Wednesday 12 April 2023

Kompetensi Penulisan Artikel Bukan Fiksyen Dan Media Sosial

 


Perkongsian oleh Pengasas Bersama dan Ketua Kandungan syarikat The Patriots Encik Nur Helmi bin Afandi telah membuka mata peserta mengenai penulisan artikel di media sosial. 

Kelas Penulisan Artikel Bukan Fiksyen dan Media Sosial telah dihadiri seramai 20 orang staf Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) yang terdiri daripada pentadbir media sosial PTAR Shah Alam. 

Program sehari ini dianjurkan bagi mendalami mengenai pengurusan kandungan di media sosial khususnya kandungan yang boleh meraih perhatian pengguna untuk membaca. 

Encik Nur Helmi telah mengendalikan program ini kepada tiga bahagian iaitu saluran media sosial, kandungan media sosial dan penjenamaan (branding). Penyampaian yang ringkas dan mudah difahami turut disertai dengan latihan penulisan kandungan media sosial dan latihan pengurusan penjenamaan.

Sementara itu, para pengguna PTAR telah berpeluang memperoleh buku terbitan Patriots Publishing di kaunter jualan buku The Patriots@PTAR  di aras 3 ruang Library Community Engagement (LCE). Lebih 20 judul buku terbitan Patriots Publishing dipamer bagi memudahkan pengguna memilih judul yang diminati. 

Bermula sejak tahun 2015, The Patriots telah berjaya mengembangkan jenamanya menerusi penerbitan pelbagai genre penulisan di samping mempunyai jumlah pengikut yang ramai di platform media sosial. Sehingga kini, The Patriots mempunyai 300 ribu pengikut di laman facebook, 100 ribu pengikut di Twitter, 100 ribu pengikut di Instagram dan 10 ribu pengikut di Tik Tok. 

Penganjuran program ini adalah di bawah Strategi 7 Read@UiTM iaitu Pemantapan Aktiviti Pembacaan dan Penulisan oleh Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan (JPP), PTAR.   















Share:

0 comments:

Post a Comment

Labels

Total Pageviews