:00 pagi hingga 4:00 petang.

Sejumlah 5,353 peluang pekerjaaan ditawarkan oleh tujuh belas industri pelbagai bidang antaranya Proton, UMW, Gamuda IBS, 99 Speedmart, Pizza Hut, Cyberview Resort & Spa dan FACEXPRO.

Individu turut berpeluang menyertai taklimat bersama PERKESO terutama kemudahan caruman Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang baru dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 11 Februari 2023.

Agensi perbankan Maybank turut membuka kaunter buat orang ramai memperoleh maklumat tentang pelbagai perkhidmatan kewangan semasa. Gerai-gerai jualan makanan dan minuman turut disedia sebagai kemudahan buat orang ramai hadir ke program ini nanti.

Demi kelancaran proses pencarian pekerjaan, golongan belia perlu mengisi borang pra-pendaftaran menerusi dua pautan berikut: 1.Warga UiTM . 2. Bukan Warga UiTM

Maklumat terkini dan pertanyaan lanjut berkaitan program Kerjaya Graduan UiTM boleh diperoleh di media sosial rasmi PTAR: Portal , Facebook , Twitter dan Whatsapp (03-5521 1704/ 011-2092 8005). 



 

Share:

Sunday, 12 February 2023

Program UiTM's Embracing Challenge: A Globally Marketable University di Melaka

 

Hari terakhir program 11 Feb 2023 bagi sesi Pocket Meeting Bersama Pentadbir Universiti


Bersama team Bahagian Transformasi Universiti (BTU) di kaunter pelanggan


Bersama Prof Madya Dr. Aida , Dekan Fakulti Pergigian bertanya tentang perkhidmatan Perpustakaan


Pengenalan dan Penghargaan oleh Naib Canselor UiTM kepada pembangun platform Paper Machine
 



Pembentangan Projek Paper Machine kepada Naib Canselor UiTM YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor

Pembentangan Pencapaian KPI dan PI Quarter 4 Tahun 2022


Share:

Friday, 10 February 2023

Persediaan Program Kerjaya Graduan

 



Share:

Wednesday, 8 February 2023

Persediaan Penyediaan Tempat Coffee Talk With Rozie Episod 1 Tahun 2023

 

Persediaan tempat dan program mengadakan Coffee Talk With Rozie

Lawatan Tapak oleh team Jabatan Komunikasi Korporat dan team CTWR di Ruang Media PTAR



Share:

Friday, 3 February 2023

Pembinaan Surau Baharu PTAR

Shah Alam, 2 Februari 2023 - PTAR akan memperoleh surau baharu di aras 5 yang boleh menampung hingga 40 orang pengguna beribadah pada satu masa. 

Kerja-kerja pembinaan surau oleh kontraktor yang dilantik dijangka mengambil masa selama 14 hari bermula pada 2 Februari 2023. 

Cadangan pembinaan surau baharu PTAR ini adalah untuk menggantikan surau sedia ada yang berusia sepuluh tahun dan hanya boleh memuatkan pengguna hanya 4 orang pada satu masa. Asalnya, surau yang kecil ini ialah Bilik Penyelidikan dan Penulisan yang telah diubah bagi kegunaan beribadah buat pengguna PTAR beragama Islam. 

Sejak lebih sepuluh tahun yang lalu, berlaku permintaan yang tinggi oleh pengguna PTAR bagi mendapat  kemudahan surau di dalam perpustakaan. Faktor keselamatan pengguna khususnya pada waktu malam turut mendorong kepada pembinaan surau yang baharu ini. 

Lokasi surau baharu ini telah dibina sebelah menyebelah bagi kemudahan pengguna lelaki dan perempuan berkeluasan 4.26 meter lebar dan 5.48 meter panjang seunit. Ruang ini akan dilengkapi dengan kemudahan lantai vynil baharu yang menggunakan hasil sumbangan orang ramai. 

Terima kasih kepada penyumbang kemudahan perpustakaan UiTM. 

Surau Lelaki (asal)
Surau Perempuan (asal)
Pembinaan surau baharu






 


Share:

Memperhebat aspirasi GRU2025 menerusi Webinar Bicara Transformasi, Bicara Motivasi dan Bual Bicara di Radio UiTM



Shah Alam, 1 Februari 2023 - Kepakaran PTAR dalam penerbitan program siaran langsung terbukti apabila telah diundang ke Mesyuarat Kolaborasi Penganjuran Program Webinar Bicara Transformasi, Bicara Motivasi dan Bual Bicara di Radio UiTM. 

Mesyuarat yang dipengerusikan secara bersama oleh Pengarah BTU Profesor Madya Ts. Dr. Mohamad Faizul Yahya dan Ketua Unit Transformasi Minda dan Organisasi Profesor Madya Dr. Alwi Mohd Yunus telah berlangsung di BTU, Bangunan Canseleri. Turut hadir dalam mesyuarat selama dua jam ini ialah Penolong Penerbit Rancangan Kanan Radio UiTM (UFM) Puan Nurafiza Abu Bakar dan Penolong Pendaftar Kanan ACIS Encik Muhammad Khalid Abdullah.  

Wakil PTAR yang terdiri daripada Ketua Bahagian Korporat dan Kolaborasi Puan Shahidatul Akhmam Rambeli, Ketua Unit Perhubungan Awam Puan Zuhaslinda Sulaiman dan Pembantu Pustakawan Tertinggi Encik Mohd Khairul Idzwan Mohd Saad, telah hadir bagi membincangkan objektif dan penyelarasan strategi diperingkat PTAR bersama jabatan terlibat. Jabatan Korporat UiTM dan Institute of Leadership and Development (ILD) UiTM turut disebut bagi menyokong pelaksanaan program ini. 

Sejumlah 29 topik pilihan menarik yang menyentuh tema-tema dalam Pelan Strategik UiTM 2025 telah sedia untuk dibicara dengan lebih lanjut menerusi penganjuran ketiga-tiga program ini. Antara topik yang dijangka menarik ialah Transformasi Keusahawanan, Transformasi Digital dan Transformasi Minda. Turut tersenarai topik berkaitan kualiti penerbitan UiTM dan Transformasi Kepimpinan. 

Program yang akan bersiaran selama dua jam ini akan mengundang tetamu khas dari Kampus/ Fakulti/ Jabatan di UiTM untuk berkongsi amalan terbaik yang boleh dicontohi oleh warga UiTM. Kepakaran luaran akan turut diundang untuk mengemukakan input dikalangan agensi pendidikan negara. 

Siri Webinar Bicara Strategi Transformasi dijangka akan mula bersiaran di Ruang Media PTAR bermula pada hari Selasa minggu ketiga bulan Februari. Manakala siri Bicara Motivasi Transformasi yang akan diterajui oleh ACIS dijangka akan mula bersiaran pada hari Jumaat minggu pertama  bermula bulan Mac. 

Program-program ini bermatlamat sebagai agen transformasi minda disamping pengukuhan 'mindset' yang betul dikalangan warga UiTM. Disamping itu, kesemua program ini dirangka bagi menyedia warga UiTM ke arah pencapaian aspirasi Globally Renowned University 2025 (GRU2025) UiTM.  

Siri webinar, bicara motivasi dan bual bicara di radio ini akan dianjurkan secara bulanan sepanjang tahun 2023 dan terbuka untuk semua warga UiTM. Ayuh bersama memperhebat aspirasi GRU2025 UiTM. 

 


 





Share:

Labels

Total Pageviews