Monday, 10 June 2024

Projek Braillethon UiTM 2024

Isnin,
3 Zulhijjah 1445H,
10 Jun 2024M:

Kerjasama strategik antara Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) bersama-sama Unit Perkhidmatan Orang Kurang Upaya (UPO) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dan KL Braille Resources, Kempen Menyalin Bahan Bacaan: Projek Braillethon UiTM 2024  telah berlangsung pada:
Tarikh: 9-10 Jun 2024 (Ahad-Isnin) 
Masa: 8:30 pagi hingga 4:30 petang 
Tempat: Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam 

Selama dua hari, sejumlah 250 naskah buku bercetak telah berjaya didigitalkan oleh 200 orang sukarelawan yang terdiri daripada mahasiswa dan staf UiTM. Kesemua buku ini akhirnya akan ditempatkan di PTAR dengan kandungan adalah dalam tulisan Braille sebagai satu kemudahan perpustakaan yang signifikan buat 500 orang golongan OKU di UiTM seluruh Malaysia. 

Inisiatif yang julung kalinya diadakan ini bertepatan dengan slogan PTAR "Pembudayaan Ilmu Membentuk Adiwangsa" iaitu bagi melahirkan insan mulia, berilmu, beradab, berintegriti dan bermanfaat sesama insan. 

Seramai 24 orang staf PTAR telah terlibat dalam menjayakan program Projek Braillethon UiTM  2024 seperti berikut: 
    1. Puan Aznur Umiza Abu Kassim - Timbalan Ketua Pustakawan Kanan
    2. Dr. Hajah Adlina Abdullah - Timbalan Ketua Pustakawan
    3. Puan Shahidatul Akhmam Rambeli - Timbalan Ketua Pustakawan
    4. Puan Azura Mohamad Hashim -Timbalan Ketua Pustakawan
    5. Dr. Hjh. Zalifah Awang Zakaria - Timbalan Ketua Pustakawan
    6. Puan Masnida Hanim Che Mahmood - Pustakawan Kanan
    7. Puan Siti Salwa A. Rahman - Pustakawan Kanan
    8. Encik Mohd Hazrul Mohd Hussin - Pustakawan Kanan
    9. Puan Jaz Norfazuna Jaafar - Pustakawan Kanan
    10. Puan Asmah Sabtu - Pustakawan Kanan
    11. Encik Asraf Zamani Hazim - Pustakawan 
    12. Cik Ummi Halimatunsaadiya Shamsul Yuzli - Pustakawan 
    13. Cik Anis Fadilah Zulkifli - Pustakawan
    14. Cik Ida Laila Ishak - Pustakawan
    15. Puan Murni Othman - Pembantu Pustakawan Kanan
    16. Encik Muhamad Azrin Ismail - Pembantu Pustakawan Kanan
    17. Encik Mohd Azrry Zakaria - Pembantu Pustakawan Kanan
    18. Encik Mohd Yazid Yahaya - Juruteknik Komputer Kanan
    19. Puan Nor Shafiqah Alia Amran - Pembantu Pustakawan
    20. Encik Muhammad Hazhar Abd Aziz - Pembantu Pustakawan
    21. Encik Muhamad Nasir Roslan - Pembantu Pustakawan
    22. Encik Muhammad Amirul Mohd Desa - Pembantu Pustakawan
    23. Encik Muhammad Fikree Rahmat - Jurufoto
    24. Encik Muhammad Nur Azri Salmi - Pembantu Pustakawan
Projek Braillethon UiTM 2024 yang bertemakan "Helaian Ilmu Membawa Cahaya" telah mendapat pengiktirafan oleh The Malaysia Book of Record sebagai The Most Books Digitized in a Program. Penyerahan sijil pengiktirafan oleh Malaysia Book of Records kepada UiTM telah disempurnakan 
di dalam Majlis Pelancaran Prosedur Return to University (R2U) & Majlis Apresiasi Certified Disability  Management Profesional (CDMP) 2024 dengan disaksikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Yang Berhormat Datuk Teknologis Mustapha Sakmud, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Profesort Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose, Naib Canselor UiTM Yang Berbahagia Datuk Dr. Shahrin bin Sahib dan Pengarah Urusan KL Braille Resources Yang Berbahagia Dato' Haji Mah Hassan Haji Omar.  

Dalam majlis yang sama, 14 orang pensyarah telah menerima sijil Certified Disability Management Professionals (CDMP) yang membawa gelaran CDMP dan diperakui diperingkat antarabangsa oleh National Institute of Disability Management and Research (NIDMAR), Kanada.

Prosedur Return to University (R2U) adalah bertujuan membantu warga UiTM yang mengalami kecederaan, penyakit atau menjadi OKU agar dapat kembali ke lapangan tugas dan pembelajaran dalam persekitaran yang sihat dan selamat. 

10 Jun 2024 Majlis Pelancaran























9 Jun 2024 Projek Braillethon UiTM 2024 (Ahad) 



















8 Jun 2024 Pra-Projek Braillethon UiTM 2024 (Sabtu) 
 




Share:

0 comments:

Post a Comment

Labels

Total Pageviews