• Perpustakaan Tun Abdul Razak

  • Universiti Teknologi MARA

Saturday, 10 September 2022

Selamat Kembali Bertugas Puan Nurul Aida bt Noor Azizi Pustakawan Kanan

 Alhamdulillah setelah bertungkus lumus sebagai pelajar PhD pada 9 September 2022, Pn Nurul Aida bt Noor Azizi telah melapor diri semula ke PTAR. Selamat kembali membantu PTAR meneruskan perancangan GRU2025 Perpustakaan UiTM dengan membawa pengetahuan yang ditimba sepanjang bergelar pelajar PhD di Universiti Malaya.



Share:

Friday, 9 September 2022

Ketua Pustakawan PTAR Meluangkan Masa Menziarahi Staf Perpustakaan Ditimpa Musibah Kebakaran

Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman, Ketua Pustakawan PTAR, UiTM telah meluangkan masa selama dua jam bermula jam 10:00 pagi hari Jumaat bertarikh 9 September 2022, bagi menziarahi Encik Noorwazit Nuruddin, Pembantu Pustakawan Kanan, Perpustakaan Alam Bina Tun Abdul Razak, Shah Alam, Selangor, yang ditimpa musibah kebakaran di kediaman beliau. 

Kehadiran Ketua Pustakawan PTAR telah diiringi oleh tiga (3) orang staf PTAR iaitu Encik Khairul Idzwan Mohd Saad, Encik Mohd Adib Mohd Mohsin dan Encik Muhammad Fikree Rahmat dan disambut oleh Encik Noorwazit dan isteri, Puan Siti Aisha Hassan. 

Menurut Encik Noorwazit, kejadian kebakaran berlaku pada 5 September 2022 hari Isnin jam 4:30 petang berpunca daripada litar pintas.

Sewaktu kejadian hanya anak perempuan beliau berusia sembilan (9) tahun mendiami rumah tersebut dan sempat menyelamatkan diri. 

Rumah dua tingkat yang didiami oleh Encik Noorwazit sekeluarga di nombor 287 Jalan Medan 20 PJS/20, Taman Medan, 46000 Petaling Jaya, Selangor telah mengalami kemusnahan di ruang bawah dan sebahagian ruang atas hingga mengakibatkan kerugian puluhan ribu ringgit. 

Lewat petang itu, Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 7 Petaling Jaya telah berjaya memadamkan kebakaran sebelum merebak ke kediaman lain. 

Seluruh warga kerja perpustakaan turut berdukacita atas musibah kebakaran yang menimpa Encik Noorwazit sekeluarga. Oleh itu, PTAR telah menyerahkan sumbangan wang tunai daripada warga kerja PTAR Shah Alam serta Jawatankuasa Tazkirah PTAR, Shah Alam,  demi meringankan beban yang ditanggung oleh Encik Noorwazit. 

Encik Noorwazit (kanan) menunjukkan ruang yang musnah akibat kebakaran. 

Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman (kanan) telah menyampaikan sumbangan daripada warga kerja PTAR, Shah Alam. 



Share:

Thursday, 8 September 2022

Kecemerlangan Kumpulan KIK Blitz, PTAR Shah Alam.


Kumpulan Blitz telah berjaya memenangi Naib Johan di Konvensyen KIK (Kumpulan Inovatif dan Kreatif) peringkat Zon Tengah tahun 2022, selain turut memenangi kategori Anugerah Penjimatan Kos Sebenar Terbaik dan Pengiktirafan Emas. Pengisytiharan pemenang ini telah dilakukan dalam majlis Penutup Konvensyen KIK menerusi saluran langsung Youtube Fakulti Sains Gunaan pada jam 4:00 petang pada 7 September 2022 hari Rabu. Majlis yang berlangsung dengan jayanya ini turut boleh ditonton di pautan berikut: https://www.youtube.com/watch?v=oazZ5Y8OvEE

Kumpulan Blitz ialah satu-satunya kumpulan KIK yang mewakili PTAR di Konvensyen KIK Zon Tengah yang berlangsung selama tiga (3) hari bermula 5 September 2022 hari Isnin. Kumpulan Blitz  telah mempertandingkan projek berjudul Executive Information System (EIS) iaitu  menyokong pengurusan data pencapaian prestasi di peringkat Perpustakaan UiTM. 

Pembentangan projek kumpulan Blitz dihadapan dua (2) orang panel penilai iaitu Profesor Madya Dr.Thuraiya Mohamad dan Ir. Ts. Dr. Syazwan Osman, telah dijayakan secara atas talian oleh tujuh (7) orang ahli kumpulan Blitz iaitu: 

   1. Puan Azura binti Mohamad Hashim (Fasilitator)                                                                                     2. Cik Laily Hafidzun binti Shukri (Ketua)                                                                                                   3. Cik Ummi Halimatunssaadiyya binti Shamsul Yuzli                                                                               4. Puan Zuraidah binti Md Hassan                                                                                                               5. Puan Nik Nurshihah binti Muhamad                                                                                                         6. Encik Remi bin Salleh Udin                                                                                                                     7. Mohamad Hazri bin Abdul Karim 

Kumpulan Blitz akan melangkah ke Peringkat Akhir Konvensyen KIK UiTM yang dijangka berlangsung pada 17 dan 18 Oktober 2022. 

Kumpulan Blitz tersenarai dalam senarai pengumuman pemenang pengiktiran EMAS

Ahli kumpulan Blitz. 



Share:

Monday, 5 September 2022

Kolaborasi Bersama Ketua Pustakawan Perpustakaan Tunku Tun Aminah UTHM

PTAR sangat berbesar hati apabila Perpustakaan Tunku Tun Aminah UTHM telah menerima lawatan Ketua Pustakawan UiTM En. Jamalludin bin Hj. Sulaiman bersama Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan Ketua Timbalan Pustakawan pada 5 September 2022. Ketua Pustakawan Perpustakaan Tunku Tun Aminah UTHM iaitu Pn Zaharah binti Abdul Samad telah menyambut ketibaan Ketua Pustakawan UiTM.


Kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pandangan dan berkongsi halatuju perpustakaan masing-masing demi meningkatkan tahap perkhidmatan Perpustakaan.


Semoga kerjasama yang terjalin ini akan memberikan impak dan bersama-sama memartabatkan peranan Perpustakaan agar sentiasa menjadi nadi Universiti masing-masing

Share:

Sunday, 4 September 2022

Mengiringi Lawatan Kerja Ketua Pustakawan UiTM ke Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI) Cawangan Johor Kampus Segamat

Ketua Jabatan Transformasi dan Governan Perpustakaan Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan Ketua Timbalan Pustakawan telah mengiringi Ketua Pustakawan UiTM En Jamalludin bin Hj Sulaiman untuk lawatan kerja beliau ke Perpustakaan Tun Dr. Ismail Cawangan Johor Kampus Segamat pada 4 September 2022.



Barisan Pengurusan Eksekutif UiTM Cawangan Johor telah menyambut ketibaan Ketua Pustakawan UiTM yang diketuai oleh Pemangku Rektor iaitu Prof. Madya Dr. Akmal Aini bt. Othman. Terima kasih tidak terhingga atas sambutan yang diberikan dan juga pengiktirafan oleh pengurusan kampus tentang peranan dan perkhidmatan yang diberikan oleh warga kerja Perpustakaan Tun Dr. Ismail UiTM Cawangan Johor kepada pengguna Perpustakaan sangat baik


Sesi Lawatan ke Pameran Mahkota Jauhar Junjungan Negeri Johor. Warga kampus boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan sejarah dan pembangunan negeri Johor di bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor


Lawatan ini disusuli perjumpaan dan taklimat oleh Ketua Pustakawan UiTM kepada staf PTDI. Ucapan yang berkisarkan tentang halatuju dan perubahan yang perlu dilakukan oleh warga Perpustakaan UiTM dalam mencapai GRU2025 UiTM.


Sesi petang pula Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan telah memberikan penerangan lebih lanjut tentang halatuju GRU2025 Perpustakaan UiTM bertempat di Bilik Trading Room CIMB. Perpustakaan ini bertuah mempunyai bilik CGS CIMB Trading Room yang dibiayai oleh CIMB bagi pelajar-pelajar mempelajari tentang  ilmu Sell dan Buy. Penerangan ini penting untuk staf memahami aspirasi dan perubahan yang akan berlaku menjelang GRU 2025 Perpustakaan UiTM.


Terima kasih kepada CEO -CGS CIMB Pn Ruzi Rani Ajith yang membuat lawatan pada 5 Julai 2022 yang lalu. Terima kasih tidak terhingga atas kerjasama yang terjalin ini dan memberikan sumbangan bermakna kepada para pelajar untuk penggunaan kemudahan yang terbaik ini.


Semoga warga kerja Perpustakaan Tun Dr. Ismail dapat memahami aspirasi tersebut dan bersedia bersama-sama melaksanakan perancangan yang telah diatur






Share:

Thursday, 1 September 2022

Sesi Bersama Ketua Jabatan


Ketua Jabatan Transformasi dan Governan Perpustakaan memulakan tugas pada hari pertama dengan membuat perjumpaan dengan semua staf dibawah jabatan ini. Sesi ini menerangkan halatuju dan fokus jabatan selari dengan perubahan yang dilakukan. Penerangan ini penting dalam memastikan PTAR dapat melaksanakan perancangan yang dapat memenuhi aspirasi GRU2025 UiTM.



Share:

Thursday, 18 August 2022

Persekitaran PTAR 2022

Selamat Datang ke Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam

Bangunan PTAR Aras 5 - Area Learning Common


PTAR Aras 5 - Area Learning Common


Aras 3 - Smart Classroom



Aras 3 - Ruang eSPORT & VR/AR


Aras 3 - PTAR Excellence










Aras 3 - Pusat IT




Aras 2 - Bilik Seminar


Share:

Labels

Total Pageviews